web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amalkan Diet Vegetarian Satu Keputusan Terbaik - Vincent Tan

Pengasas dan pengerusi eksekutif Berjaya Corporation Bhd ini berkata vegetarianisme ditambah pula dengan tabiat sihat dengan menghindari alkohol dan merokok, membantu beliau mengurangkan risiko penyakit kronik.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 9:02AM

Vincent Tan - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mengamalkan diet vegetarian selama hampir tujuh tahun,  keputusan terbaik pernah dibuat hartawan Tan Sri Vincent Tan yang menurut beliau telah mengubah kehidupannya menjadi lebih baik.

Pengasas dan pengerusi eksekutif Berjaya Corporation Bhd yang akan menjangkau usia 70 tahun pada tahun ini berkata vegetarianisme ditambah pula dengan tabiat sihat dengan menghindari alkohol dan merokok, membantu beliau mengurangkan risiko penyakit kronik. 

"Pada awalnya bukan mudah untuk menggantikan daging dan makanan laut dengan vegetarian tetapi selepas bertahun-tahun menjadi vegetarian, kini saya tidak tahan dengan bau daging dan makanan laut seperti udang,” katanya dalam ucaptama di persidangan kedua Perubatan Gaya Hidup (LM) anjuran Persatuan Perubatan Gaya Hidup Malaysia (MSLM) di sini, Khamis.

Turut hadir pengasas dan presiden MSLM Dr Sivaneswaran Poobalasingam.

Persidangan dua hari bertemakan 'Perubatan Gaya Hidup: Preskripsi Untuk Penyakit Kronik' bermula 1 Dis itu, membincangkan bagaimana LM dapat membantu memenuhi sasaran Agenda Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam mengurangkan satu pertiga daripada kematian NCD melalui pencegahan dan rawatan menjelang 2030.

Berkongsi perjalanan bagaimana beliau mula mengamalkan vegetarian, Tan berkata segalanya bermula semasa melawat Taiwan tujuh tahun lalu.

"Saya melawat Master Cheng Yen tujuh tahun lalu, menghabiskan tiga hari di Taiwan. Semuanya vegetarian di sana dan ketika bertemu Master beliau mencadangkan saya untuk mengamalkan vegetarian kerana ia dapat memberi manfaat untuk saya.

"Keputusan terbaik saya buat dalam hidup adalah dengan menjadi vegetarian selepas bertemu (Tzu Chi) Master Cheng Yen. Saya berasa lebih sihat dari segi fizikal dan mental serta rohani," katanya.

Tan percaya vegetarianisme cara berkesan untuk mencegah penyakit, membantunya mengekalkan paras gula dan mengawal tekanan darah selama bertahun-tahun walaupun menghadapi banyak tekanan dalam menjalankan perniagaannya.

Untuk menggalakkan keluarga dan rakannya mengamalkan vegetarian, beliau hanya menghidangkan makanan vegetarian apabila menganjurkan majlis dan membuka sebuah kafe yang menyajikan 100 peratus diet vegetarian.

Tan juga berkata hanya empat hingga lima peratus penduduk di Malaysia mengamalkan vegetarianisme sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa untuk menyemai tabiat mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dalam rutin diet harian anak-anak mereka.

"Kurangnya minat terhadap amalan vegetarian kerana adanya persepsi bahawa vegetarian hanya makan salad semata-mata. Tetapi saya makan nasi lemak, nasi briyani dan laksa kari (vegetarian)," kata beliau.

LM ialah disiplin baharu dalam penjagaan kesihatan yang berpotensi untuk mengurangkan kematian dan morbiditi berkaitan penyakit tidak berjangkit.

Enam teras utamanya, pemakanan yang kebanyakannya berasaskan tumbuhan, aktiviti fizikal, pengurusan tekanan, perhubungan sosial yang baik, tidur berkualiti serta elakkan merokok dan pengambilan alkohol. - Bernama

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

03 Dec 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari