Berita Terkini

3 jam yang lalu: 11,000 ketua isi rumah di Selangor bakal terima manfaat Bakul Rahmah 3 jam yang lalu: Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC 3 jam yang lalu: Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy Shukri 3 jam yang lalu: JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara 7 jam yang lalu: Australia: Acara Earth Hour dibatalkan susulan amaran ribut petir

IKUTI KAMI


Dream Forest Terbaharu Di Langkawi Ilham Tiara Jacquelina

Tawar tarikan malam imersif pertama Malaysia menerusi penyampaian kisah lagenda  menerusi pengalaman interaktif.

TARA Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 2:00PM

Jelas Tiara, Dream Forest Langkawi adalah antara projek Group Enfiniti yang dihentikan disebabkan wabak COVID-19. - Gambar ihsan Dream Forest Langkawi

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pulau lagenda Langkawi tidak pernah kalah mempersembahkan sesuatu yang istimewa untuk menggamit kedatangan pelancong domestik mahupun luar negara. Ada sahaja tarikan terbaharu yang menanti. Dek itulah, pulau tanah tumpah Mahsuri ini sentiasa menjadi pilihan ramai untuk bercuti. 

Baru-baru ini, Enfiniti Interactive Xperiences mengumumkan pelancaran Dream Forest Langkawi, sebuah pusat tarikan pelancongan baru yang menawarkan pengalaman menakjubkan dengan keajaiban teknologi pelbagai deria, unjuran peta, pencahayaan canggih dan skop bunyi yang memukau kepada pengunjung.

Bakal membuka pintu kepada pengunjung pada 1 Mei 2023, tarikan ini didatangkan dengan pengubahsuaian denai jalan santai sepanjang 1.2 kilometer di dalam hutan prasejarah berusia ratusan juta tahun.

Tiara bersama pasukan di belakang tabir kejayaan Dream Forest Langkawi. - Gambar ihsan Dream Forest Langkawi
Tiara bersama pasukan di belakang tabir kejayaan Dream Forest Langkawi. - Gambar ihsan Dream Forest Langkawi

Pengembaraan interaktif di Dream Forest Langkawi bermula apabila matahari terbenam dan persekitaran hutan dihidupkan dengan pelbagai kisah lagenda yang dikaitkan dengan Langkawi seperti Tasik Dayang Bunting, Merong Mahawangsa dan Gergasi Langkawi. Pengalaman yang bakal dikutip oleh pengunjung pastinya sesuatu yang luar biasa dan tidak mustahil menjadi buah mulut ramai. 

Diilhamkan serta dibangunkan oleh penggiat seni kreatif tersohor, Puan Sri Tiara Jacquelina, yang juga merupakan Presiden dan Ketua Pencipta Impian Kumpulan Enfiniti. Pasukan belakang tabir Dream Forest Langkawi terdiri daripada bakat terbaik dalam dunia kreatif, teknikal dan pembinaan untuk menghidupkan konsep unik ini. 

Bercakap kepada pihak media, Tiara memberitahu projek ini sebenarnya telah dimulakan pada tahun 2019. Bagaimanapun, projeknya terpaksa ditangguhkan apabila pandemik COVID-19 melanda dunia.

“Dream Forest Langkawi merupakan salah satu projek Group Enfiniti yang diberhentikan disebabkan wabak COVID-19. Mula dibangunkan pada tahun 2019, projek ini pada asalnya dirangka menggunakan format berbeza dengan pengasingan beberapa kisah yang diceritakan melalui pelbagai medium teknologi di astaka yang berlainan.”

Projek ini dijalankan sebagai sebahagian rancangan untuk membangunkan semula Kampung Buku (Perkampungan Buku) Langkawi. Tambahan, persekitaran perkampungan yang mempersonakan turut membuahkan rancangan bagi pihak kami untuk melakukan persembahan malam di teater luar,” ujar beliau. 

Tiara Jacquelina - Gambar ihsan Dream Forest Langkawi
Tiara Jacquelina - Gambar ihsan Dream Forest Langkawi

“Kelestarian budaya dan alam sekitar kini menjadi topik bualan hangat. Menjelang 2020, industri pelancongan dan tarikan baru seperti Dream Forest Langkawi perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu seiring dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).”

“Dengan kemahiran kreatif bersama selama bertahun-tahun, pasukan Group Enfiniti kembali mengorak langkah dari awal, meletakkan diri untuk memastikan pengalaman pengunjung dipertingkat dengan penggunaan teknologi dan automasi tanpa mengubah struktur landskap hutan. Hasilnya, kami berjaya mengetengahkan sebuah konsep penceritaan menarik dan unik, satu-satunya di rantau ini,” ulas beliau lagi.

