web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenali 7 Jenis Pemandu Di Atas Jalan Raya Dan Cara Untuk Berdepan Dengan Mereka 

Realitinya masih terdapat individu yang memandu kereta dengan cara berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan berlaku kepada pengguna jalan raya yang lain. Jika anda menemui ciri-ciri pemandu tersebut, bagaimana cara untuk anda atasi masalah tersebut?

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 7:00PM

Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cara pemanduan kereta bagi setiap individu pastinya berbeza-beza. Sama ada memandu secara perlahan atau pun pada kelajuan tertentu. Setiap pemandu kenderaan pasti mempunyai gaya, penampilan dan personaliti tersendiri.

Namun, realitinya masih terdapat individu yang memandu kereta dengan cara berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan berlaku kepada pengguna jalan raya yang lain. Jika anda menjumpai ciri-ciri pemandu tersebut, bagaimana cara untuk anda atasi masalah tersebut?

Kenali 7 jenis karakter pemandu dan bagaimana cara untuk berdepan dengan mereka.

The Speedster

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Golongan ini adalah pemandu yang suka memecut laju dan sering melanggar peraturan had laju yang ditetapkan. Mereka memandu secara tergesa-gesa dan gemar memintas pemandu lain yang mematuhi had laju di atas jalan. 

Bagaimanapun, pemanduan seperti ini boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan berpusing kerana terlalu laju mengakibatkan daya tarik di atas jalan raya berkurang. Cuba untuk tidak bersaing dengan mereka. 

The Sloths 

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Pemandu jenis ini pula sudah pasti membahayakan keselamatan dan kepekaan diri. Bukan sahaja memandu di bawah had laju dan perlahan, malah boleh menyebabkan kenderaan lain menekan brek kecemasan untuk mengelak daripada dihentam.

Kebiasaannya brek yang sudah haus dan tidak matang akan menyebabkan kemalangan berlaku. Sentiasa berhati-hati apabila berdepan dengan pemandu jenis ini dan cuba jarakkan kenderaan anda daripada pemandu jenis ini. 

The Nervous Driver

Jika anda sedang memandu dan bertemu dengan pemandu yang gemuruh, elakkan daripada memecut atau mendekati kenderaan tersebut. Berikan isyarat awal kepada mereka untuk perlahankan kenderaan, jaga jarak selamat dan beritahu pemandu tersebut untuk berehat sebentar.

The Engrossed

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Suka atau tidak pemandu seperti ini adalah bahaya yang terbesar wujud di atas jalan raya kerana bermain atau menggunakan telefon sambil memandu. Kemalangan boleh terjadi sekelip mata dengan bermain gajet tersebut walau sekejap. Cuba bersabar dan pintas kenderaan mereka dengan cara berhemah dengan mengambil laluan lain. 

The Road Rager

Kategori ini adalah tingkah laku yang popular dikalangan orang ramai dan ia digelar sebagai  “memandu dalam keadaan marah”. Di mana pemandu boleh hilang kawalan dan cedera malah keadaan lebih teruk boleh berlaku jika pemandu membrek secara tiba-tiba atau membelok ke sisi jalan yang salah. Jika anda jenis pemandu seperti ini, cuba untuk bertenang dan fikirkan keselamatan orang lain di jalan lain. 

The Obediently Kind Driver

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Jarang nampak tapi ia wujud. Pemandu seperti ini sentiasa membenarkan kenderaan lain memasuk lorongnya, tidak pernah hon kepada sesiapa dan sentiasa mematuhi undang-undang. Mereka ini sangat menghormati dan mematuhi  peraturan jalan raya, sangat bertolak ansur, sentiasa  sabar serta sentiasa memberi laluan kepada pemandu yang lain walaupun laluan jalan tersebut adalah hak mereka.

The Makeup Artist

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Pastikan anda kekal dibelakang pemandu seperti ini. Jika anda berada di belakang individu yang sedang bersolek, anda mungkin berada dalam keadaan selamat. Ini kerana anda boleh bertindak balas terhadap pergerakan tiba-tiba di hadapan. Pemandu tidak akan membelakang anda jika dia berada di hadapan.

Walau macam mana sekali pun anda berhati-hati di atas jalan raya, malang masih tidak berbau. Memiliki insuran kenderaan bermotor adalah langkah yang terbaik bagi melindungi diri dan mereka yang bergantung dengan anda.

 Di Liberty Insurance, mereka menawarkan pelan perlindung Kereta Peribadi EZY Plus iaitu insurans komprehensif yang merangkumi kemalangan diri, perbelanjaan perubatan, penggantian kunci dan penggantian tempat duduk kanak-kanak. 

Selain itu, pelan tersebut mempunyai tambahan perlindungan untuk Elaun Banjir, penundaan perbatuan 24 jam tanpa had, kerosakan cermin sisi dan lain-lain.

Maklumat lanjut mengenai Liberty’s Insurance, layari www.libertyinsurance.com.my. - Getaran 18 Disember 2022

Sumber: Iiberity.com

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

17 Dec 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh