Berita Terkini

9 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 10 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 10 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 10 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 10 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Atasi Masalah Kulit Bertompok-tompok, Hiperpigmentasi Boleh Diatasi

Hiperpigmentasi membuatkan kulit bertompok-tompok coklat atau hitam akibat peningkatan melanin, iaitu pigmen yang memberikan warna kepada kulit, rambut dan mata. 

TARA Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 6:33PM

Pakar kulit menganggarkan satu tompokan hiperpigmentasi hanya akan pudar dalam tempoh enam hingga 12 bulan, justeru penjagaan yang betul dapat mengatasi masalah ini. - Gambar hiasan dari Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semakin usia meningkat, semakin banyak masalah kulit yang timbul. Lebih-lebih lagi jika kulit tidak dijaga dan dirawat dengan betul sejak dari awal.

Hiperpigmentasi merupakan salah satu masalah kulit yang menjengkelkan di kalangan ramai wanita di luar sana, mungkin juga termasuk dengan anda.

Hiperpigmentasi membuatkan kulit bertompok-tompok coklat atau hitam akibat peningkatan melanin, iaitu pigmen yang memberikan warna kepada kulit, rambut dan mata.

Hiperpigmentasi terjadi akibat pendedahan kepada cahaya matahari, pengaruh hormon, umur, kecederaan kulit atau keradangan.

Sel kulit yang menghasilkan terlalu banyak melanin akan menyebabkan kulit bertompok-tompok, kerana ia mengakibatkan kawasan yang terjejas kelihatan lebih gelap.

Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah hiperpigmentasi termasuk penggunaan serum. - Gambar dari Murad
Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah hiperpigmentasi termasuk penggunaan serum. - Gambar dari Murad

Apabila masalah kulit ini timbul, rawatan untuk memulihkannya akan mengambil masa. Pakar kulit menganggarkan satu tompokan hanya akan pudar dalam tempoh enam hingga 12 bulan. Dan sekiranya tompokan berkenaan sudah meresap ke dalam kulit, proses pemudaran akan mengambil masa bertahun lamanya.

Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah hiperpigmentasi. Salah satunya ialah dengan melakukan rawatan pengelupasan (peeling). Rawatan pengelupasan kimia ini hanya boleh dilakukan oleh doktor atau pakar kulit. Prosedurnya menggunakan cairan asid dalam kadar tinggi yang disesuaikan dengan jenis kulit. 

Cecair ini berfungsi dengan mengelupas epidermis, malah dermis. Risiko kesan sampingan yang boleh berlaku iaitu kemerahan, rasa terbakar, jangkitan, melepuh dan tindak balas alahan.

Selepas menjalankan prosedur, disyorkan untuk menggunakan pelindung matahari dengan kerap. Matlamatnya adalah untuk memberi perlindungan kepada kulit untuk mengelakkan gejala hiperpigmentasi yang semakin teruk.

Rawatan jenis ini menjadikan kulit lebih sensitif kepada cahaya matahari. Bagaimanapun, prosedur ini tidak disyorkan untuk orang yang bekerja atau sering melakukan aktiviti di bawah cahaya matahari secara langsung.

Pilih krim yang lebih praktikal, selamat dan berkesan

Kandungan SPF dalam produk ini juga menyediakan perlindungan UV berasaskan mineral dengan spektrum meluas yang tidak membantu kulit tampil lebih berseri. 
Kandungan SPF dalam produk ini juga menyediakan perlindungan UV berasaskan mineral dengan spektrum meluas yang tidak membantu kulit tampil lebih berseri. 

Jadi apa pilihan yang lebih praktikal?  Untuk membantu memperbaiki tompokan dan mencegah hiperpigmentasi, Murad Skincare telah mencipta Correct & Protect Serum Broad Spectrum SPF 45 | PA++++. 

Serum selembut satin dengan 100% mineral SPF ini sudah dibuktikan secara klinikal untuk memperbaiki tompokan warna yang ketara dan mencegah hiperpigmentasi daripada terus berlanjutan.

Keunikan produk Murad ini terletak pada teknologi karotenoid dimilikinya – yang menggunakan sumber secara bertanggungjawab daripada adunan jojoba, squalane dan ekstrak buah tomato yang memantulkan cahaya UV untuk kulit berseri serta-merta dan bertindak sebagai antioksidan yang mampu mencerah dan mengurangkan tompokan warna yang ketara.

Ia turut mengandungi ekstrak ubi bit yang menyediakan, dos penghidratan seumpama pelembap cepat menyerap yang digemari oleh semua jenis kulit. Bukan itu sahaja, ekstrak ubi bit juga merangsang pengeluaran Vitamin D kulit.

Untuk membantu memperbaiki tompokan dan mencegah hiperpigmentasi, Murad Skincare telah mencipta Correct & Protect Serum Broad Spectrum SPF 45 | PA++++. 
Untuk membantu memperbaiki tompokan dan mencegah hiperpigmentasi, Murad Skincare telah mencipta Correct & Protect Serum Broad Spectrum SPF 45 | PA++++. 

Kandungan SPF dalam produk ini juga menyediakan perlindungan UV berasaskan mineral dengan spektrum meluas yang tidak membantu kulit tampil lebih berseri. 

Hasil ujian klinikal selepas dua minggu penggunaan mendapati bahawa 80% daripada mereka yang diuji menyaksikan penambahbaikan dari segi keserian kulit dalam dua minggu, dan 84% memperoleh kulit yang lebih cerah selepas empat minggu.

Produk inovasi dua-dalam-satu terkini daripada Murad ini sesuai untuk semua jenis kulit. Ia bukan sahaja ia lebih mudah dan berkesan, 91% yang mencuba buat pertama kali mengakui bahawa ia memberikan sapuan yang tidak ketara, dan kulit mereka berasa lembap serta-merta.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini, anda boleh ikuti pautan ini. - Getaran, 18 Februari 2023 

Isu Pada

Conan Gray, Penakluk Jiwa Wanita

18 Feb 2023

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

TARA 1 hari yang lalu

Kahfbro Lancar Larian Komuniti Untuk Mempromosikan Gaya Hidup Sihat

oleh Rahayu MN

TARA 1 hari yang lalu

4 Lokasi Berbuka Puasa Yang Berbaloi Dicuba!

Bergantung kepada selera dan bajet anda untuk berbuka puasa di luar bersama keluarga dan teman-teman. Senarai ini boleh dijadikan panduan.

oleh Rahayu MN

TARA 1 hari yang lalu

Lakukan 5 Amalan Ini Untuk Kumpul Pahala Berganda Di Bulan Ramadan

Memetik tulisan Ustaz Dr. Fadlan Mohd Othman, Allah melalui Al-Quran menjelaskan bahawa satu amalan boleh digandakan kepada 10, kemudian boleh digandakan menjad...

oleh Rahayu MN

TARA 1 hari yang lalu

Toyota Vios Serba Baharu Lebih ‘Sporty’ Dan Garang

oleh Izwan Ramlan