Berlatarkan hutan hujan ratusan tahun

Mengulas mengenai konsep yang dibawakan, Tiara berkata, pihaknya mahu mempersembahkan satu tarikan berasaskan alam semulajadi sambil meraikan dan menghargai keindahan semula jadi flora dan fauna Malaysia.

“Setelah meneliti peta tanah yang disewakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), selain daripada 5 ekar tanah yang menempatkan tempat asal Kampung Buku, terdapat 10.8 ekar hutan rimbun yang mengelilinginya.”

“Ini membuahkan idea serta-merta untuk menghasilkan tarikan berasaskan alam semula jadi terbuka, dengan hutan hujan berusia lebih ratusan juta tahun sebagai kanvas baharu untuk bercerita.”

“Ini sekaligus dapat memberikan pengunjung pengalaman yang selamat dalam ruang semulajadi dan membenarkan penjarakan sosial, sambil meraikan dan menghargai keindahan semula jadi flora dan fauna Malaysia,” ulas beliau panjang lebar.

Keajaiban Dream Forest Langkawi melangkaui pengembaraan yang menakjubkan dan dibina khusus untuk meningkatkan industri pelancongan tempatan. Sesuai bagi semua peringkat umur, tarikan ini juga membantu meningkatkan ekonomi tempatan melalui pekerjaan, memperkayakan masyarakat tempatan melalui latihan dan pemindahan teknologi, serta mewujudkan peluang perniagaan.

Dream Forest terletak di kaki Gunung Raya. Pada siang hari, pengunjung boleh bersiar sambil menikmati alam semulajadi dan bertemu haiwan unik seperti lemur terbang sunda, monyet daun kehitaman, kodok Sumatera serta beberapa spesis burung enggang yang menjadikan hutan Lubuk Semilang sebagai habitat mereka.

Karakter unik di DFL (dari kiri) Merong Mahawangsa, Mat Cincang, Mambang Sari, Mat Raya dan Mat Teja. - Gambar ihsan Dream Forest Langkawi
Karakter unik di DFL (dari kiri) Merong Mahawangsa, Mat Cincang, Mambang Sari, Mat Raya dan Mat Teja. - Gambar ihsan Dream Forest Langkawi

Ketika matahari terbenam, hutan berubah menjadi ruang teater semula jadi seluas 15.8 ekar. Sang Gedembai, Penjaga Dream Forest, bersama Eli, Coco dan Terra, tiga biji helikopter comel yang menjadi tuan rumah kepada pengunjung, mengalu-alukan anda untuk berinteraksi dengan cerita yang disampaikan melalui pemetaan unjuran pada pokok dan kawasan persekitaran.

Dream Forest Langkawi juga akan bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan pelancongan termasuk Tourism Malaysia, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan persatuan pelancongan seperti Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Persatuan Pelancongan Masuk Malaysia (MITA), syarikat penerbangan, ejen pelancongan (OTA) dan saluran pengedaran lain di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, Dream Forest Langkawi turut mendapat sokongan daripada pihak berkuasa negeri dan agensi kerajaan seperti Tourism Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan TERAJU (Unit Pemandu Agenda Bumiputera).

Dream Forest Langkawi akan dibuka dari jam 7 malam hingga 12 tengah malam setiap hari, kecuali hari Rabu. Harga tiket yang dikenakan untuk warganegara ialah RM68 dewasa, RM48 kanak-kanak, dan RM28 warga emas. Untuk pelancong luar negara, harga ditetapkan pada RM98 dewasa, RM68 kanak-kanak, dan RM38 warga emas.

Penduduk Langkawi boleh menikmati harga istimewa yang cukup berbaloi iaitu  RM38 dewasa, RM28 kanak-kanak, RM28 warga emas. - Getaran, 25 Februari 2023 

Layari laman web: dreamforest.com.my untuk maklumat lanjut.

Isu Pada

Conan Gray Penakluk Jiwa Wanita

25 Feb 2023

Sorotan

1

Hapus Monopoli PUSPAKOM Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan

2

KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

3

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

Disyorkan untuk anda

TARA 5 jam yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

TARA 10 jam yang lalu

Buka Puasa Dengan Hidangan Memikat Selera

Berbuka puasa adalah waktu yang sangat diraikan sepanjang bulan Ramadan ini. Dek itulah, ada banyak promosi makanan yang diperkenalkan sempena bulan mulia ini....

oleh Rahayu MN

TARA 8 jam yang lalu

'Feel Sabah, North Borneo' – Slogan Terbaharu Menggamit Kedatangan Pelancong Ke Sabah

Slogan terbaharu ini diperkenalkan dalam usaha mempromosi destinasi pelancongan negeri ini serta keajaiban yang dimilikinya ke serata dunia. 

oleh Rahayu MN

TARA 3 jam yang lalu

Kartunis Tazidi Yusof, Merakam Nostalgia 

oleh Muhammad Rasfan Abu Bakar