web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Saya Bukan Berdrama', Azwan Ali Nafi Dakwaan Netizen, Turut Ramal Azmin Ali Akan Tewas Dalam PRU-15 Kali Ini 

Azwan menyarankan Azmin supaya mendengar lagu Terbang Helang nyanyian Sharifah Aini serta menghayati bait-bait liriknya.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 2:08PM

Azwan Ali sempat bergambar dengan Amirudin Shari, pada proses penamaan calon, pagi tadi. - Gambar dari Azwan Ali

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengunduran selebriti dan pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Parlimen Gombak sebagai calon Bebas, menjadi tular.

Rata-rata menyifatkan Azwan sengaja mencetuskan drama pengunduran dan air matanya itu apabila memberikan alasan dia berbuat demikian kerana mendapat mimpi daripada arwah ibunya, Mak Tom. 

Dalam mimpi tersebut, Azwan berkata Mak Tom menasihatinya supaya tidak bertanding menentang abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sewaktu dihubungi Getaran usai penarikan diri daripada proses penamaan calon pagi tadi, Azwan menafikan dia sengaja mencetuskan ‘drama’ tersebut. 

“Memang saya tarik diri kerana mendapat mimpi arwah Mak Tom dan juga mendapat panggilan daripada isteri Azmin iaitu Datin Seri Shamsida Taharin. 

“Mungkin semua ini ada hikmahnya. Apa yang boleh saya katakan riwayat bertanding di PRU telah pun berakhir selama-lamanya. 

“Saya pun tak kuasa nak melawan Azmin Ali lagi. Tapi, apa yang boleh saya katakan harapan Azmin untuk menang agak tipis. Sebab penyokong Pakatan Harapan (PH) yang datang pagi tadi memang ramai,” katanya yang memaklumkan dia akan menyokong PH pada PRU-15 ini. 

Azwan Ali
Azwan Ali

Azwan juga menyarankan kepada Azmin supaya mendengar lagu Terbang Helang nyanyian Sharifah Aini serta menghayati bait-bait liriknya.

“Lagu itu memang sesuai untuk Azmin kerana sifat egonya dan tak mahu kalah. Saya harap dia (Azmin) akan menitiskan air mata tatkala mendengar lagu itu,” katanya. 

Mengulas lanjut, Azwan berkata, meskipun dia sudah menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas, namun kerjaya politiknya tidak akan selesai.

“Ada banyak cara lagi yang boleh dilakukan untuk meneruskan kerjaya politik ini. Tunggulah. Akan ada kerjasama yang menarik antara saya dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. 

“Saya dah pun berjumpa dan berbincang dengannya,” katanya. 

Ketika dihubungi, Azwan sedang berada di pasar Chow Kit untuk membeli bahan-bahan mentah bagi menyiapkan rendang dengan menggunakan resepi arwah ibunya. 

“Ada pelanggan yang order rendang saya nih. Bila saya periksa peti ais, bahan-bahan tidak mencukupi. Terpaksa saya datang ke pasar Chow Kit ini,” katanya dengan nada ceria. - Getaran, 5 November 2022




 

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

05 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi