Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tertawan Dek Taiwan

Tahukah anda bahawa selain Hong Kong dan Macau, Taiwan juga merupakan sebuah destinasi pelancongan yang hebat? Minggu ini kami kongsikan sedikit info tentang pulau unik ini.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2021 9:36AM

Gambar: Someus Christopher, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mungkin ramai yang kerap mendengar nama tempat ini disebut-sebut di kalangan teman-teman yang berbangsa Cina di Malaysia. Kata sebilangan besar yang pernah ke sana, Taiwan menyeronokkan. Apa yang ada di Taiwan? 

Apa yang perlu anda tahu Taiwan sebenarnya bukan sebuah negara (namun ramai yang menyangka ia sebuah negara yang berdikari). Taiwan sebenarnya dari dulu hingga sekarang adalah sebahagian dari tanah besar negara China.

Namun, gara-gara pergelutan dan perbezaan fahaman politik Komunis sesudah Perang Dunia Kedua, Taiwan lahir dengan kerajaan serta sistem pentadbirannya sendiri. Biarpun ia tidak diiktiraf badan-badan rasmi antarabangsa sebagai sebuah negara, negeri pulau ini tampil sebagai salah satu ‘Harimau Asia’ yang unggul di mata dunia. 

Mereka maju dalam aspek ekonomi dan pembangunan sehingga menjadi pilihan ramai pelabur asing. Negeri mereka hebat dan sangat teratur. Dan semuanya mereka lakukan sendiri dengan sumber-sumber mereka sendiri tanpa bantuan negara besar China. Ekonomi mereka sudah lama terbuka sebelum China yang satu ketika dahulu mempertahankan sistem ekonomi sosialis mereka.

Walau bagaimanapun, dalam soal pelancongan Taiwan mampu berdiri sendiri. Rakyat Malaysia tidak perlukan visa sekiranya ingin melancong ke sana selama 15 hari (biarpun ia tertakluk di bawah pentadbiran Republik China).

Pintu masuk utama Taiwan sudah tentulah ibu kotanya, Taipei. Sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan di Taipei, para pelancong biasanya tidak akan menghadapai sebarang masalah. Kebanyakan penduduknya boleh bertutur dalam bahasa Inggeris walaupun tidak 100% fasih, tapi masih jelas dan mampu difahami.

Gambar: Shupin Zeng, Unsplash
Gambar: Shupin Zeng, Unsplash

Para pelawat boleh menaiki bas khas dari lapangan terbang ke pusat kota dengan harga yang sangat berpatutan. Selain itu Taipei juga mempunyai sistem rel dan MRT yang sangat cekap.

Ini memudahkan penjelajahan kota dan anda disarankan untuk memulakan eksplorasi Taipei di jalan utama Zhonghua Road, yang berada di kawasan membeli-belah paling ‘hip’ di Taipei iaitu daerah Ximending.

Tempat ini merupakan kawasan kegemaran anak muda yang mencari fesyen serta barangan terkini di mana deretan kedai di Ximen Walker mampu memenuhi setiap kehendak pengunjung.

Dari stesen MRT Ximen anda boleh cuba meneroka beberapa pelusuk utama kota Taipei. Bermula dengan pasar-pasar malamnya sehinggalah pusat-pusat membeli-belahnya, semuanya ada sekilas persamaan dengan beberapa tempat di Kuala Lumpur.   

Tiket MRT murah dan stesennya bersih serta teratur. Jaluran keretapi Taipei sama sekali tidak mengelirukan berbanding sistem-sistem keretapi bawah tanah di Eropah dan Amerika. 

Jika tidak tahu hendak ke mana semasa tiba di Taipei, pastikan anda melawat mercu tanda Taipei iaitu Menara Taipei 101. Pada ketinggian 508 meter dan terdiri daripada 101 tingkat di atas tanah serta lima tingkat di bawah tanah, menara ini merupakan salah satu bangunan tertinggi di dunia dan memang sering menjadi tumpuan pelancong.

Dengan membeli tiket berharga serendah NT$500 (sekitar RM55), anda boleh naik ke tingkat 89 dan 91 untuk menikmati pemandangan kota Taipei dari aras yang tinggi sambil menikmati sajian yang enak.

Lima tingkat di bawah tanah menara ini pula menempatkan sebuah pusat membeli-belah mirip Suria KLCC yang mempunyai ajnas kedai-kedai berjenama antarabangsa dan tempatan serta puluhan restoran dan tempat makan.

Walaupun tiada stesen MRT yang berhenti tepat di bawah menara ini, ada stesen berdekatan yang terletak di kawasan pusat Xinyi di mana tersergamnya Menara Taipei 101. Dari stesen itu juga tersedia perkhidmatan bas percuma yang akan membawa penumpang dari stesen ke menara tersebut.

Selain Ximen Walker dan Menara Taipei 101, sempatkan juga ke kawasan Wufenpu, kawasan membeli-belah paling popular di Taipei. Ia terkenal dengan menjual pakaian terkini dan berkualiti pada harga borong yang sangat murah!

Jumlah kedainya beratus tapi memang berbaloi untuk dilawati. Terdapat banyak barangan yang dibawa dari Korea serta Jepun dijual di situ. 

Setelah puas menghirup udara kota dan membeli-belah curi sedikit waktu untuk ke luar Taipei ke daerah Yilan yang terletak sekitar sejam dari Taipei. Di sana terdapat kawasan pergunungan yang sangat indah dan menenangkan, khasnya di Shangrila Leisure Farm. Ia sebuah resort yang menawarkan percutian di kawasan perkebunan tanah tinggi. 

Di situ anda dapat meilhat pelbagai tanaman dan buah-buahan serta diajar melakukan pelbagai aktiviti menarik. Dari sesi kraftangan, bermain membentuk buih air, sehinggalah kelas membuat bebola nasi atau rice dumplings, semuanya sempat kami cuba kala bermalam di situ. Malah ada juga pertandingan bermain gasing!

Lebih menarik lagi, hotelnya juga mempunyai sebuah restoran halal yang diiktiraf oleh badan Islam Cina. Malah mereka banyak menerima kunjungan dan menganjurkan program-program menarik buat pelancong dari negara-negara islam yang lain.

Tidak rugi juga jika anda berpeluang ke sana kerana ia hanyalah satu jam dari Taipei dan merupakan satu pengalaman yang berbeza serta unik.

Itu semua baru sebahagian sahaja dari keindahan negeri Taiwan. Negeri pulau ini besar dan masih ada banyak penjuru yang harus para pelancong terokai. Orang-orangnya peramah dan sentiasa mahu membantu. Malah tanpa meminta bantuan pun pasti ada yang akan menolong sekiranya mereka lihat anda seperti memerlukan sesuatu.

Nasihat kami buat yang belum pernah ke Taiwan, lekaslah tempah penerbangan ke sana selesai pandemik nanti. Dengan adanya tiket penerbangan yang murah, kami yakin yang lawatan anda akan meningglkan kesan dalam ingatan kerana Taiwan memang menawan! – Getaran, 25 April 2021.

Semua gambar: Shah Shamshiri, kecuali tertera

Isu Pada

“Cinta Hati Saya Adalah…” - Hun Haqeem

24 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Cubaan Wujudkan Hab Panggilan Gagal, 4 Penjenayah Warga Taiwan Ditahan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

4

TARA 7 bulan yang lalu

Biarpun Kadar Tukaran Wang Tinggi, Rakyat Malaysia Masih Suka Ke Singapura

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi