Berita Terkini

3 minit yang lalu: Kesemua 267 infrastruktur komunikasi terjejas banjir di Johor pulih 5 minit yang lalu: PN tolak permohonan Pejuang untuk sertai gabungan itu - Hamzah 35 minit yang lalu: Dewan Rakyat lulus tubuh 10 Jawatankuasa Pilihan Khas 35 minit yang lalu: Pemangku Raja Pahang sempurnakan penyampaian darjah, pingat kepada 166 penerima 38 minit yang lalu: Singapura dan Malaysia perlu memastikan rantau ASEAN bersatu dan berwibawa - Presiden Singapura

IKUTI KAMI


Kerajaan Terengganu Sedia Bincang Dengan Penerbit Filem Pulau

TARA Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 7:01PM

Dr Ahmad Samsuri berkata pihaknya akan memberikan ruang kepada pihak berkaitan mengemukakan hujah atau justifikasi berkenaan filem itu bagi membolehkan pertimbangan atau kajian berkaitan pengharamannya dibuat semula.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu sedia bertemu dengan penerbit filem Pulau, Fred Chong bagi membincangkan mengenai isu pengharaman naskah kontroversi tersebut di pawagam di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya akan memberikan ruang kepada pihak berkaitan mengemukakan hujah atau justifikasi berkenaan filem itu bagi membolehkan pertimbangan atau kajian berkaitan pengharamannya dibuat semula.

Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini kerajaan negeri masih berpendirian untuk mengekalkan pengharaman filem tersebut berdasarkan treler yang bertentangan dengan agama dan norma budaya masyarakat timur.

"Hujah beliau bahawa treler itu tak sepenuhnya sebagaimana dalam filem adalah di luar pengetahuan kita. 

"Jadi kita tunggu apa bentuk rayuan atau justifikasi yang beliau akan berikan. Kita akan beri ruang untuk menilai hujah-hujah yang dikemukakan," katanya kepada pemberita selepas menutup Karnival Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Terengganu 2023 di Dataran Batu Buruk di sini hari ini.

Menurut Ahmad Samsuri beliau juga menolak pendapat sesetengah pihak bahawa Terengganu mengamalkan padangan sempit dengan mengharamkan filem berkenaan. 

Katanya sudah menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan untuk menjaga moral rakyat dalam usaha mendapatkan keberkatan dan memelihara keharmonian negeri.

"Kita nak kekalkan Terengganu supaya berada dalam keadaan yang maju, berkat dan sejahtera. Berkat inilah yang hendak kita jaga supaya rakyat terpelihara dari aspek moral dan akhlak," katanya. - Bernama

Isu Pada

Conan Gray, Penakluk Jiwa Wanita

18 Feb 2023

Sorotan

1

Naik Van Sekolah 5 Hari Untuk Mac, Bayaran Tetap Penuh Hingga RM1,000?

2

Pembatalan Lesen Senjata Api, Mengapa Atlet Menembak Turut Terbabit?

3

Pemimpin Baharu 3 Sayap UMNO Perlu Berdedikasi, Jalankan Amanah Seikhlas Hati - Presiden

Disyorkan untuk anda

TARA 1 hari yang lalu

Sharifah Rose, Wajah Selebriti Untuk Koleksi Raya Habib Yang Berinspirasikan Sulaman Tekat

oleh Rahayu MN

TARA 1 hari yang lalu

Bertamu di The Langham Jakarta Yang Jenamanya Sudah 158 Tahun Mendunia 

Bawalah diri ke The Langham Jakarta untuk pengalaman percutian yang luar biasa, tenggelam dalam kemewahan dan biarkan diri dilayan bagaikan puteri raja. 

oleh Rahayu MN

TARA 1 hari yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform pe...