web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Andai Ada Rezeki,' Eizlan Yusof Serah Semuanya Kepada Allah

Jika rezeki tidak memihak kepadanya sekali pun, Eizlan bertekad akan terus membantu penduduk Sabak Bernam.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 4:26PM

Eizlan (kanan) bergambar bersama pengundi di kawasan Parlimen Sabak Bernam pagi tadi. - Gambar ihsan Syamsah Photography

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof yang bertanding bagi kerusi Parlimen Sabak Bernam mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) dengan logo PEJUANG, menyerahkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kepada takdir setelah dua minggu berhempas pulas berkempen di kawasan berkenaan.

“Saya sudah berusaha setakat termampu dengan kapasiti yang ada kepada masyarakat Sabak Bernam. Keputusan malam ini terserah kepada Allah.

“Selama dua minggu berkampung dan menyantuni pengundi tempatan, hampir semua isu yang telah dibangkitkan rakyat sudah didengari malah ada yang diselesaikan terus dengan bantuan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan).

“Nawaitu (niat) saya tetap sama, andai ada rezeki, saya akan terus buat kerja tapi andai tiada rezeki sekali pun, saya akan tetap bekerja untuk masyarakat Sabak Bernam atas kapasiti NGO (Badan Bukan Kerajaan),” katanya menerusi satu kenyataan media. 

Penduduk di kawasan Sabak Bernam mengambil kesempatan bergambar dengan Eizlan.
Penduduk di kawasan Sabak Bernam mengambil kesempatan bergambar dengan Eizlan.

Pagi tadi, Eizlan mengambil kesempatan beramah mesra dengan pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) sebelum pulang ke Kuala Lumpur untuk menjalankan tanggung jawab sebagai pengundi di Setiawangsa pada tengahari.

Selesai mengundi, beliau kembali ke Sabak Bernam untuk mendengar keputusan PRU-15 yang akan diumumkan di Dewan Tun Razak Sabak Bernam, malam ini.

Eizlan berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Kalam Sahlan; calon Pakatan Harapan (PH), Shamsul Ma'arif Ismail dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abd Rahman Bakri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari