Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


4 Langkah Kurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular 

Kajian terbaharu menunjukkan peningkatan kelaziman rakyat Malaysia yang didiagnosis dengan penyakit jantung pada usia yang lebih muda berbanding sebelum ini. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 7:24PM

Dianggarkan 17 peratus kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit jantung iskemik. - Gambar hiasan Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menurut perangkaan negara, 17 peratus kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit jantung iskemik. Penyakit jantung iskemik atau arteri koronari adalah salah satu bentuk penyakit jantung yang paling biasa terjadi.

Ia berlaku apabila saluran darah menjadi keras dan sempit disebabkan oleh plak kolesterol. Jika keadaan ini berlanjutan, pengaliran darah ke otot jantung akan berkurangan, dan ini akan mengakibatkan sakit dada. 

Jika bekalan darah berkurangan ke tahap yang kritikal, seseorang itu akan mendapat serangan jantung. Perunding Kardiologi dan Perubatan Dalaman di Regency Specialist Hospital, Dr Ang Kai Ping memberitahu, ramai yang tidak menyedari bahawa mereka mempunyai masalah saluran jantung menyempit sehingga mereka berdepan dengan gejala sakit jantung. 

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

“Apabila pengumpulan yang dikaitkan dengan deposit kolesterol menyempitkan saluran jantung dan menyekat aliran darah, ia akan menyebabkan sesak nafas, sakit dada atau serangan jantung. Bagaimanapun, kebanyakan individu tidak menyedari bahawa mereka mengalami masalah penyakit ini sehingga mereka berdepan dengan gejala berkenaan.”

“Serangan jantung boleh merosakkan otot jantung yang mengakibatkan kematian otot terutamanya jika tidak dirawat dan seterusnya membawa kepada kegagalan jantung pesakit,” ujar beliau

Jelas Dr Ang lagi,  sesiapa sahaja boleh menghidap penyakit jantung, namun terdapatnya beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung berlaku.

Ini termasuk keadaan kesihatan sedia ada seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, kencing manis, obesiti, faktor gaya hidup seperti kurang bersenam, tekanan, diet tidak sihat dan merokok.

Walau bagaimanapun, kajian terbaru menunjukkan peningkatan kelaziman rakyat Malaysia yang didiagnosis dengan penyakit jantung pada usia yang lebih muda berbanding sebelum ini. 

Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menghidapi Sindrom Kardiovaskular Akut (ACS) antara 55.9 dan 59.1 tahun berbanding individu dari negara maju yang didiagnosis antara 63.4 dan 68 tahun.

"Apabila seseorang pesakit mengalami serangan jantung pertama, pesakit berkenaan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk serangan jantung yang lain atau strok tanpa mengira usia.

“Salah seorang pesakit saya hanya berusia 26 tahun ketika dia mengalami serangan jantung akibat jantungnya tersumbat. Beliau menjalani angiografi jantung dan telah pulih.”

“Namun, pesakit tersebut berkemungkinan memerlukan pemeriksaan tahunan secara berkala di samping membawa perubahan kepada gaya hidupnya untuk mengelakkan serangan jantung yang lain daripada berulang sepanjang hayatnya,” jelas beliau.

Adalah menjadi satu keperluan untuk mendidik orang ramai tentang cara mencegah penyakit jantung dengan membawa perubahan kepada tabiat pemakanan dan gaya hidup yang kini menjadi lebih penting berbanding sebelum ini.  

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Meskipun beberapa faktor risiko penyakit jantung tidak dapat dielakkan, beberapa perubahan gaya hidup boleh membantu mencegah atau mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Berikut adalah empat langkah yang disarankan oleh Dr. Ang. 

1) Lebih banyak aktiviti fizikal boleh mengurangkan risiko anda menghidapi penyakit jantung atau menambah baik keadaan pesakit yang mempunyai penyakit jantung sedia ada selain mengurangkan risiko komorbiditi lain . 

2) Mengamalkan diet sihat, termasuk mengurangkan pengambilan sodium dan lemak boleh membantu mengurangkan risiko kardiovaskular anda. 

Pengamalan diet secara sederhana yang merangkumi lebih banyak sayuran dan jumlah daging yang sederhana serta kurang minyak dan garam adalah penting. Dr Ang mengesyorkan amalan diet kurang minyak dan garam boleh mengundang perbezaan.

3) Kurangkan merokok atau berhenti merokok boleh mengurangkan risiko kardiovaskular anda. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan pesakit jantung dalam kalangan perokok, Dr Ang mengesyorkan untuk berhenti merokok atau menyertai program berhenti merokok bagi mengurangkan risiko penyakit jantung dengan ketara.

4) Tekanan didapati memainkan peranan dalam risiko kardiovaskular . Persekutuan Jantung Dunia menyatakan bahawa tekanan psikologi boleh menggandakan risiko mendapat serangan jantung, Jadi, kurangkan tahap tekanan anda dengan melakukan lebih banyak senaman, meditasi dan mendapatkan tidur yang berkualiti untuk mengurangkan risiko kardiovaskular anda .

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Selain daripada perubahan gaya hidup yang boleh membantu mengurangkan risiko kardiovaskular, langkah pertama yang boleh dibuat untuk mula memantau kesihatan jantung adalah dengan menjalani peperiksaan saringan kesihatan yang merangkumi penilaian risiko jantung.

"Pengesanan dan rawatan awal secara signifikan dapat mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung. Sebagai seorang profesional penjagaan kesihatan, titik permulaan yang baik untuk membantu mencegah risiko penyakit jantung adalah dengan mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala. 

Ini membolehkan doktor anda mengesan dan memantau faktor risiko anda dan mengambil langkah untuk membantu mencegah penyakit jantung dari awal,” pesan Dr Ang. - Getaran, 25 Disember 2022 

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

24 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Berapalah Upah Oyen Dapat Ni

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Harus Segera Tunai Janji Bentang GEG, RUU Kawalan Produk Merokok Di Parlimen 

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Semua Orang Berisiko Terkena Serangan Strok Haba - Pakar

4

Rencana 10 bulan yang lalu

Jangan Anggap Duduk Belakang Tak Payah Pakai Tali Pinggang Keledar, Jika Kemalangan…

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok