Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


AirAsia X Kembali Ke Osaka

Penerbangan tiga kali seminggu ke Osaka dijangka membawa lebih 116,000 pelancong antara Malaysia dan Jepun pada setiap bulan, seterusnya memacu sektor pelancongan kedua-dua negara.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 3:09PM

Osaka - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - AirAsia X (AAX) kembali ke Osaka, Jepun untuk mengembangkan lagi rangkaiannya ke negara matahari terbit itu. 

Penerbangan sulungnya berlepas dari Kuala Lumpur pada 11.45 malam semalam dan tiba di Osaka pada 7.15 pagi hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AAX Malaysia, Benyamin Ismail berkata selepas menyambung semula perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Tokyo (Haneda) dan Sapporo pada akhir tahun lepas, syarikat penerbangan telah membawa hampir 30,000 orang antara Malaysia dan Jepun selepas pandemik. 

“Hari ini, kami menyaksikan permintaan yang kukuh bagi penerbangan sulung ini dengan muatan melebihi 95 peratus dan kami yakin laluan ini akan diterima dengan baik walaupun ia kompetitif.

“Apabila permintaan terhadap perjalanan semakin meningkat, kami akan terus mengembangkan perkhidmatan kami ke destinasi menarik di Asia dari hab serantau kami di Kuala Lumpur dan Bangkok,” katanya dalam kenyataan.

Penerbangan tiga kali seminggu ke Osaka dijangka akan membawa lebih 116,000 pelancong antara Malaysia dan Jepun pada setiap bulan, seterusnya memacu sektor pelancongan kedua-dua negara.

AAX menawarkan tambang termasuk semua antara Kuala Lumpur dan Osaka daripada RM699/JPY29,990 sehala untuk tempat duduk ekonomi atau RM2,999/JPY106,640 sehala untuk Premium Flatbed.

AAX melakukan penerbangan ke tiga destinasi di Jepun iaitu Tokyo, Osaka dan Sapporo dari Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh AirAsia X Malaysia dan dari Bangkok (Suvarnabhumi) yang dikendalikan oleh AirAsia X Thailand. - Bernama

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

21 Jan 2023

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu