Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Cabaran Denada, Anak Perempuan Emilia Contessa

Bergolok gadai demi anak, itulah cabaran Denada, anak kepada penyanyi dan pelakon legenda Indonesia, Emilia Contessa.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2021 8:57AM

Gambar: Instagram @emiliacontessa57 dan @denadaindonesia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasti ada rakyat Malaysia yang pernah mendengar nama Emilia Contessa, seorang penyanyi dan pelakon asal Indonesia yang sangat popular pada tahun 70-an dan 80-an dahulu.

Lagu-lagunya seperti 'Mimpi Sedih', 'Penasaran', 'Layu Sebelum Berkembang', 'Mungkinkah' dan banyak lagi pernah menjadi siulan rakyat Malaysia, Singapura dan semestinya Indonesia sewaktu era tersebut.

Emilia juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Denada yang turut mengikuti jejak langkahnya dalam dunia hiburan.

Denada dikenali di Indonesia sebagai penyanyi dan juga rapper. Pelbagai genre muzik pernah dicubanya termasuk hip-hop, R&B, pop dan juga dangdut sebelum ini. Lagu ‘Ku Jelang Hari’ nyanyian Denada pernah juga dipromosikan di Malaysia sebelum ini.

Namun perjalanan hidup Denada tidaklah seindah yang dibayangkan biarpun bergelar anak seorang selebriti senior Indonesia. Denada telah menetap di Singapura sejak tahun 2018 lagi setelah beliau membuat keputusan mencari penawar kanser darah anaknya yang berusia lapan tahun.

Tidak semua mampu menanganinya namun Denada percaya Allah SWT banyak membantunya menjalani salah satu dugaan yang sangat berat demi memastikan anaknya Aisha mendapat rawatan yang terbaik untuk leukemia di Singapura sehingga kini.

Sebelum berhijrah ke kota Singa bersama anak kesayangannya itu, Denada akur dan memahami bahawa kos perubatan di Hospital Universiti Singapura (NUH) adalah dua sehingga tiga kali lebih mahal dari kos rawatan di Jakarta. 

Sejak dari 2018 lagi, sudah tidak terkira berapa kali Aisha terpaksa menjalani kemoterapi untuk penyakit tersebut. Kini, Aisha hanya menanti masa yang sesuai untuk menjalani pembedahan yang berhubung kait dengan penyakitnya itu.

Penulis sempat mendapatkan perincian lebih lanjut dari Denada yang tetap ceria walaupun harus melalui dugaan yang sangat berat ini, lebih-lebih lagi sebagai seorang ibu tunggal setelah bercerai dengan Jerry Arum.

“Kanser ada yang berbeza-beza. Untuknya rawatan sekitar tiga tahun, kadang boleh lebih lama jika kondisi badannya menurun sewaktu kemoterapi. Itu yang membuat makin lama lagi. Sudah tidak terhitung jumlah kemo (kemoterapi). Sekarang tidak menjalani kemoterapi kerana tunggu untuk dia stabil untuk pembedahan,” jelas Denada

Memandangkan Denada sentiasa berada di sisi Aisha, beliau terpaksa melupakan pelbagai undangan persembahan di Indonesia yang sudah tentunya menjejas pendapatannya sebagai seorang penyanyi. 

Lebih menyedihkan lagi, Denada terpaksa menjual pangsapuri miliknya di Jakarta hanya setelah menetap di Singapura untuk beberapa bulan sahaja memandangkan kos rawatan untuk leukimia begitu tinggi.

Bukan itu sahaja, Denada juga terpaksa menjual keretanya dan kini sedang menunggu pembeli untuk membeli dua lagi rumah miliknya agar dapat terus menetap di Singapura dan menampung kos rawatan untuk anaknya.

“(Rumah) Masih belum laku. Kesemuanya semakin mencabar sejak pandemik. Bukan masa yang sesuai untuk mereka beli kerana pandemik. Kita tetap cuba dan ikhtiar. Saya belum pulang ke Jakarta sejak Januari 2020.  Saya hanya di sini bersama Aisha. Saya tidak boleh kerja jadi harus jual kereta dan rumah-rumah saya,” tambahnya lagi.

Artis itu memilih untuk tinggal berdekatan dengan hospital yang merawat anaknya agar mudah untuk Denada berulang-alik ke hospital setiap hari.

Jika sebelum ini, nama asal anaknya itu adalah Shakira, kini beliau dikenali sebagai Aisha pula setelah ibu Denada menyarankan penukaran nama tersebut pada tahun lepas. 

“Idea ibu saya. Dia hubungi saya dan katakan mengapa tidak saya tukar nama anak saya? Saya dapat rasakan mungkin dia lihat perjalanan yang kita harus lalui kerana kedua-dua orang yang paling rapat kepadanya harus lalui kesemua ini. Tidak ada bantahan dari keluarga bapa Aisha juga.” 

Nama Aisha dipilih juga bersebab rupa-rupanya. Terang wanita yang pernah juga membintangi beberapa buah sinetron itu, “Waktu saya muda dulu saya selalu impikan jika saya mempunyai anak perempuan saya akan namakannya Aisha. Ibu saya suka dengan nama itu. Ia adalah nama untuk seorang perempuan yang sangat mulia.”

Banyak juga yang kami bualkan untuk temu bual ini termasuk bab pengorbanan yang harus beliau lalui sebagai ibu tunggal setelah bercerai dengan bekas suaminya.

Apakah perasaan Denada diuji sedemikian dan berjauhan dari ibu serta keluarga sejak berada di Singapura?

“Kita tidak mungkin sampai sampai ke saat ini kalau bukan Allah yang tolong. Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana diberikan pertolongan dari Allah. Bukan mudah perjalanan ini tapi kita bersyukur semuanya lancar walaupun ada ups and downs harus jual rumah dan mobil. 

No bitterness in me kerana saya dapat lihat mengapa Allah berikan rumah, berikan mobil. Inilah sebabnya. Berharap dan berdoa agar Allah berikan pertolongan dan kesembuhan untuk Aisha,” ucapnya perlahan tanpa berfikir panjang.

Berpisah dari ibu tersayang iaitu penyanyi dan kini bergelar senator Emilia Contessa pasti membuatnya rindu kerana mereka sangat akrab. Sekiranya Denada sempat pulang ke Jakarta sebelum pandemik pun, agak sukar bertemu dengan ibunya kerana Denada menetap di Jakarta sedangkan Emilia Contessa menetap di Jawa Timur.

Mujur Denada dan ibunya dapat berkomunikasi menerusi telefon setiap hari untuk melepaskan rindu meskipun sudah lebih setahun tidak berjumpa. 

“Saya gembira juga bila bertemu dengan beberapa orang Singapura. Mereka tidak kenal saya tapi kenal Emilia Contessa. Mereka masih ingat filem-filem ibu saya,” jawab Denada gembira.

Manakan tidak kerana nama Emilia Contessa begitu sinonim dengan runut bunyi ‘Ratapan Anak Tiri’ dan juga lagu-lagu malar-segar seperti 'Angin Malam', 'Flamboyan' dan 'Penasaran.'

Dalam kesibukan menjaga anak kesayangannya itu, Denada sempat juga muncul dengan sebuah single baru berjudul 'Nasi Goreng' yang bergenre EDM dan hanya sempat dipromosikan secara atas talian sahaja sekarang ini. Ia adalah gandingan beliau bersama rakannya.

Sungguhpun begitu, Denada masih berusaha untuk memberikan kehidupan senormal mungkin untuk anaknya itu.

 “Saya cuba untuk masukkan dia ke sekolah biasa di sini. Dia belum pernah bersekolah. Saya perlu pulang ke Jakarta dan bekerja tapi saya harus pastikan dia stabil dan menjaga dia terus. Kalau saya pulang, harus kuarantin di sini dan sana,” jelasnya menutup bicara.

Kami di Getaran mendoakan semoga Denada akan terus berjaya menjaga cahaya matanya Aisha dan menemui kesembuhan yang diidamkan. - Getaran, 18 April 2021

Semua gambar: Instagram @denadaindonesia


 

Isu Pada

Hamparan Doa Kilafairy

17 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

2

Muzik 1 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Akan Naikkan Usia Persaraan, Bekerja Semula Pada 2026

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah