Bodies Bodies Bodies

Bodies Bodies Bodies untuk meraka yang sukakan kejutan dan berteka-teki dalam menyelesaikan misteri. Filem ini diarahkan oleh Halina Reijn dengan lakon layar oleh Sarah DeLappe dan skripnya di tulis oleh Kristen Roupenian.
Menampilkan Amandla Stenberg, Maria Bakalova, Myha'la Herrold, Chase Sui Wonders, Rachel Sennott, Lee Pace, dan Pete Davidson, filem ini mendapat ulasan atau kritikan positif daripada pengkritik filem. Ini kerana pengarah berjaya menyuntik unsur humor di saat penonton diserbu perasan berdebar-debar.
Setiap pelakon juga berjaya menggalas watak masing-masing dengan baik. Geram melihat karetor masing-masing yang ‘bodoh’, pentingkan diri sendiri dan kebudak-budakan. Masing-masing bertindak mengikut perasaan. Biarpun ada seorang yang benar-benar dewasa di kalangan mereka, namun dia menjadi orang yang pertama ‘tewas’ selepas gagal menyakinkan kumpulan wanita ini supaya bertenang.
Bodies Bodies Bodies adalah tentang sebuah percutian di sebuah rumah agam yang akhirnya menjadi medan pembunuhan. Mengapa mereka diburu satu demi satu? Di penghujung cerita anda akan dapati semuanya berlaku tidak seperti yang mereka dan anda bayangkan.
Moral yang cuba disampaikan ialah, bukan semua orang yang kita anggap kawan itu boleh dipercayai dan jujur dalam berkawan. Dengan situasi sekarang ini, lebih ramai yang berpura-pura demi kelangsungan hidup! – Rahayu MN
Night School

Sebuah filem komedi berkisahkan tentang pelajar bernama Teddy Walker (lakonan Kevin Hart) yang tidak berjaya lulus dalam peperiksaan sekolah menengah dan terpaksa mengambil kelas malam untuk mendapat semula sijil peperiksaan bagi mendapatkan pekerjaan yang ditawarkan oleh rakannya.
Lebih menyeronokan, Teddy perlu menjalani kelas malam sahaja di sekolah yang sama kerana dia bersama pelajarnya lain jatuh dalam kategori umur berlebihan.
Pelbagai cara Teddy dan rakan-rakan cuba melakukan penipuan untuk mencuri kertas ujian supaya mereka dapat lulus peperiksaan tersebut.
Namun kaedah demi kaedah yang dilaksanakan gagal sehinggalah Teddy dan rakan-rakan membuat keputusan untuk belajar dalam proses yang betul. Keputusan akhir menunjukan Teddy seroang sahaja tidak lulus sedangkan rakannya yang lain berjaya.
Dia tidak putus asa dan pelbagai agenda lawak terjadi semasa Teddy mengambil semula peperiksaan tersebut berulang kali sehingga lulus.
Filem arahan Malcolm D. Lee dan ditayangkan pada 2018 kini boleh ditonton menerusi saluran Netflix. – Izwan Ramlan
Mission Majnu

Filem bergenre thriller ini ditayangkan di Netflix berjaya menembusi senarai 10 teratas pemerhatian bulan Januari ini. ‘Mission Majnu’ arahan Shantanu Bagchi, ini berlatarkan tahun 1970-an di mana India telah berjaya menghasilkan bom nuklear, Pakistan pula ambil langkah yang sama dengan membina bom nuklear dengan panggil pakar saintis, A.Q. Khan ke Quetta, Pakistan.
Membawa kisah, seorang ejan RAW, Aman Ajitpal Singh atau Tariq Hussain (Sidharth Malhotra) yang diberi tugas untuk mencari tahu lokasi rahsia di mana Kerajaan Pakistan membina fasiliti nuklear tersebut.
Dalam misi ‘undecover’ tersebut, Tariq bekerja sebagai tukang jahit uniform tentera dan berkahwin dengan Nasreen (Rashmika Mandanna) yang buta sejak kecil lagi.
Namun, dalam misi untuk menyiasat keberadaan kilang nuklear tersebut, Tariq ingin berbakti kepada negara dengan mencari bukti kewujudan dan lokasi tersebut.
Mengenali Pakistan dengan mengambil langkah berisiko untuk membalas dendam terhadap India, Tariq yakin negaranya dalam ancaman bahaya. Berjayakah Tariq, menemui kilang nuklear tersebut demi menyelamatkan negara tercintanya dari ancaman itu?
Jika anda peminat tegar filem-filem beraksi, jangan lupa saksikan ‘Mission Majnu’ yang penuh dengan aksi-aksi hebat! - Rubini Nagarajah
Disconnect: The Wedding Planner

Sebuah filem komedi romantik arahan David Tosh Gitonga, Disconnect: The Wedding Planner menggabungkan barisan pelakp Nigeria dan Kenya. Antara pelakonnya adalah Wale Ojo, Patricia Kihoro, Pascal Tokodi, Meg Otanwa serta Tope Tedela.
Ia bukanlah sebuah filem komedi romantik yang sempurna tetapi jika ada mahu menghabiskan waktu luang dengan menonton filem yang sekadar mampu memberikan elemen ‘feel good, inilah filemnya.
Ia mengisahkan Otis (lakonan Pascal Tokodi) yang mahu mengubah nasib, kehidupan dan perniagaannya. Pada saat dia berjaya mendapat projek menguruskan majlis perkahwinan seorang pelabur yang berpotensi untuk melabur dalam perniagaannya, dia telah menjadi mangsa scam.
Terdesak, Otis cuba mendapatkan bantuan daripada rakan-rakannya yang lain demi menjayakan majlis perkahwinan pelabur tersebut yang diadakan di sebuah destinasi yang cukup sempurna untuk pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga iaitu di sebuah pusat peranginan di Mombasa.
Sepanjang berada di sana, Otis juga seorang lelaki yang gemar berpoya-poya tidak menyangka dia sebenarnya telah jatuh cinta dengan rakannya TK. Bahkan, beberapa rakannya yang lain juga turut diuji dengan hubungan cinta masing-masing.
Filem original Netflix ini menjalani penggambaran di Lagos, Nigeria dan beberapa tempat di Kenya iaitu Mombasa, Nairobi serta Kwale County. – Ellyna Ali