web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Vivo X90 Bersama Imej ZEISS Yang Luar Biasa

Dengan tawaran harga RM4,999 bagi vivo X90 Pro, mari baca ulasan penulis mengenai siri terbaharu telefon pintar ini.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2023 4:45PM

Siri terbaharu telefon pintar Vivo yang dilancarkan awal bulan ini menampilkan ciri-ciri kamera termaju termasuk dari segi pengimejan. - Gambar dari Vivo.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perkembangan dalam penghasilan teknologi telefon pintar semakin mencabar sekali gus meningkat persaingan dalam kalangan pengeluar telefon berkenaan.

Awal bulan ini, salah satu jenama telefon pintar, Vivo telah melancarkan siri terbaharunya iaitu Vivo X90 dan X90 Pro yang menampilkan set ciri-ciri kamera termaju dan peningkatan prestasi telefon secara menyeluruh.

Ia yang dikuasakan oleh teknologi cip dwi-perdana tercanggih itu, menampilkan kamera utama 1-inci bersama cip V2 eksklusif sebagai tambahan kepada kerjasama berterusan syarikat terbabit dengan ZEISS.

Ini termasuk dari segi pengimejan dan inovasi sistem kamera, termasuk optik, salutan anti-reflektif, perisian dan penyepaduan sistem.

Digelar raja telefon pintar Flagship dengan harga RM4,999 (Vivo X90 Pro) dan RM3,699 (Vivo X90) bersama storan 256GB+12GB RAM, berikut adalah kehebatan spesifikasi yang ditampilkan pada model kali ini.

Didatangkan dengan reka bentuk baharu iaitu lingkaran Fibonacci bagi memberikan rupa yang seimbang dan unik, jalur mendatar atau Skyline diperkenalkan pada bahagian belakang untuk membahagikan zon berfungsi dengan jelas. 

Turut disertakan, generasi baharu sistem pengimejan bersama Vivo ZEISS pada model ini yang menggabungkan naik taraf perkakasan dan perisian yang mantap.

Sensitiviti cahaya yang dipertingkatkan, apertur, pemprosesan warna semula jadi dan penstabilan turut memberikan pengguna pengalaman kamera kompak yang mudah dan luar jangka.

Digelar raja telefon pintar Flagship, harga yang ditawarkan adalah RM4,999 (Vivo X90 Pro) dan RM3,699 (Vivo X90) bersama storan 256GB+12GB RAM.
Digelar raja telefon pintar Flagship, harga yang ditawarkan adalah RM4,999 (Vivo X90 Pro) dan RM3,699 (Vivo X90) bersama storan 256GB+12GB RAM.

Tambahan lagi, kesemua kamera yang dipasangkan, masing-masing memiliki pematuhan yang diperakui dengan Salutan ZEISS T.

Bahkan, skrin yang digunakan adalah Corning's Gorilla Glass bersama salutan ultra-keras, anti-reflektif pada permukaan. Ia lebih keras, tahan terhadap kejatuhan dan calar serta mempunyai transmisi cahaya yang lebih tinggi.

Vivo X90 Pro turut menampilkan 50MP ZEISS (kamera utama) menggunakan sensor IMX989 1-inci, terbesar dalam industri setakat ini. Turut sama 50MP bagi kamera potret dan 12 MP (sudut lebar).

Selain itu, apertur besar f/1.75 dan saiz piksel besar 3.2 μm (4-dalam-1) pada Vivo X90 Pro meningkatkan pengambilan cahaya setiap piksel, membolehkan imej malam yang lebih terang dan tulen

Canggih bukan? Setakat ini penulis boleh mengatakan bahawa teknologi kamera yang ada pada model ini berada di tahap yang mantap dan hebat.

Kita beralih pada bahagian video dan fokuskan pada rakaman waktu malam atau gelap. Video malam 4K Ultra-Sensing kini boleh dihasilkan dengan mudah menggunakan algoritma Super Night Video 3.0 yang ada pada model ini.

Ia turut menyokong kepekaan foto yang luar biasa dalam persekitaran yang sangat gelap. Lebih-lebih lagi, cip V2 yang memastikan kejelasan walaupun pada tetapan ISO tinggi.

Apa yang lebih memukau Vivo X90 Pro dilengkapi dengan mod Astro yang membolehkan pengguna menangkap langit berbintang dengan lebih jelas tanpa memerlukan tripod.

Ciri ini disokong oleh kepekaan cahaya peranti yang dipertingkatkan, teknologi penstabilan yang dinaik taraf dan teknologi fokus AI PD Malam Ekstrem baharu.

Jadi cuba bayangkan jika anda berpeluang untuk menangkap gambar yang romantis pada waktu malam, pastinya menyeronokkan.

Selain itu anda juga boleh mengambil gambar lanskap detik-detik bulan mengambang menggunakan mod Supermoon, boleh ia pasti memukau mata anda. 

ZEISS Natural Color 2.0 dalam Siri Vivo X90 baharu telah mempersembahkan warna yang lebih tulen dan tepat, menghasilkan imej yang ditangkap lebih mirip kepada apa yang dilihat dengan mata kasar.

Antara spesifikasi asas yang lain, Vivo X90 ini menggunakan cipset MediaTek Dimensity 9200 dan menyokong teknologi Dual-Cell Flash Charge 120W. Ia meningkatkan kelajuan pengecasan dan hayat bateri berkapasiti besar 4870mAh pada Vivo X90 Pro dan 4810 mAh pada bateri besar Vivo X90.

Vivo X90 Pro boleh dicas sehingga 50 peratus dalam 8 minit dan 10 saat, manakala Vivo X90 boleh dicas sehingga 50 peratus dalam masa 8 minit sahaja.
Vivo X90 Pro boleh dicas sehingga 50 peratus dalam 8 minit dan 10 saat, manakala Vivo X90 boleh dicas sehingga 50 peratus dalam masa 8 minit sahaja.

Dalam mod pengecasan pantas, Vivo X90 Pro boleh dicas sehingga 50 peratus dalam masa 8 minit dan 10 saat, manakala Vivo X90 pula boleh dicas sehingga 50 peratus dalam tempoh 8 minit sahaja.

Bagi mod seimbang pula, ia sesuai untuk pengecasan harian, hanya memerlukan 29 minit bagi Vivo X90 dan Vivo X90 Pro untuk mengecas bateri sehingga 100 peratus.

Vivo X90 yang didatangkan dengan dua varian warna iaitu Breeze Blue dan Asteroid Black menampilkan sebuah telefon flagship yang berkualiti tinggi setarap dengan teknologi yang dipasangkan.

Mungkin harganya agak mahal tetapi ia amat berbaloi untuk dimiliki. Layari laman web rasmi vivo Malaysia untuk maklumat lanjut. - Getaran, 19 Februari 2023 


 

Isu Pada

Conan Gray, Penakluk Jiwa Wanita

18 Feb 2023

Sorotan

1

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

2

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

3

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

4

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

5

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

6

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan