Jenama teh gaya hidup di rantau Asia Tenggara, Tealive tidak pernah sunyi daripada membawakan sesuatu yang istimewa untuk dinikmati oleh penggemar teh dan kopi di Malaysia.
Terbaru, jenama ini ‘mengheret’ pelakon Fikry Ibrahim dalam kempen terbaharu mereka, ‘CEO Fikry’.
Ya, Fikry menjayakan watak sebagai Ketua Pegawai Espresso Tealive (CEO Tealive) untuk kempen kopi terkini daripada Tealive, di mana sesiapa yang membeli mana-mana kopi daripada Tealive akan mendapat cawan kedua pada harga RM1 sahaja, hanya pada hari bekerja sebelum pukul 3 petang.
Semasa pelancaran kempen itu baru-baru ini, selain turut sama mengedarkan rangkaian kopi Tealive, Fikry turut melayan media dengan mempersembahkan keseluruhan rancangannya mengenai peranannya sebagai CEO Tealive.
Bintang drama ‘Kerana Dia Suka’ ini ternyata teruja dengan tanggungjawab terbaharunya itu. Jelas Fikry, dia mengambil masa dan berusaha mengkaji dan membiasakan diri dengan operasi Tealive supaya boleh memainkan peranan CEO dengan sebaik mungkin.

"Sudah tentu, apabila pertama kali didekati, saya berasa bangga. Tetapi dalam masa yang sama, saya juga berasa bimbang kerana saya tidak pernah menjadi Ketua Pegawai Espresso sebelum ini."
“Saya mengambil masa dan berusaha untuk mengkaji dan membiasakan diri dengan operasi Tealive supaya saya boleh memainkan peranan ini dengan sebaik mungkin. Terus-terang saya katakan bahawa saya sangat menikmatinya dan berharap peminat dapat memberi sokongan.”
“Sebagai Ketua Pegawai Espresso, saya benar-benar akan memenuhi janji jenama Tealive iaitu ‘Bukan Sekadar Teh’ kerana saya ingin memberitahu semua orang bahawa Tealive mempunyai kopi Arabica yang hebat, dan setiap cawan dibancuh segar dengan tangan. Saya berterima kasih kepada Tealive kerana mempunyai keyakinan terhadap saya,” ulas Fikry.
Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif pemilik jenama Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo berkata, Fikry menjadi pilihan Tealive kerana personaliti ini merupakan seorang pelakon, model, pengacara TV dan pelawak terkenal yang gaya hidupnya sejajar dengan kisah jenama Tealive.

“Dengan 1.1 juta pengikut di Instagram, Fikry yang berusia 28 tahun menjalani gaya hidup aktif dan siarannya sering mengenai dirinya yang menikmati keseronokan bermain jet ski, mengembara menunggang motosikal atau bermain futsal dengan rakan-rakan.”
“Kami mengalu-alukan Fikry untuk menerajui peranan CEO Tealive bagi kempen kopi kami. Dia juga telah berkembang sejak awal pembabitannya di Lawak Solo hingga menjadi seorang selebriti yang berorientasikan kekeluargaan sihat dan berperwatakan gembira serta diminati oleh jutaan peminat.
“Semangat Fikry terhadap jenama Tealive sangat mengagumkan. Jadi, gandingan kami ini pasti akan mengundang lebih banyak kegembiraan dan keseronokan serta menghidangkan lebih banyak kopi di seluruh Malaysia,” ujarnya.
Promosi ‘CEO Fikry’ ini berlangsung dari Isnin hingga Jumaat, sebelum jam 3 petang. Beli mana-mana kopi dan anda boleh mendapatkan minuman kedua hanya dengan RM1. Boleh pilih Kopi Signature, Cappuccino, Americano atau Latte untuk sebarang saiz, panas atau sejuk. - Getaran, 22 Januari 2023