Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


The Awesome Career Fair Untuk Gen Y Dan Gen Z Intai Peluang

Platform kerjaya tempatan menganjurkan pesta kerjaya unik, khusus untuk bakat Gen Y dan Gen Z bersemuka dengan bakal majikan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 4:30PM

The Awesome Career Fair (TACF) ini akan berlangsung dari 3 hingga 5 Mac 2023 hadapan. - Gambar ihsan Hiredly

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mencari pekerjaan sekarang bukanlah sesuatu yang enteng. Terlalu banyak persaingan dan anda perlu punya kemahiran atau kelebihan ekstra untuk memancing minat majikan. Biarpun begitu, ia bukanlah alasan untuk anda berputus asa. Masih ada ruang dan peluang untuk anda mendapatkan pekerjaan yang diidamkan.

Selain boleh buat carian secara dalam talian, anda juga boleh turut serta dalam karnival atau pesta pencarian pekerjaan untuk akses yang lebih terbuka. Mac hadapan, apa kata anda turut serta dalam acara pencarian pekerjaan yang akan dianjurkan oleh Hiredly, platform pekerjaan khusus untuk Gen Y dan Gen Z.

Pesta kerjaya yang dinamakan The Awesome Career Fair (TACF) ini akan berlangsung dari 3 hingga 5 Mac 2023 hadapan dan kehadiran adalah berdasarkan jemputan dan ia akan dijalankan seperti sebuah acara networking.

Gambar ihsan Hiredly
Gambar ihsan Hiredly

TACF anjuran Hiredly akan memberikan pengalaman mencari pekerjaan yang berbeza kerana calon-calon yang berminat untuk hadir perlu menghantar permohonan terlebih dahulu, dan hanya mereka yang disenarai pendek akan dijemput ke acara tersebut.

Oleh kerana pesta kerjaya ini berlangsung khusus untuk pencari pekerjaan terpilih, lokasi sebenar acara juga hanya akan didedahkan kepada calon-calon yang disenarai pendek bagi mengekalkan status acara sebagai pesta kerjaya tertutup berdasarkan jemputan.

Tiga sebab utama pekerja mahu bertukar kerja

Menurut Hiredly Work Culture Report 2022, sebahagian besar daripada responden (71 peratus) mengaku mereka merancang untuk berhenti daripada pekerjaan sekarang, dengan tiga sebab paling lazim berpunca daripada kekurangan peluang pekerjaan (59 peratus), perasaan kurang dihargai (57 peratus) serta kurang pengiktirafan dan bebanan kerja (51 peratus).

“Majikan yang ingin kekal berdaya saing dalam pasaran hari ini perlu memberikan perhatian kepada usaha menggajikan bakat daripada kalangan Gen Y dan Gen Z. Sebagai generasi yang membesar dengan Internet, generasi muda ini memberikan perspektif yang segar di tempat kerja, pengalaman yang berbeza, serta dilengkapi kemahiran digital.”

“Hiredly membantu majikan untuk menggunakan strategi moden, seperti pencarian menerusi media sosial dan pengalaman calon yang diperibadikan untuk mencari, menarik dan berinteraksi dengan bakat-bakat sebegini dan pesta kerjaya ini dianjurkan dengan tujuan yang sama,” ujar pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiredly, Derek Toh.

“Individu-individu berbakat ini tidak mahu membuat keputusan berdasarkan keterangan pekerjaan secara bertulis semata-mata. Justeru, Hiredly membantu majikan untuk tampil sebagai pilihan utama kepada Gen Y dan Gen Z menerusi pengalaman yang unik dan informatif ini,” tambah Derek lagi.

Berdasarkan laporan, 65 peratus daripada responden berkata mereka berdepan kesukaran untuk mendapat pekerjaan pada akhir-akhir ini, menyebabkan 75 peratus daripada mereka memohon pekerjaan daripada bidang yang berbeza dengan kepakaran mereka. 

Derek Toh - Gambar ihsan Hiredly
Derek Toh - Gambar ihsan Hiredly

TACF, yang dianjurkan dengan mengambil kira keperluan pencari pekerjaan yang disenarai pendek, akan membantu calon untuk bertemu dan memilih peluang kerjaya dengan pelbagai syarikat berbeza seperti AirAsia Group, Coway (Malaysia), Golden Screen Cinemas, Hong Leong Bank Bhd, Naelofar, Publicis Groupe, Valiram, dan pelbagai lagi.

Sebagai sebuah platform yang memanfaatkan konsep O2O (online kepada offline), Hiredly akan membantu pencari pekerjaan untuk memohon pekerjaan yang diminati, secara bersemuka dan secara maya. 

Bagi tujuan ini, Hiredly akan bekerjasama dengan platform metasemesta (metaverse), Mitoworld untuk memberi peluang kepada pencari pekerjaan yang disenarai pendek, tetapi tidak dapat menghadiri pesta kerjaya pada tarikh tersebut untuk ditemubual secara dalam talian dari 3 hingga 10 Mac 2023.

Pesta kerjaya yang akan berlangsung di metasemesta Mitoworld akan membolehkan pencari pekerjaan meneroka pelbagai peluang pekerjaan dengan syarikat-syarikat yang mengambil bahagian. 

Permohonan pekerjaan boleh dilakukan dengan mudah menerusi permohonan secara dalam talian. Dengan cara ini, bakal majikan akan berhubung terus dengan calon yang sepadan dengan kekosongan jawatan di syarikat mereka.

Mereka yang berminat untuk membina masa depan yang lebih cerah dengan mendaftar bersama TACF, sama ada secara fizikal atau menerusi metasemesta, rebut tempat anda dengan mengikuti pautan ini. - Getaran, 25 Februari 2023 

Isu Pada

Conan Gray Penakluk Jiwa Wanita

25 Feb 2023

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled