web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Habib Dan Korloff Paris Berkolaborasi Cetus Gaya Baharu Di Malaysia

Kerjasama strategik Habib  dan Korloff Paris menampilkan koleksi yang pelbagai, termasuk barangan kemas, jam tangan eksklusif, wangian mewah serta aksesori.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 12:00PM

Jenama yang juga dikenali sebagai La Maison Korloff menampilkan pelbagai koleksi mewah yang boleh didapati secara eksklusif di Habib KLCC. - Gambar ihsan Habib Jewels & Korloff Paris

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama barangan kemas tempatan, HABIB melebarkan sayap perniagaannya dengan menerbangkan jenama mewah Korloff, dari Paris ke Malaysia. 

Terkenal dengan berlian 88-carat potongan ‘brilliant’ yang dihasilkan daripada sebutir berlian hitam misteri seberat 200-carat, jenama yang juga dikenali sebagai La Maison Korloff menampilkan pelbagai koleksi mewah yang boleh didapati secara eksklusif di Habib KLCC. 

Bassam Azakir, Meer Habib dan Chris Neff. - Gambar ihsan Habib Jewels & Korloff Paris
Bassam Azakir, Meer Habib dan Chris Neff. - Gambar ihsan Habib Jewels & Korloff Paris

Tidak hanya menawarkan barangan kemas yang memukau, malah seleksi jam tangan lelaki dan wanita, wangian mewah serta aksesori fesyen seperti pen dan cufflinks turut ditawarkan bagi memenuhi gaya masyarakat moden hari ini.

Antara koleksi barangan kemas eksklusif yang dipamerkan di bilik pameran HABIB di KLCC ialah  koleksi Divine Nature dan Poetic Garden. Koleksi-koleksi lain adalah seperti Eclat, Saint Petersbourg, Korlove, Let Me Out, Jolie Poupee, Volte Face dan Envolee Poetique. 

Gambar ihsan Habib Jewels & Korloff Paris
Gambar ihsan Habib Jewels & Korloff Paris

Tidak ketinggalan, koleksi jam tangan eksklusif Korloff seperti Opera, K88, Jardin Des Tuileries, Luna, Versailles dan So French. Bagi yang gemar mengumpul koleksi wangian mewah, inilah masanya untuk anda menambah bilangan wangian yang dimiliki. 

Panjangkan langkah ke Habib, KLCC dan dapatkan koleksi wangian mewah dengan aroma yang mempesonakan seperti Rose Oud, Iris Dore, dan Ecore D'Argent daripada koleksi wangian Mémoire dan koleksi wangian K88 iaitu Korloff In White, Miss Korloff dan Royal Oud. 

Gambar ihsan Habib Jewels & Korloff Paris
Gambar ihsan Habib Jewels & Korloff Paris

Kerjasama kreatif antara dua jenama ini telah dilancarkan secara rasmi di Galeri Habib di Ampang 2 baru-baru ini. Pada acara itu, tetamu dibawa melangkah ke dunia penuh kemewahan sebaik sahaja melangkah masuk  ke Galeri HABIB. Penerapan elemen hitam yang elegan di segenap sudut menggambarkan asal usul misteri, Berlian Hitam Korloff. 

Tetamu turut dipersembahkan dengan pertunjukan fesyen yang menampilkan koleksi Korloff yang gayanya disempurnakan oleh Afiq M, pereka fesyen terkenal Malaysia. 

Korloff Noir - Gambar Habib Jewels & Korloff Paris
Korloff Noir - Gambar Habib Jewels & Korloff Paris

Kemuncak acara, sebutir berlian seberat 88-carat dipertontonkan kepada tetamu. Korloff Noir yang berwarna hitam dan jarang ditemui ini merupakan salah satu berlian paling berharga di dunia dan sudah pasti nilainya bukan kepalang. 

Turut hadir pada pelancaran tersebut ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Datuk  Sri Meer Habib, ditemani Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin, Ketua Pegawai Eksekutif Korloff Paris, En Bassam Azakir serta Pengarah Urusan Asia-Pasifik Korloff Paris, En Chris Neff. Kehadiran para tetamu VIP, rakan-rakan media dan selebriti turut memeriahkan majlis. 

Meer Habib (tengah). - Gambar ihsan Habib Jewels & Korloff Paris
Meer Habib (tengah). - Gambar ihsan Habib Jewels & Korloff Paris

Jenama mewah, Korloff Paris tersedia secara eksklusif di bilik pameran HABIB di KLCC. Untuk maklumat lanjut, layari e-brochure di HABIBIGKorloffParisLookbook. - Getaran, 26 Februari 2023 

Isu Pada

Conan Gray Penakluk Jiwa Wanita

25 Feb 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini