Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Koleksi Fesyen Sopan, Bergaya Dan Mampu Milik Mengikut Trend Semasa

Jenama fesyen ZUCCA menggabungkan fesyen sopan dengan trend dan rekaan terkini, serta mampu milik.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Nov 2022 4:08PM

Busana sopan kini semakin mendapat tempat dalam kalangan penggiat fesyen. - Gambar ZUCCA

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Modest fashion’ atau busana sopan kini semakin mendapat tempat dalam kalangan penggiat fesyen. Bukan sahaja di negara ini, malah turut di peringkat antarabangsa. 

Menurut laporan Year in Fashion 2019 yang dikeluarkan oleh platform carian fesyen global terbesar, Lyst, carian Internet untuk ‘modest fashion’ meningkat 90 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Data terkini pula menunjukkan pasaran sedunia untuk trend fesyen ini bernilai AS$277 bilion pada Mac 2002 dengan jangkaan pertumbuhan mencecah AS$311 bilion menjelang 2024. 

Ini bermakna bukan sedikit jumlah pengikut atau penggemar fesyen ini di seluruh dunia. Aliran fesyen ini sudah pastilah disokong oleh nilai budaya, agama dan peribadi seseorang. 

Gambar ihsan ZUCCA
Gambar ihsan ZUCCA

Bagi golongan wanita Islam, mereka sememangnya tidak pernah berhenti mencari pakaian sopan yang boleh digayakan pada bila-bila masa mahupun pada acara istimewa. Dalam masa yang sama, mereka juga mahu tampil bergaya, sesuai dengan perkembangan fesyen semasa. 

Faham dengan kehendak dan kepelbagaian dalam industri fesyen sopan tanah air, jenama fesyen ZUCCA berhasrat memartabatkan industri pakaian sopan tempatan ke tahap yang lebih tinggi. 

Fesyen sopan kini bukan lagi dikira ‘niche’ mahupun terhad kepada golongan beragama Islam sahaja. Memandangkan jumlah dan demografik pengguna semakin berkembang, pelbagai jenama sama ada besar atau kecil kini berusaha menggabungkan fesyen sopan dengan trend dan rekaan terkini, di samping memastikan kos pembuatan masih berpatutan dalam usaha mereka untuk kekal peka mengenai perubahan trend fesyen terkini. 

Gambar ihsan ZUCCA
Gambar ihsan ZUCCA

Mengulas lanjut tentang fesyen masa nyata, pengasas bersama ZUCCA, Erica Yap, memberitahu kelebihan fesyen masa nyata ialah ia membolehkan pihaknya membandingkan jualan dan maklum balas untuk kedua-dua baju tersebut untuk memahami yang mana satu menjadi pilihan pelanggan.

“Contoh situasi, sekiranya ada dua jenis baju, satu ialah blaus panjang berpetak-petak, dan satu lagi blaus floral daripada material kain kapas bercorak batik. Kelebihan fesyen masa nyata ialah ia membolehkan kami membandingkan jualan dan maklum balas untuk kedua-dua baju tersebut untuk memahami yang mana satu yang menjadi pilihan pelanggan, dan sebabnya.”

“Mungkin lebih ramai yang lebih menyukai blaus batik floral tersebut disebabkan aura retronya ataupun materialnya yang lebih selesa! Setelah hal tersebut dipastikan, kami kemudiannya boleh menghasilkan lebih banyak rekaan serupa untuk memastikan para pelanggan mendapat apa yang mereka mahukan,” ujar Erica.

Dengan kebolehan untuk menghasilkan koleksi busana rekaan terkini dalam tempoh waktu yang singkat, ZUCCA menumpukan usahanya dalam menghasilkan pakaian sopan yang inklusif dan sesuai untuk demografik wanita sopan yang luas di Malaysia, serta mereka yang peka dengan trend fesyen ini.

Sebagai sebahagian daripada pendekatan mereka, ZUCCA juga aktif menyokong para pengilang pakaian kecil dan sederhana tempatan, dengan bekerjasama bersama mereka untuk menghasilkan sejumlah kecil pakaian ‘prototaip’ bagi mendapatkan maklum balas awal. 

Membawa slogan ‘You Deserve to Shine’

Berhasrat untuk menjauhi stereotaip bahawa busana sopan selalunya selekeh sambil memperjuangkan slogan mereka ‘You Deserve to Shine’, ZUCCA menawarkan pelbagai pilihan busana mampu milik, kontemporari, dan berkualiti tinggi untuk golongan muda urban di Malaysia. 

Daripada blaus ala Korea, ke seluar palazzo dan skirt labuh berlisu, ZUCCA berhasrat untuk menghasilkan lebih banyak lagi busana penuh gaya tanpa menjejaskan kualiti fabrik dan elemen kesopanan. 

Gambar ihsan ZUCCA
Gambar ihsan ZUCCA

Matlamat ZUCCA adalah untuk menawan hati lebih ramai pembeli dan fashionista Malaysia. Oleh itu, ZUCCA akan terus mengutamakan pengguna dan berhubung dengan mereka melalui kaedah jualan secara langsung ke pengguna atau direct-to-consumer (DTC). 

Sejak mula beroperasi pada tahun 2019, ZUCCA kini mempunyai 300,000 pengikut di laman Facebook dan Instagram, serta 200,000 pengikut di aplikasi TikTok.  Kini, ZUCCA sedang berusaha menambah kefahaman tentang pasaran Malaysia, dan bercita-cita untuk memasuki pasaran fesyen sopan Indonesia, Singapura, dan Brunei menjelang tahun 2023. - Getaran, 5 November 2022

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.zucca.com.my/  - Getaran, 5 November 2022

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

05 Nov 2022

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi โ€“ Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian โ€“ JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB โ€“ Pegawai Penyiasat