Berita Terkini

6 jam yang lalu: 11,000 ketua isi rumah di Selangor bakal terima manfaat Bakul Rahmah 6 jam yang lalu: Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC 6 jam yang lalu: Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy Shukri 6 jam yang lalu: JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara 11 jam yang lalu: Australia: Acara Earth Hour dibatalkan susulan amaran ribut petir

IKUTI KAMI


Cukup-Cukuplah Mengeluh Tentang Gaji, Tak Pernah Cukup Mungkin Bersebab  

Untuk membebaskan diri daripada masalah gaji tidak pernah cukup ini, pertama sekali anda haruslah mengenal pasti corak kehidupan anda.

TARA Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 6:04PM

Apabila anda sering berasa tersepit dengan masalah kewangan, sudah pasti ia akan mempengaruhi psikologi dan sekali gus akan membuatkan hidup anda tidak gembira. - Gambar hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berapa gaji bulanan yang anda impikan untuk menampung kehidupan anda ketika ini? RM5,000, RM10,000 atau RM15,000?

Semakin banyak komitmen yang dikumpul, semakin bertambahlah wang ringgit yang perlu disediakan pada setiap bulan.

Sebab itulah ramai di antara kita merasakan gaji bulanan yang diperolehi tidak pernah mencukupi. Sebabnya, apabila gaji bertambah, mulalah buat hutang baru, mulalah tukar kereta yang lebih bergaya.

Malah, ramai juga yang mula singgah di tempat makan yang ‘have-have’. Kalau sesekali tidak mengapa, tetapi hampir setiap hari.

Jika inilah situasinya, percayalah sampai bila-bila pun gaji anda tidak pernah akan cukup. Sebabnya, pendekatan yang anda pilih sangat salah.

Apabila anda sering berasa tersepit dengan masalah kewangan, sudah pasti ia akan mempengaruhi psikologi dan sekali gus akan membuatkan hidup anda tidak gembira.

Untuk membebaskan diri daripada masalah gaji tidak pernah cukup ini, pertama sekali anda haruslah mengenal pasti corak kehidupan anda. Corak kehidupan adalah pengaruh yang cukup kuat dalam menentukan cara berbelanja anda. Harus diingat, biar setinggi mana pun gaji yang anda terima, jika tidak pandai menguruskannya anda pasti akan menemui kegagalan.

Jom semak tip berikut untuk membantu anda menguruskan kewangan.

1) Ukur baju di badan sendiri

Berbelanjalah mengikut kemampuan diri sendiri, bukan mengikut kehendak nafsu. - Gambar hiasan
Berbelanjalah mengikut kemampuan diri sendiri, bukan mengikut kehendak nafsu. - Gambar hiasan

Jangan impikan gaya hidup orang lain. Tengok orang berkereta besar, anda pun tak sabar-sabar hendak membeli sebuah SUV dengan alasan sudah puas berkereta kecil. Melihat rakan baik atau kenalan membeli telefon pintar jenama ‘A’, anda pun mahukannya, sedangkan gaji anda hanya empat angka, sedangkan dia lima angka. 

Jadi cepat-cepatlah bangun daripada lamunan. Biarpun ada kemungkinan gaji anda sama banyak dengan dia, tetapi percayalah corak kehidupan dan faktor tanggungan tidak pernah akan sama. Jadi, berhentilah membuat perbandingan antara anda dengan orang di sekeliling anda. Tidak berbaloi!

2) Jangan berbelanja itu ini sebelum buat simpanan

Selain wang tunai, emas juga boleh dijadikan sebagai simpanan kerana nilainya sentiasa meningkat. - Gambar hiasan
Selain wang tunai, emas juga boleh dijadikan sebagai simpanan kerana nilainya sentiasa meningkat. - Gambar hiasan

Setiap kali dapat gaji, jangan teruja untuk beli itu ini sebelum asingkan wang untuk membayar hutang dan simpanan. Peratusan yang sangat disarankan ialah, 50% untuk hutang / komitmen, 30% untuk perbelanjaan harian dan gaya hidup dan 20% lagi untuk simpanan.

Dengan format pengiraan ini, anda perlu rancang corak berbelanja yang  ‘perfect’ untuk anda. Mana mungkin untuk anda mencapai kewangan yang maksimum sekiranya anda berbelanja melebihi kemampuan. Jika hidup dalam delusi, usah merungut ‘gaji tak cukup’ kerana anda sendiri yang mencari masalahnya. Tidak salah untuk anda meningkatkan taraf hidup, namun ia haruslah mengikut kemampuan.

3) Buat penilaian bijak

Buat penilaian dengan bijak dan tidak berbelanja melebihi keperluan diri. - Gambar hiasan
Buat penilaian dengan bijak dan tidak berbelanja melebihi keperluan diri. - Gambar hiasan

Penilaian seseorang terhadap corak kehidupan tidak mungkin akan sama. Ada orang menganggap menonton filem di pawagam saban minggu itu satu pembaziran, ada orang lain pula menganggap itu tidak menjadi isu kerana dia mungkin sanggup memasak setiap hari untuk menjimatkan perbelanjaan.

Sebenarnya, anda harus faham bahawa mengawal perbelanjaan bukan bermakna anda perlu mengurangkan apa yang yang dimiliki secara total. Sebaliknya, kenal pasti perbelanjaan yang boleh dikurangkan misalnya menjamu selera di kafe-kafe mewah atau menghantar pakaian ke dobi untuk digosok. 

Kurangkan perbelanjaan secara bijak. Jangan ambil langkah yang ‘bodoh’ sehingga menyusahkan diri di kemudian hari. Jangan sesekali berniat mahu menghentikan premium insurans perlindungan diri kerana malang tidak berbau!

4) Cari alternatif untuk merealisasikan kehendak hidup

Jika ingin bercuti, carilah destinasi nilai pertukaran mata wang yang tidaklah terlalu membebankan. - Gambar hiasan
Jika ingin bercuti, carilah destinasi nilai pertukaran mata wang yang tidaklah terlalu membebankan. - Gambar hiasan

Belajarlah untuk mencari alternatif lain bagi meraih sesuatu yang ingin dimiliki. Contohnya, anda berhasrat untuk ke Switzerland bagi menikmati sebuah percutian yang dikelilingi salji. Untuk merealisasikan hasrat ini sudah pasti memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit. 

Justeru itu, carilah destinasi yang menjanjikan pengalaman yang seakan sama seperti ke Korea Selatan atau Jepun yang nilai pertukaran mata wangnya tidaklah terlalu membebankan. Bahkan, tambang tiket penerbangan juga tidaklah semahal ke Switzerland. 

Begitu juga dengan keinginan untuk memiliki sebuah SUV kerana ahli keluarga semakin bertambah. Carilah yang sesuai dengan taraf kehidupan. Jika kereta import harganya mencecah ratusan ribu ringgit, mungkin anda boleh bilih SUV jenama kereta buatan syarikat tempatan. 

Moga tip ini boleh membantu anda merancang perbelanjaan demi sebuah kehidupan yang lebih menggembirakan. Ingat! wang tidak akan datang bergolek. - Getaran, 29 Januari 2023 

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

28 Jan 2023

Sorotan

1

Hapus Monopoli PUSPAKOM Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan

2

KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

3

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

Disyorkan untuk anda

TARA 6 jam yang lalu

Kartunis Tazidi Yusof, Merakam Nostalgia 

oleh Muhammad Rasfan Abu Bakar

TARA 10 jam yang lalu

Inisiatif 'Women Take the Wheel' Tingkatkan Pengalaman Wanita Membeli Kereta

Wanita akan diberi bimbingan, terutamanya dalam aspek teknikal dan hal-hal berkaitan peringkat awal proses pembelian kereta di Carsome.

oleh Izwan Ramlan

TARA 18 jam yang lalu

Banyak Cabaran Yang Dilalui Vino G Bastian Kala Menghidupkan Watak Tokoh Penting Buya Hamka

Demi menjayakan watak Buya Hamka, Vino akui harus melalui proses yang panjang kerana penggambaran filem ‘Buya Hamka’ mengambil masa selama enam bulan dan turut...

oleh Helmi Anuar

TARA 9 jam yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini