Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Berpuasa Di Tengah Samudera, Bahagian 1

Bagaimana rasanya melalui bulan Ramadan di tengah lautan? Banyak perbezaankah dengan mereka yang di darat? Penyumbang kami berkongsi kisah menariknya dari kapal DSV di samudera raya.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2021 8:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramadan adalah satu bulan yang amat dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Bulan yang mana para muslimin dan muslimat diwajibkan untuk berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.

Kehadiran sinar Ramadan yang pada awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan di penghujungnya pelepasan daripada azab api neraka merupakan satu peluang untuk umat Islam kembali masuk ke ‘sekolah muhasabah diri’ hasil tarbiah menahan diri daripada lapar dan dahaga, dalam usaha memperbaiki diri dan meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda berbanding di bulan-bulan yang lain.

Tanpa mengenal darjat, warna kulit dan keturunan, seluruh umat Islam menjalani ibadah yang terkandung dalam rukun Islam ketiga ini dengan penuh semangat dan motivasi. Bazar Ramadan menjadi tumpuan setiap hari dengan menyediakan pelbagai juadah berbuka puasa yang membuka selera.

Masjid dan surau pula akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti solat sunat tarawih. Sungguh terasa kemeriahan Ramadan yang dilalui walau pun pada tahun ini, rakyat Malaysia masih terikat dengan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) yang ketat akibat pandemik COVID-19 yang masih belum menunjukkan tanda-tanda akan reda dalam masa terdekat.

Berbicara tentang sambutan Ramadan, penulis ingin berkongsi tentang kemeriahan Ramadan buat segelintir individu yang terpaksa bertugas nun jauh di tengah laut dan terpaksa berpisah dengan keluarga untuk seketika.

Artikel kali ini akan memberi fokus kepada bagaimanakah suasana Ramadan untuk kami para pekerja kapal luar pesisir yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan bawah laut bagi memastikan kesinambungan operasi carigali minyak dan gas tetap berjalan tanpa sebarang masalah.

Ramadan kali ini, penulis sekali lagi berpeluang menyambut Ramadan di atas salah sebuah kapal offshore atau dipanggil sebagai Diving Support Vessel (DSV).

Bersama-sama dengan hampir 100 orang anak kapal, penulis yang bertugas sebagai pegawai medik di atas kapal ini telah mula on board sejak 18 Mac yang lalu untuk menjalankan kerja-kerja penyelaman dan aktiviti bawah laut (subsea) kepada tiga syarikat minyak utama di negara ini.

Sepanjang tempoh untuk proses menyelesaikan tugasan berisiko tinggi ini, kami perlu berada beratus batu nautika dari darat di mana tugasan ini lazimnya akan dilakukan berhampiran dengan pelantar-pelantar minyak yang memang berada di tengah-tengah lautan.

Perjalanan menuju ke lokasi tugasan yang akan dilaksanakan ini pula akan mengambil masa sehingga 15 ke 24 jam dari pelabuhan bergantung kepada kedudukan pelantar minyak yang ingin dituju.

Oleh itu, sepanjang proses tugasan dilakukan, kapal akan berada berhampiran dengan pelantar minyak itu sehinggalah tugasan dapat disempurnakan. Biasanya untuk satu-satu projek, ia akan mengambil masa sekitar 14 ke 42 hari.

Malah ada juga yang mengambil masa lebih dari itu jika tugasan yang ingin dilakukan itu mempunyai pelbagai skop dan memerlukan masa yang lebih lama untuk disiapkan. Maka sepanjang tempoh itu, anak-anak kapal akan terus berada dan bermukim di atas kapal tidak kira sama ada masuknya waktu Ramadan mahu pun Syawal.

Bercerita tentang sambutan Ramadan di atas kapal, secara asasnya ia adalah  lebih kurang sama seperti sambutan di tempat lain. Yang membezakan adalah kami tidak boleh ke mana-mana dan bebas ke bazar Ramadan seperti ketika berada di darat.

Oleh itu, jabatan katering di atas kapallah yang memainkan peranan penting dan menjadi pemegang taruh bagi memastikan hidangan di sepanjang bulan mulia ini agak istimewa berbanding hari-hari biasa.

Diketuai oleh ketua katering atau kami gelarkan sebagai Campboss, proses penyediaan hidangan menyelerakan di dalam kapal sepanjang Ramadan akan bermula seawal dua minggu sebelum Ramadan bermula.

Campboss melalui nakhoda kapal akan membuat pesanan bahan-bahan makanan daripada syarikat pengendali katering di darat agar juadah istimewa dapat disediakan. Di samping itu, buah kurma kering  juga turut ditempah awal-awal agar setiap anak kapal dapat memulakan aktiviti berbuka dengan amalan sunnah memakan kurma setiap hari.

Selepas bahan-bahan makanan atau provision ini ditempah, ia akan dibawa masuk ke kapal melalui dua cara. Biasanya dengan menggunakan supply boat yang rutinnya adalah menghantar barang makan dan keperluan kepada pelantar minyak dan kapal-kapal berhampiran mengikut jadual yang ditetapkan.

Dalam kes kami, memandangkan tugasan pertama telah selesai, kapal akan pulang ke pelabuhan selama beberapa hari dan kesempatan inilah akan diambil untuk membawa masuk segala bahan-bahan makanan yang telah ditempah sebelum itu untuk tugasan yang seterusnya.

Pada bulan Ramadan inilah, anak-anak kapal akan menikmati barisan hidangan yang agak istimewa berbanding hari-hari biasa. Setelah lebih 13 jam berpuasa dan keletihan akibat bekerja di bawah terik mentari, hati masing-masing berbunga melihatkan susunan juadah yang disediakan.

Di samping main course seperti nasi dan lauk-pauk, pelbagai manisan seperti kuih-muih turut disediakan secara ala carte dan terpulang kepada semua untuk merasai semua yang telah dihidangkan.

Oleh kerana operasi tugasan di atas kapal ini terbahagi kepada dua syif iaitu setiap jam 12 tengah hari dan 12 tengah malam, anak-anak kapal yang bertugas akan bergilir-gilir berbuka puasa.

Jika ada yang terpaksa bertugas ketika matahari telah terbenam, maka mereka akan ‘tapau’ terlebih dahulu dan menikmatinya apabila masuk waktu berbuka tanpa meninggalkan stesen tempat bertugas.

Walaupun sedang berada jauh dari keluarga tercinta, kemeriahan tetap terasa apabila masing-masing duduk bersama sambil menunggu masuknya waktu berbuka.

Di sinilah kami akan saling bergurau senda, berlawak jenaka dan tidak ketinggalan mengambil peluang untuk memanjatkan doa di waktu mustajab berdoa ketika hampir masuknya waktu berbuka, dengan memohon kepada Allah SWT agar mempermudahkan urusan-urusan pekerjaan kami, dihindarkan daripada sebarang perkara yang tidak diingini dan perlindungan untuk anak isteri yang sedang jauh di mata.

Bersambung bahagian kedua minggu hadapan.

Semua gambar: Hafiz Azwany Taher

Isu Pada

“Cinta Hati Saya Adalah…” - Hun Haqeem

24 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini