web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Mar 2023 7:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Devotion

Berdasarkan kisah benar, filem ini boleh dikatakan mempunyai jalan cerita dan semangat juang seperti yang dipersembahkan dalam filem Top Gun. 

Cara kita mentakrifkan seorang aktivis adalah di tengah-tengah "Devotion" pengarah Diadaptasi daripada buku Adam Makos iaitu Devotion: An Epic Story of Heroism, Friendship, and Sacrifice, filem arahan J.D. Dillard ini mengisahkan kisah hak sivil yang diperjuangkan oleh Jesse Brown (Jonathan Majors), seorang juruterbang tentera laut berkulit hitam dan wira Perang Korea. 

Perlu dingatkan, filem ini bukanlah filem anti-perkauman yang biasa anda tontoni. Ia digarap dengan penuh hati-hati dan turut memperlihatkan nilai persahabatan yang terjalin di antara Brown dan juruterbang kulit putih, Tom Hudner.

Ada banyak adegan yang menjentik hati. Biarpun hati-hati, kadangkala sebal dengan kerenah Jesse yang terlalu berusaha membuktikan dirinya kuat dan tidak memerlukan pertolongan sesiapa. 

Tidak yang menjadi teka-teki pada pengakhiran ‘Devotion’ kerana sejarah telah tertulis bahawa Jesse akhirnya terkorban dalam Perang Korea. Atas tindakan dan keberaniannya, Brown telah dianugerahkan Distinguished Flying Cross, Purple Heart Medal, dan Air Medal. Untuk percubaan menyelamat yang gagal, Hudner menerima Medal of Honor, anugerah keberanian tertinggi yang dianugerahkan oleh tentera A.S. – Rahayu MN 

Rambo

Sebuah filem aksi dan sekual ketiga daripada filem John Rambo (lakonan Sylvester Stallone) berkisahkan tentang bekas tentera elit bernama John Rambo ditugaskan kembali untuk membawa pulang sekumpulan warga US yang ditangkap oleh tentera Burma. 

Terdahulu, warga US tersebut dihantar oleh John sendiri untuk melaksanakan misi rawatan kepada warga Burma yang tidak mendapat perubatan yang lengkap.

Tentera Burma bertindak kejam dan menyerang sesiapa sahaja yang memasukan kawasan mereka akibat perang saudara yang berlaku.

Rambo dipanggil bersama beberapa lagi pasukan khas upahan yang datang daripada pelbagai kepakaran untuk menyelamatkan mereka. Pelbagai aksi tragis dan serang hendap yang dilaksanakan oleh mereka yang diketuai oleh John sendiri.

Filem yang diarahkan sendiri oleh Sylvester Stallone dan ditayangkan pada 2008 kini boleh ditonton menerusi saluran Netflix.  – Izwan Ramlan

Waltair Veerayya

Menghiasi carta Top 10 Netflix minggu ini filem ‘Waltair Veerayya’ merupakan sebuah naskah penuh dengan aksi diarah oleh Bobby Kolli.

Filem aksi Telugu ini dibintangi oleh legend- legend industri Telugu iaitu Chiranjeevi dalam watak utama bersama Ravi Teja, Shruti Haasan, Prakash Raj dan Catherine Tresa. 

‘Waltair Veerayya’ yang mula ditayangkan di Netflix sejak  27 Februari lalu ini mendapat kutipan baik di box office di India mahupun di luar negara.

Ia mengisahkan  tentang Seethapathi (Rajendra Prasad), seorang pegawai polis yang digantung kerja sementara akibat gagal menangkap pemimpin mafia narkotik antarabangsa, Salmon Caesar (Bobby Simha). 

Untuk mengelakkan daripada diburu  pihak polis, Salmon Caesar telah melarikan diri ke Malaysia dari dipenjarakan di kawasan penjara  daerah Waltair.

Sementara itu, akibat  tekanan daripada pihak atasan,  Seethapathi telah meminta bantuan Veerayya, seorang nelayan di daerah Waltair, untuk membawa Salmon Caesar balik ke India. 

Walaupun, pada awalnya, pertolongan Seethapathi ditolak  Veeraya, namun selepas didesak akhirnya dia bersetuju untuk menolong rakannya itu.

Apakah misi penangkapan Salmon Caesar oleh Seethapathi bersama Waltair Veerayya berjaya? Mampukah mereka tumbangkan penjenayah antarabangsa itu?

Saksikan file mini di Netflix bagi mengetahui kesudahan perjalanan misi ‘Waltair Veerayya ini! Selamat menonton. – Rubini Nagarajah

Faraway

 

Sebuah filem romantik komedi terbitan syarikat produksi Jerman, Olga Film yang sesuai untuk ditonton oleh mereka yang sudah berumahtangga dan berusia 30-an ke atas. 

Ia mengisahkan tentang seorang wanita berusia 40-an, Zeynep Altin yang terlalu banyak bekerja dan tidak menerima layanan yang begitu baik daripada suaminya, anak perempuannya dan bapanya yang semakin dimamah usia. 

Ibunya pula baru sahaja meninggal dunia dan ia telah memberikan kesan yang cukup mendalam buat Zeynep. Pada saat hari pengebumian ibunya, suami tidak hadir kerana sibuk memberikan tunjuk ajar kepada seorang chef wanita baharu di restorannya. 

Berasa tidak dihargai, dia meninggalkan Munich dan melakukan pengembaraan ke sebuah pulau di Croatio. Di pulau itu, ibunya telah membeli sebuah rumah cantik yang terletak di pinggir bukit dan menghadap laut. 

Zeynep hanya mengetahui tentang kewujudan rumah itu selepas ibunya meninggal dunia dan rumah itu kemudian telah diwasiatkan kepadanya. 

Ibunya mengharapkan dia akan mendapatkan ketenangan, kebahagiaan dan kebebasan. Namun, saat tiba di situ, pemilik asal rumah itu iaitu Josip turut tinggal di rumah tersebut. Apa yang berlaku seterusnya. 

Anda harus saksikan filem Netflix Original Jerman yang menggunakan empat bahasa ini iaitu Inggeris, Jerman, Turkiye dan Croatia. Filem arahan Vanessa Jopp ini dibintangi Naomi Krauss, Goran Bogdan, Adnan Maral, Bahar Balci, Artjom Gilz da Davor Tomic. – Getaran, 12 Mac 2023

 

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

11 Mar 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini