Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


'This Is Malaysia' Demi Malaysia Yang Lebih Progresif

Inisiatif yang dibawakan Sasi The Don ini membawa matlamat untuk menekankan kepentingan dan kelebihan kerjasama bermakna dalam usaha membina Malaysia yang lebih progresif.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 8:15PM

‘This Is Malaysia' digubah dan dipersembahkan oleh Sasi The Don serta Nina Nadira, Eddie G, dan Marissa Kee - Gambar ihsan www.alphaaccesspr.co

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Salah satu sumber penting yang membolehkan sesebuah negara berkembang maju untuk menjadi negara berpendapatan tinggi ialah sumber manusia. 

Pada hakikatnya, impak modal insan terhadap ekonomi kurang dititikberatkan, lebih-lebih lagi di dalam industri kreatif di mana artis berbakat kadang-kala kurang dihargai.

‘This is Malaysia’ atau ‘Inilah Malaysia’ yang dilancarkan pada 4 November 2022 lalu merupakan satu inisiatif  Sasi The Don, penyanyi dan penerbit pemenang anugerah Malaysia, dengan matlamat menekankan kepentingan dan kelebihan kerjasama bermakna dalam usaha membina Malaysia yang lebih progresif. 

Dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, inisiatif ini menampilkan lagu tema dan video muzik ‘This Is Malaysia' yang digubah dan dipersembahkan oleh Sasi The Don serta turut mengetengahkan bakat-bakat sedang meningkat naik, Nina Nadira, Eddie G, dan Marissa Kee.

Lagu ini diterbitkan Sasi The Don, muziknya digubah oleh penerbit pemenang anugerah D’Navigator, dengan adunan oleh Deyo Deluxshion dari Singapura dan proses Master oleh Bjorn Engelmann dari Sweden yang baru-baru ini dicalonkan di Anugerah Grammy 2021. 

Kata Sasi, dia percaya inisiatif ini akan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia dengan menggalakkan kerjasama bermakna secara menyeluruh, terutamanya dalam bidang industri kreatif, di mana terdapat ruang untuk mencungkil dan memupuk bakat-bakat tempatan.

“Dengan menekankan kepentingan kita meyakini kelebihan satu sama lain dan menyumbang kepada kemajuan negara, ‘This Is Malaysia’ bakal memberi inspirasi dan menyerlahkan bakat insan untuk mewujudkan persekitaran yang membolehkan rakyat Malaysia menyokong satu sama lain untuk meningkatkan kualiti dan taraf hidup berasaskan cogan kata inisiatif ini, ‘My Home. My Life. My Pride’ (‘Rumahku. Hidupku. Kebanggaanku).”

“Saya bertekad untuk memberi inspirasi kepada rakyat untuk menjalin kerjasama bermakna yang menyokong matlamat kita untuk hidup secara harmoni antara satu sama lain dan alam sekitar menerusi lagu tema dan dokumentari ‘This Is Malaysia',” ulasnya. 

Sasi The Don Sasi percaya inisiatif ini akan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia dengan menggalakkan kerjasama bermakna secara menyeluruh, terutamanya dalam bidang industri kreatif
Sasi The Don Sasi percaya inisiatif ini akan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia dengan menggalakkan kerjasama bermakna secara menyeluruh, terutamanya dalam bidang industri kreatif

Selain itu, bintang reggae Malaysia ini juga akan melancarkan sebuah dokumentari anak jati Malaysia yang memaparkan kisah rakyat Malaysia yang melakukan perkara luar biasa untuk meletakkan Malaysia di persada dunia menerusi kerjasama bermakna. 

Dokumentari yang boleh ditonton di www.thisismalaysia.org ini mempersembahkan kisah beberapa rakyat Malaysia yang terkenal dalam pelbagai industri. Mereka bercerita tentang pengalaman hidup dan kesungguhan mereka untuk menempa kejayaan.  

Antara personaliti terkenal yang diketengahkan dalam dokumentari selama sejam itu termasuk penyanyi Manbai, pemain boling negara Shalin Zulkifli, ikon fesyen Melinda Looi, usahawan tegar Iqbal Ameer, dan pakar perubatan terkenal yang dikenali dengan gelaran Dr Teddy Bear, Dr Madhu Sudhan.

Malah, ramai lagi rakyat Malaysia penuh inspirasi turut berkongsi kisah mereka menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran Malaysia.

‘This Is Malaysia' turut memaparkan remix atau gubahan semula lagu Melayu pertama Sasi The Don, yang dicipta pada 2002 bertajuk 'Suatu Impian' dan dipersembahkan bersama Amy Search.

Anda juga boleh melihat gandingan suara penyanyi Sharifah Afiffah dan penyanyi rap B-Heart dan Shou Raion menyampaikan versi baharu lagu klasik ‘Rasa Sayang’. 

Sasi The Don, ikon reggae Malaysia, sudah berkecimpung dalam industri muzik selama lebih dua dekad. Dia pernah berkhidmat dalam pelbagai agensi dan organisasi kreatif multinasional. Sasi The Don menyedari betapa pentingnya usaha mencungkil bakat-bakat unik dan menggunakan kreativiti mereka sebagai satu cara penting bagi menyumbang kepada kemajuan negara.

Sebagai seorang yang giat memperjuangkan isu-isu sosial di Malaysia, Sasi The Don percaya bahawa ‘This Is Malaysia’ akan membakar semangat rakyat Malaysia dan menjadikan mereka lebih yakin terhadap bakat mereka sendiri. 

Dia bukan sahaja mahu rakyat Malaysia melihat kempen ini sebagai contoh apa yang boleh dicapai mereka jika mereka berganding bahu dengan matlamat bersama, tanpa mengira industri, sambil berusaha menonjolkan keunikan Malaysia di peta dunia. 

'This Is Malaysia' boleh didapati di semua platform penstriminan digital  muzik . Saksikan muzik videonya di YouTube dan tonton dokumentari penuh inspirasi ini di www.thisismalaysia.org. - Getaran, 13 November 2022

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

12 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 10 bulan yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 11 bulan yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 11 bulan yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart