Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Restoran Pandu-Lalu McDonald’s Batu Kawan Kini Dibuka Secara Rasmi

Pembukaan cawangan terbaharu ini membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat di samping menyediakan ‘feel good moments’ kepada warga Pulau Pinang.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 6:17PM

Cawangan baharu ini terletak di lokasi strategik berdekatan IKEA Batu Kawan dan berkeluasan 35,000 kaki persegi. - Gambar oleh McDonald’s

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

McDonald’s Malaysia baru-baru ini meraikan pembukaan rasmi restoran terbaharunya di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Seiring dengan inisiatif kerajaan negeri untuk melonjakkan ekonomi tempatan, McDonald’s berhasrat menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi dan menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat melalui pembukaan restoran ini.

Pembukaan restoran yang terletak di lokasi strategik berdekatan IKEA Batu Kawan, dan berkeluasan 35,000 kaki persegi itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak serta Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald's Malaysia, Datuk Azmir Jaafar.

“Kami sangat gembira dapat berada di sini untuk meraikan pembukaan restoran terbaharu McDonald’s di Batu Kawan. Kami melihat Batu Kawan sebagai lokasi strategik di Pulau Pinang yang membolehkan kami meluaskan lagi hospitaliti dan menyediakan ‘feel good moments’ atau kenangan terindah kepada warga Pulau Pinang.”

“Sejak pembukaannya pada Oktober tahun lalu, kami banyak menerima maklum balas positif daripada para pelanggan di kawasan ini, sehingga mampu mencapai purata jualan sebanyak RM1 juta setiap bulan.

''Menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasi restoran sememangnya sudah menjadi satu kewajipan bagi kami. Dengan pembukaan McDonald’s Pandu-Lalu Batu Kawan dan tiga lagi restoran yang bakal dibuka di Nibong Tebal, Relau dan Air Itam, kami berharap dapat meningkatkan lagi sumbangan kami kepada ekonomi tempatan melalui kira-kira 300 peluang pekerjaan untuk warga Pulau Pinang,” tambah Azmir.

 

Agihan pek kembali ke sekolah bernilai RM72,000

Sempena majlis pembukaan yang diadakan, McDonald’s Malaysia dan badan kebajikan pilihannya, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia menyumbang ‘Pek Kembali Ke Sekolah’ bernilai RM72,000 kepada 1,200 kanak-kanak sekolah rendah daripada latar belakang keluarga kurang berkemampuan di Pulau Pinang. 

Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar, selain memberi motivasi kepada pelajar untuk memulakan sesi persekolahan baru.

McDonald’s Malaysia juga menunaikan zakat korporat berjumlah RM250,000 kepada Zakat Pulau Pinang di McDonald’s Pandu-Lalu Batu Kawan
McDonald’s Malaysia juga menunaikan zakat korporat berjumlah RM250,000 kepada Zakat Pulau Pinang di McDonald’s Pandu-Lalu Batu Kawan

Tahun ini, sebanyak RM1.5 juta berjaya dikumpul bagi menyediakan 25,000 ‘Pek Kembali Ke Sekolah’ untuk diagihkan kepada pelajar di seluruh negara.

Pek ini akan diagihkan secara berperingkat sehingga Mac 2023, sebelum sesi persekolahan bermula.

McDonald’s Malaysia juga menunaikan zakat korporat berjumlah RM250,000 kepada Zakat Pulau Pinang di McDonald’s Pandu-Lalu Batu Kawan. Jumlah tersebut merupakan jumlah terbesar pernah dibayar kepada  Pulau Pinang sejak McDonald’s Malaysia mula membayar zakat enam tahun lalu.

Sehingga kini, McDonald’s Malaysia membayar zakat sebanyak RM9.85 juta kepada negeri-negeri di seluruh negara sejak syarikat mula membayar zakat pada 2017.

 

Program Perantis Vokasional McDonald’s 

Dalam perkembangan lain, di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s, 30 pelajar daripada keluarga asnaf di Pulau Pinang menerima surat tawaran untuk menyertai program latihan berasaskan industri selama 18 bulan ini. 

Program ini menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian tersebut.

Melalui inisiatif-inisiatif ini, McDonald’s Malaysia dengan kerjasama RMHC Malaysia, secara keseluruhannya menyumbang RM1.1 juta kepada Negeri Pulau Pinang bagi tahun ini.

Restoran khidmat segera ini juga secara konsisten terus menjadi anggota komuniti yang prihatin terhadap kesejahteraan rakyat Malaysia, dan program yang dijalankan memberi peluang pekerjaan dan pendidikan kepada masyarakat setempat, bukan sahaja di McDonald’s tetapi juga industri hospitaliti secara menyeluruh.

Pembukaan McDonald’s Pandu-Lalu Batu Kawan merupakan sebahagian daripada perancangan pertumbuhan syarikat di negara ini. Dengan lebih 330 restoran di seluruh negara, McDonald’s Malaysia menyasarkan untuk membuka sehingga 500 restoran menjelang 2026. - Getaran, 24 Disember 2022

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

24 Dec 2022

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah