web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gara-Gara Sharifah Amani, Baju Kurung 'Cotton' Laku Pada Hari Mengundi!

Sharifah Amani menyarungkan baju kurung putih berbunga kecil yang sama dipakainya ketika Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 9:15PM

Gambar Twitter Sharifah Amani

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengarah Sharifah Amani memang dikenali sebagai seorang yang mencintai baju kurung kain kapas. 

Gadis yang mesra dipanggil Nani ini memulakan sebuah trend di laman sosial mengajak seramai mungkin wanita menyarungkan busana kebangsaan pada hari mengundi. 

“Saya nak retweet geng Team Baju Kurung Cotton yang mengundi. Tangkap gambar awak berbaju kurung atau apa-apa sahaja baju kebangsaan dengan dakwat di jari. Kasi meriah sikit geng,” tulisnya di laman sosial sebelum ini. 

Pengarah filem pendek Hawa ini juga tidak ketinggalan menyarungkan baju kurung putih berbunga kecil yang sama dipakainya ketika Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018. 

Ajakan Nani disambut hangat oleh pengguna laman Twitter. Seawal jam 8 pagi tadi, tanda pagar #TeamBajuKurungCotton membanjiri Twitter apabila berduyun-duyun pengundi wanita pelbagai bangsa turun menjalankan amanah mereka membuang undi dalam pakaian manis berbaju kurung kain kapas. 

Pelbagai corak dan warna baju kurung dikongsikan pengguna daripada berbunga kecil, kosong elegan sehingga corak garis melintang meriah menghiasi Twitter hari ini.

Tidak hanya menggalakkan orang berbaju kurung, malah usaha Nani secara tidak langsung mengajak lebih ramai golongan muda untuk keluar mengundi.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mengumumkan 70 peratus bilangan keluar undi sudah dicatatkan setakat jam 4 petang tadi. - Getaran, 19 November 2022

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari