Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tahun 2023 – Sharifah Sakinah Mahu Banyak Terlibat Dengan Program Perkongsian Tentang ADHD 

“Saya tahu, masih ramai di luar sana yang tidak tahu apa itu ADHD dan ada juga yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya mendapat penyakit ini,” kata Sharifah Sakinah. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 12:00PM

Sharifah Sakinah - Gambar Instagram Sharifah Sakinah

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah tiga tahun pelakon Sharifah Sakinah disahkan menghidap penyakit AttentionDeficit Hyperactivity Disorder (ADHD) yang merupakan sejenis gangguan mental dengan kesan hiperaktif, impulsif serta tidak mampu memberikan tumpuan. 

Namun, dia berusaha menyalurkan energi positif di dalam kehidupannya dengan menerima kekurangan diri, menjaga diri dan menyayangi dirinya. 

Bahkan, dia juga banyak terlibat dengan program-program perkongsian tentang penyakit ADHD sejak kebelakangan ini. 

Gambar Instagram Sharifah Sakinah
Gambar Instagram Sharifah Sakinah

“Untuk tahun 2023 ini, saya mahu terlibat dengan banyak program-program sebegini. Dulu, saya hari-hari bekerja, sibuk cari duit. 

“Tapi, sekarang ini, saya mahu memberi semula kepada masyarakat dan berkongsi tentang penyakit ADHD ini. 

“Sebab saya tahu, masih ramai di luar sana yang tidak tahu apa itu ADHD dan ada juga yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya mendapat penyakit ini. 

“Untuk orang yang ada ADHD, mereka tidak menjalani kehidupan seperti orang biasa. Orang biasa hanya bangun pagi dan terus boleh pergi kerja. 

“Tapi bagi pesakit ADHD, macam-macam mereka kena buat dulu sebelum mereka betul-betul boleh keluar bekerja, misalnya berzikir dahulu dan sebagainya. 

“Macam saya sendiri, saya kena bangun jam 5 pagi semata-mata nak menjalani kehidupan harian seperti biasa. Adakalanya nak buka penutup botol pun, saya bergelut melakukannya. 

Jelas Sharifah Sakinah lagi, bagi golongan ‘urban’ mungkin mereka tidak hadapi masalah untuk memahami ADHD yang mereka alami. 

“Sebab mereka jenis terbuka dan sentiasa bercakap dengan diri mereka kepada kalangan keluarga atau rakan-rakan. 

“Tapi, kebanyakan pengikut media sosial saya, mereka ini terdiri daripada pelbagai golongan dan mereka juga bukan jenis yang mahu berkongsi masalah mereka kepada orang lain. 

“Mereka hanya akan tahu mereka ada masalah bila mereka sudah mula diserang ‘anxiety’ atau depression. Bila buat pemeriksaan dengan doktor, barulah mereka tahu, rupa-rupanya mereka penyakit gangguan mental,” katanya. 

Gambar Instagram Sharifah Sakinah
Gambar Instagram Sharifah Sakinah

Namun, Sharifah Sakinah juga berpendapat siapa-siapa yang mendapat gangguan mental haruslah mendapatkan rawatan daripada doktor dan ahli psikologi. 

“Memang kita boleh kongsi apa yang kita alami ini dan cara-cara menanganinya dengan orang di luar sana. Tapi, apa yang sesuai atau berkesan untuk anda, mungkin tidak sesuai atau berkesan untuk saya. Dan, apa yang sesuai dan berkesan dengan saya pula mungkin tidak sangat-sangat membantu orang lain,” katanya.

Biarpun sekarang ini, Sharifah Sakinah sudah mula dapat mengadaptasi dengan ADHD, namun dia mengakui dia terpaksa hidup dengan penyakit itu bersama pengambilan ubat-ubatan. 

“Pesakit ADHD tidak boleh sembuh sepenuhnya seperti sediakala. Kita seperti orang yang lahir tempang, cuma ia tidak nampak pada pandangan mata. 

“Tapi, orang yang benar-benar tempang tidak dilabel sebagai attention seeker (suka meraih perhatian) seperti mana pesakit ADHD sebab mereka mengalami tempang dalam otak. 

“Mujurlah saya tidak punya masalah dalam kerja kerana saya suka berlakon. Tapi, ia telah memberikan kesan kepada hubungan rumahtangga saya. 

“Dalam tempoh tujuh tahun saya telah berkahwin dua kali dan bercerai. Tapi, saya juga tidak mahu menjadi seorang toksik dan narsistik dalam hubungan. 

Gambar Instagram Sharifah Sakinah
Gambar Instagram Sharifah Sakinah

“Saya kena berundur. Sebab pesakit ADHD tidak tahu bagaimana hendak mengawal emosi kita. Bila kita tidak tahu hendak mengawalnya, kita akan berpaling dan mencari Tuhan dan mendekatiNYA. Itulah hikmahnya,” katanya lagi. 

“Saya tidak malu untuk memperkatakan tentang soal kahwin dan cerai ini. Sebab saya tidak mahu jadi fake. Apa yang perlu saya buat saya akan buat. Saya tidak mahu menyeksa diri. Perkara yang paling penting adalah bagaimana kita menerima diri dan menjaga diri. 

“Saya terima saya punya masalah. Saya harus menyayangi diri saya. Ia memerlukan keberanian untuk saya melakukannya dan bersikap terbuka,” katanya. – Getaran, 14 Januari 2023 

Isu Pada

'Kebangkitan' Farid Kamil

14 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Umpama Telur Di Hujung Tanduk: 7 Masalah Perhubungan Yang Sukar Dipulihkan

2

Selebriti 4 bulan yang lalu

Jovian Mandagie, Nina Sah Bercerai

3

Selebriti 7 bulan yang lalu

Engku Emran, Noor Nabila Cerai Talak 1

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Perkahwinan Bawah Umur Catat Peningkatan Di Sarawak - NGO

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini