Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Setelah 7 Tahun, Joe Flizzow Dan Sonaone Kembali Di Pentas AJL 37 Dengan ‘Satu Malam Di Temasek’ 

Bukan hanya Joe Flizzow, beberapa penyanyi senior seperti Dayang Nurfaizah, Marsha Milan, Liza Hanim, Shila Amzah dan Alif Satar bakal bertanding dengan lagu nyanyian dan ciptaan masing-masing di pentas muzik yang berprestij itu. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 11:22AM

Joe Flizzow dan Sonaone kembali menguasai pentas Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) dengan lagu ciptaan mereka yang unik iaitu ‘Satu Malam Di Temasek’ - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah 7 tahun, rapper legenda, Joe Flizzow dan Sonaone kembali menguasai pentas Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) dengan lagu ciptaan mereka yang unik iaitu ‘Satu Malam Di Temasek’.  Duo kolaborasi ini pernah dinobatkan sebagai juara AJL29 menerusi lagu ‘Apa Khabar’ pada tahun 2015. 

Namun, bukan Joe Flizzow sahaja yang melangkah selesa di pentas AJL37 selepas keputusan Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) yang diumumkan menerusi siaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor, petang semalam. 

Beberapa nama penyanyi senior lain seperti Dayang Nurfaizah, Marsha Milan, Liza Hanim, Shila Amzah, Alif Satar kembali menguasai pentas AJL37 dengan lagu nyanyian dan ciptaan masing-masing di pentas muzik yang berprestij itu. 

Gambar ihsan TV3
Gambar ihsan TV3

Lagu ‘Anugerah Terindah’ nyanyian Alif Satar & The Locos ciptaan Alif Satar Romeo, Tam Cobain, Efry Arwis dan Shah Shamshiri, merupakan yang lagu sulung yang melangkah ke malam kemuncak AJL 37.

Turut mengekori, lagu kolaborasi ‘Debu’ nyanyian Dayang Nurfaizah dan bersama Amir Masdi ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim.

Manakala, lagu ‘Korban’ ciptaan serta nyanyian  Ernie Zakri turut berjaya melangkah ke AJL37. 

Sementara itu, menepati ramalan, satu lagu lagi nyanyian Iman Troye berjudul ‘Nang’ turut memburu gelaran juara lagu. ‘Nang’ ciptaan Ezra Kong dan A. Ramlee, manakala lirik turut ditulis oleh mereka.

Turut bersaing, lagu ‘Kembali Terang’ nyanyian Marsha Milan ciptaan Senna dan Ajin dan lirik Senna dan lagu ‘Terus Hidup’ nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh komposer, Aina Abdul.

Lagu ‘Bahagiakan Dia’ ciptaan Aliff Iskandar, manakala lirik oleh Aliff Iskandar dan Que Afiq yang didendangkan Liza Halim dan Shila Amzah turut mara ke pentas akhir, selain lagu ‘Irama’ nyanyian Shiha Zikir ciptaan dan lirik Qie Hugn, Firdaus Rahmat dan John Jeeves.

Tidak ketinggalan, lagu ‘Sengsara’ ciptaan dan lirik John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Omar K dinyanyikan oleh Khai Bahar.

Lagu ‘Payung Pelangi’ ciptaan, lirik dan nyanyian dua anggota K-Clique, Noki dan MK juga bakal berentap pada malam kemuncak AJL 37 yang belum diumumkan tarikh penganjurannya.

Sementara itu, penyanyi Naim Daniel yang pernah diangkat pemenang juara AJL 34, berjaya menempa satu tiket ke peringkat akhir menerusi lagu ‘Mainan’.

Lagu ‘Mainan’ ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewanga, manakala lirik menyaksikan Arisz Ab Rahman berjaya melangkah selesa ke AJL37.

Pemilihan dibuat menerusi undian penonton yang mengundi lagu kegemaran dalam kedua-dua episod SFMM37 dengan mengimbas Kod QR yang tertera ketika siaran berlangsung pada 25 dan 26 November.

Edisi SFMM37 menyaksikan Datuk Mokhzani Ismail masih mengekalkan kedudukan sebagai juri tetap bagi mengadili kesemua lagu yang dipertandingkan.

Dihoskan Muaz Mohamed dan Izzue Islam, SFMM37 menyaksikan 30 lagu bertanding menerusi dua episod yang berlangsung semalam dan petang tadi.

Terdahulu, Shila Amzah dan SOG muncul sebagai juara pada edisi Juara Lagu ke-36 (AJL36) menerusi lagu 'Pelukan Angkasa'. – Getaran, 27 November 2022


 

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

26 Nov 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi