web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 7:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Queen

Filem Bollywood lakonan aktres kontroversi, Kangana Ranaut ini menceritakan tentang seorang gadis Punjabi bernama Rani Mehra yang telah ditinggalkan oleh tunangnya Vijay lakonan Raj Kumar Rao sehari sebelum majlis perkahwinan mereka.

Semuanya kerana Vijay merasakan cara hidup mereka kini  berbeza selepas dia tinggal di luar negara. Rani yang sedih dengan perkara ini membuat keputusan untuk pergi 'honeymoon' seorang diri ke Paris dan Amsterdam memandangkan dia telah pun membuat pra tempahan sempena perkahwinannya. 

Sebagai gadis yang naif dan kuat jati dirinya, Rani telah didedahkan dengan dunia luar yang penuh warna warni dan tidak disangkanya. Di luar negara dia telah bertemu dengan pelbagai orang yang akhirnya mereka menjadi rakannya. Mereka melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama. 

Namun pada satu hari, Vijay kembali menuntut cinta Rani dan ingin mengahwininya dan mengakui menyesal meninggalkan Rani. Adakah Rani akan kembali menerima Vijay dalam hidupnya? Jangan lupa tonton kesudahan filem arahan Vikas Bahl ini di Netflix. – Helmi Anuar

 

When The Weather Is Fine

Bakal menikmati cuti yang panjang hujung minggu ini, apa kata anda layan cerita siri drama Korea yang baru memasuki Netflix seperti When The Weather Is Fine.

Cerita ini merupakan sebuah siri drama adaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama ditulis oleh Lee Do-woo. Buku ini pertama kali terbit pada tahun 2018. 

Menampilkan Seo Kang-joon dan Park Min-young sebagai pelakon utama, drama 16 episod berentak perlahan ini menceritakan tentang Mok Hae-won yang berhenti kerja sebagai guru di bandar. Dia kemudian pulang ke kampungnya iaitu Bookhyun Village dan tinggal bersama-sama mak ciknya yang juga seorang penulis. 

Di kampung, ada sebuah kedai buku yang  dibuka oleh Im Eun-seob yang juga merupakan bekas teman sekolahnya. Dia dan Eun-seob kemudian mengaktifkan sebuah kelab buku di kampung mereka. – Wafa Aula

 

The Blessings of Rajab - Yasir Qadhi

 

Sedar atau tidak, kita sudah sangat menghampiri bulan Ramadan! Tetapi sementara itu, apa kata kita mula untuk bersiap sedia secara mental, fizikal dan spiritual pada bulan ini, bulan Rejab. 

Dalam kalendar Islam, ada empat bulan yang dikatakan bulan Haram - Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Kenapa namanya sebegitu? Kerana dalam bulan-bulan ini Allah SWT mengharamkan peperangan. Pahala beribadat dalam keempat-empat bulan ini dilipatgandakan. 

Mahu ketahui apa lagi yang menarik tentang bulan Rejab? Ikutilah kuliah pendek daripada Dr. Yasir Qadhi ini. Boleh ditonton percuma di YouTube dan juga tersedia dalam bentuk podcast di Google dan Apple podcast serta Spotify. - Ili Farhana

 

The Old Way

Kita sering melihat kelibat Nicholas Cage dalam pelbagai filem aksi, namun jarang yang berlatarkan era The Wild Wild West atau digelar orang kita sebagai filem koboi.

Aktor yang cukup tersohor menerusi siri filem National Treasure ini memecah tradisi selepas membintangi filem The Old Way, arahan sutradara Brett Donowho.

Membawakan watak Colton Briggs, seorang peniaga dan suami yang dihormati, dia dihantui masa lalunya sebagai bekas penembak handalan dan pembunuh yang kejam. 

Selepas isterinya Ruth Briggs (Kerry Knuppe) dibunuh kejam, Briggs nekad untuk membalas dendam bersama anak perempuannya Brooke (Ryan Kiera Armstrong) yang baru berusia 12 tahun.

Bagaimanakah kesudahan kembara penuh aksi ini? Anda boleh saksikannya di saluran digital termasuk Prime Video, Spectrum dan Apple TV. – Suzan Ahmad

Isu Pada

Bingkisan Hati Dayang Nurfaizah

04 Feb 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Pengasas Kumpulan Rock Queen Dianugerah Gelaran Kesatria Oleh Raja Charles III

Sorotan

1

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

2

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

3

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

4

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

5

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

6

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan