Berita Terkini

15 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Conan Gray Penakluk Jiwa Wanita

Sejak mula menjadi bintang Gen Z seluruh dunia, Conan Gray terus berada di kemuncak dan mengecapi kejayaan yang tidak berkesudahan dan album keduanya, ‘Superache’ adalah refleksi kepada kesakitan daripada pengalaman hidup yang dialaminya.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 10:00AM

Gray menggunakan pengalaman kawan-kawannya dalam bercinta sebagai inspirasi lagu-lagunya.

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dari seorang YouTuber yang penuh sensasi, tidak siapa menyangka bahawa Conan Gray mampu mendaki ke puncak kejayaan dengan begitu pantas sekali sehingga mampu meraih gelaran Superstar Gen Z Sedunia! 

Namun, selayaknya penyanyi berdarah campuran Ireland dan Jepun ini untuk mengecapi kejayaan tersebut kerana dia telah mencetuskan ‘fenomena’ yang cukup luar biasa di kalangan peminat generasi Z yang mula mengenali dan mengesan bakat seninya menerusi media sosial.

Mungkin ada yang cuba meremehkan kenyataan ini. Apa yang hebat sangat dengan si Conan ini, selain daripada wajah campurannya yang cukup comel dan mampu mencairkan serta   meretakkan jiwa-jiwa yang memandang. Ya! Bagi yang tidak mengenali Conan Gray, mungkin itulah reaksi pertama yang akan dilontarkan.

Tapi, percayalah, hebatnya bukan kaleng-kaleng hingga dia turut meraih pengiktirafan daripada beberapa artis terkemuka dalam persada muzik dunia. Antaranya, Sir Elton John, Taylor Swift dan Lorde.

Apa Yang Hebatnya Dengan Conan Gray?

Seorang yang bijak menggunakan teknologi internet, Conan telah mencipta namanya sendiri sebagai seorang penyanyi dan rakaman dengan menggunakan platform media sosial.

Penyanyi dan pencipta lagi yang membesar di Texas ini juga telah mengambil tindakan yang berani untuk melancarkan album debutnya, ‘Kid Krow’ pada minggu yang sama bermulanya MCO (PKP) COVID-19, tetapi masih berjaya melonjakkan dirinya dalam senarai carta.

Semua ini disebabkan ‘Maniac’ dan ‘Heather’. Kedua-dua lagu ini telah dilancarkan beserta dengan muzik videonya dan ia telah membantu bintang pop ini untuk menduduki carta Top 5 dalam album Billboard 200, tangga satu di carta Album Pop US US  dan tangga kedua dalam carta Top Jualan Album.

Tidak hanya itu, ia turut membantu Conan untuk meraih jualan ‘Gold’ dan ‘Platinum” di seluruh dunia berserta berbilion strim sehingga ke saat ini. ‘Hather’ sendiri mencapai 3 bilion strim di kesemua platform dan sehingga menyebabkan ia menjadi satu cetusan budaya di kalangan peminat Gen Z di seluruh dunia.

Bahkan, Heather turut menjadi kegilaan Gen Z di TikTok dan hal ini sebenarnya amat memeranjatkan kerana ia bukanlah sejenis lagu tipikal yang selalunya akan popular di platform media sosial tersebut seperti mana ‘Maniac’. Namun, ‘Maniac’ sendiri tidak mampu menyaingi fenomena ‘Heather’ di TikTok.

Kemunculan Conan Gray dengan Kid Krow boleh disifatkan sebagai debut artis baharu yang terbesar pada 2020 (Mac khususnya) selepas Camila Cabello muncul dengan album tajuk namanya sendiri pada 2018. Bahkan, album tersebut berjaya mendapat pujian daripada pengkritik dan pihak penerbitan seperti Paper, NPR, Teen Vogue dan Paste.

Adakah YouTuber yang bergelar penyanyi sebelum ini pernah mencipta kejayaan sebesar Conan Gray sebelum ini? Jawapannya, tentu tidak sama sekali!.

Digelar Sad Boy Pop Atau Prince Of Sad Song

Kalau menilai dan mendengar album ‘Kid Krow’, kebanyakan  memuatkan  lagu-lagu yang sedih bertemakan cinta, putus cinta dan harapan. Ironinya, dia tidak pernah bercinta atau putus cinta. Tetapi, masih mampu menghasilkan lagu-lagu yang sebegitu. Tidak hairanlah dia digelar ‘Prince of Sad Song’.

“Anda mungkin akan terkejut apabila mengetahui bahawa saya tidak pernah berdating dengan sesiapa pun. Ia memalukan! Dating membuatkan saya gementar,” katanya dalam satu wawancara bersama GQ.

Ya, kenyataan daripada Conan ini memang cukup memeranjatkan. Namun, dia bersungguh-sungguh menyatakan dia memang tidak pernah berdating.

“Semua kawan baik saya berdating dan menjalinkan hubungan cinta. Jadi saya cuba memahami kehidupan dating daripada mereka.

“Tapi, yang jelasnya saya pernah patah hati. Saya pernah jatuh cinta dengan orang, tetapi mereka tidak pernah membalas cinta saya,” katanya.

Bahkan, Conan menjelaskan bahawa semasa masih di sekolah menengah, dia pernah jatuh cinta dengan seseorang yang akhirnya memusnahkan dirinya.

Apa yang menarik, orang itu telah memberi inspirasi kepada lagu ‘Heather’ yang viral serta kebanyakan lagu-lagu dalam album pertamanya, ‘Kid Krow’.

Setelah apa yang dilaluinya, Conan berkata, dia berasa hampir bersedia untuk berada dalam hubungan dan mengakui cukup tertarik kepada orang pintar, nerdy, bersemangat serta ‘terbuka untuk belajar tentang diri mereka sendiri’.

“Saya rasa sebelum ini saya banyak berasa risau dan gusar tentang dating kerana bimbang saya akan patah hati lagi kerana saya pernah berasa sedih selama beberapa tahun dengan perasaan cinta pertama.

“Saya mengelak daripada berdating kerana saya selalu rasa bahawa saya akan disakiti. Tapi, saya sedar dating juga boleh dilakukan secara kasual dan tidak perlu meletakkan harapan terlalu besar.

“Itu satu kesedaran besar bagi saya. Saya cuba untuk atasi kegusaran tentang dating dan mencubanya,” katanya.

Conan Gray Makin Sedih Dengan Album ‘Superache’

Menerusi album keduanya ‘Superache’ yang dilancarkan pada tahun lalu, Conan telah memperluaskan penceritaannya dengan menghasilkan kisah-kisah yang trauma dan lebih menyayat hati dengan mencari makna sejagat dalam butiran hidupnya.

‘Superache’ mencerminkan cinta yang hilang, persahabatan, sejarah keluarga, dan luka zaman kanak-kanak yang berlarutan.

Pendek kata, album tersebut mempunyai pelbagai rasa tentang kerinduan dan bagaimana rasa sakitnya apabila kita putus cinta atau hilang orang yang kita sayang. Namun, pada masa yang sama, Conan cuba mengekalkan humor tentang cara penyampaiannya.

Seperti yang dilakukannya untuk dalam ‘Kid Krow’, Conan sekali lagi bekerjasama dengan penerbit terkenal Dan Nigro untuk mengeluarkan kerja-kerja kreatif dengan pelbagai gaya.

Hasil kolaborasi mereka, kedua-duanya menggabungkan komposisi gitar akustik Gray dan lirik diaristik dengan nuansa  bunyi pop yang menarik dan emotif. 

“Saya berasa seperti seolah-olah seperti saya mengikis  sangkar tulang rusuk saya sewaktu  menulis lagu-lagu dalam album ini.

“Ia satu ‘therapeutic’ dan ‘cathartic’ tetapi pada akhirnya menulis tentang kesakitan yang saya alami sepanjang gidup ini say aini adalah satu pengalaman menyedihkan,” katanya.

“‘Superache’ adalah perkataan yang benar-benar memberikan gambaran tepat tentang keseluruhan maksud album ini.

“Ia sebuah sangat dekat dengan saya kerana ia menceritakan kehidupan zaman kanak-kanak saya yang sukar dan kesukaran yang alami sepanjang hidup saya, tetapi saya tidak pernah mengambilnya secara serius.

“Namun, saya cuba menggambarnya kan dengan secara berlebihan dan tidak masuk akal di dalam album ini,” katanya.

Taylor Swift Sumber Inspirasi

Membesar dengan lagu-lagu Taylor Swift, Conan Gray sememangnya menjadikan bintang pop sensasi wanita itu sebagai sumber inspirasinya.

“Saya sangat menyukainya. Saya sukakan muziknya. Saya suka apa yang dilakukannya. Saya suka lirik-lirik lagunya. Da, saya saya suka cara dia menangani kerjaya muziknya.

“Saya mula mendengarnya muziknya sejak saya berusia 9 tahun. Dia banyak membantu saya untuk menjadikan saya sebagai apa yang saya ada hari ini,” katanya.

Namun, siapa sangka Taylor Swift juga adalah peminatnya. Taylor juga telah memuji album Kid Krow dalam instagramnya. Bahkan. Taylor mengakui cukup menyukai lagu Wish You Were Sober yang dimuatkan dalam album itu.

“Terima kasih kepadanya menjadi inspirasi kepada saya dalam menulis lagu dan seorang ikon,” kata dengan menujukan kata-kata itu buat Taylor Swift. - Getaran 25 Februari 2023

DI SEBALIK PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Jangan lupa layari: www.getaran.my 

Wajah TARA : Conan Gray

Editor Gaya Hidup & Hiburan : Ellyna Ali

Teks & Penyelaras : Ellyna Ali

Suntingan Teks : Faizal Salim

Reka Letak : Abdul Hanif Zahari

Isu Pada

Conan Gray Penakluk Jiwa Wanita

25 Feb 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Berjanji Dengan Saya, Anda Semua Akan Jadi Sahabat Saya – Antara Interaksi Conan Gray Dengan Peminat Di Bangkok 

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan