Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bantah Dakwaan Ketua Audit Negara, Red Communications Sedia Beri Kenyataan Tentang Isu Geran DKD OTT 

Sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai ahli Lembaga Pengarah, yang telah berakhir pada Julai 2022, Red Communications tidak pernah membuat sebarang permohonan untuk mana-mana geran lain daripada FINAS. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 6:09PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Red Communications membantah beberapa dakwaan yang terbit daripada Laporan Ketua Audit Negara Siri 2, yang telah dibentangkan pada 16 Februari lalu yang menyatakan bahawa pemberian geran Dana Kandungan Digital (DKD) OTT kepada syarikat produksi terbabit tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 

Berikutan itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Kandungan Red Communications, Lina Tan menerusi satu kenyataan media telah menjelaskan tentang kronologi peristiwa bermula daripada permohonan dana tersebut.

Menurut Lina, pihaknya telah menyerahkan dua cadangan projek pada bulan Jun 2020 sebaik sahaja dana DKD OTT di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) dibuka untuk permohonan pada Mei 2020.

“Saya, Lina Tan, telah dilantik ke Lembaga Pengarah FINAS pada bulan Jun 2020, dan saya telah mengisytiharkan secara bertulis kepada FINAS tentang kemungkinan adanya percanggahan kepentingan berkenaan hal ini bagi mematuhi semua keperluan undang-undang yang terpakai.

“Pengisytiharan saya telah diambil maklum oleh FINAS serta dirakamkan di dalam minit mesyuarat Lembaga Pengarah pada 8 Julai 2020. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (ketika itu) juga telah mengambil maklum tentang kemungkinan percanggahan tersebut dan Dr Ahmad Idham, selaku CEO FINAS pada waktu itu, telah mengetengahkannya kepada Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Abdullah, selaku Menteri yang berkenaan. 

“Oleh kerana Lembaga Pengarah tidak terbabit sama sekali dalam penganugerahan sebarang kontrak, mahupun operasi harian di FINAS, dan juga tidak menyelia perkara-perkara sebegitu, percanggahan kepentingan tersebut diputuskan sebagai tidak relevan,” katanya. 

Lina Tan
Lina Tan

Menurut Lina lagi, sebagaimana yang dinyatakan di dalam laporan Ketua Audit Negara, tujuan Dana DKD OTT (suatu perkhidmatan media yang menyalurkan kandungan terus kepada penonton atas talian) adalah untuk membantu serta menggalakkan pengamal industri media untuk mengeluarkan serta mengedarkan kandungan kreatif bermutu tinggi, yang boleh dipasarkan di ruang tempatan dan antarabangsa. 

“Oleh yang demikian, produk yang terhasil telah ditunjukkan kepada kedua-dua Astro dan Netflix. Setelah mempertimbangkan tujuan asal dana dan juga pulangan kewangan bagi projek tersebut, Red Communications telah menerima tawaran daripada Netflix.

“Wakil syarikat telah pun memaklumkan hal ini secara bertulis kepada pegawai FINAS yang bertanggungjawab. Ini telah diambil maklum oleh FINAS dan pencapaian syarat terakhir dana telah diperakui dan disahkan. 

“Kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) langsung tidak menjadi isu, kerana LPF tidak mempunyai bidang kuasa atas sebarang kandungan yang disiarkan oleh saluran OTT,” jelasnya. 

Lina turut menjelaskan sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai ahli Lembaga Pengarah, yang telah berakhir pada Julai 2022, Red Communications tidak pernah membuat sebarang permohonan untuk mana-mana geran lain daripada FINAS. 

FINAS
FINAS

“Red Communications mempunyai reputasi yang kukuh, dengan pengalaman selama 23 tahun serta rekod kerjasama yang baik dengan penyiar tempatan ASTRO serta penyiar antarabangsa seperti National Geographic, Disney dan History Channel.

“Kami membantah sekeras-kerasnya dakwaan yang terbit daripada laporan Ketua Audit Negara dan telah menghantar penerangan terperinci kepada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, bersama dengan semua dokumen sokongan serta minit-minit mesyuarat yang berlangsung di FINAS. 

“Satu salinan turut dihantar kepada CEO FINAS, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, kami berbesar hati untuk menjawab sendiri semua pertanyaan dari pihak Ketua Audit Negara,” kata Lina. - Getaran, 26 Februari 2023 

Tentang Red Communications 

Syarikat produksi ini telah ditubuhkan pada 1999 oleh Lina Tan sebagai syarikat penerbitan dengan misi untuk mencetus perubahan melalui kandungan yang inovatif, khususnya untuk penonton kanak-kanak, belia dan wanita.

Syarikat ini telah terbukti sebagai penerbit kandungan yang berkualiti dan telah bekerjasama dengan pemilik-pemilik media tempatan dan juga antarabangsa seperti ASTRO, Media Prima, TMNet, Disney, Fox dan Discovery Channel serta jenama korporat seperti Unilever, Kimberly-Clark dan Kraft untuk menghasilkan kandungan baharu, sama ada yang berbentuk francais mahu pun dalam bentuk kandungan antarabangsa yang diolah untuk pasaran tempatan. 

Pada 2004, sebuah anak syarikat milik sepenuhnya telah ditubuhkan iaitu Red Films, bertujuan untuk mencipta, menerbit serta mengedarkan filem-filem kepada penonton di seluruh dunia, dengan tumpuan kepada penonton di Asia.

 Sejak penubuhannya, Red Films telah memainkan peranan penting dalam menyokong gelombang baharu pembikin filem Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan di pesta-pesta filem antarabangsa, serta meninggikan piawaian filem komersil bagi penonton arus perdana di Malaysia.

Isu Pada

Conan Gray Penakluk Jiwa Wanita

25 Feb 2023

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu