Berita Terkini

6 jam yang lalu: Petugas kontrak: KKM belum tetapkan garis masa, perlu pinda akta pencen - Lukanisman 6 jam yang lalu: Kes VLN Zahid: pengurusan kes selanjutnya rayuan pihak pendakwaan pada 12 Mei 6 jam yang lalu: Semua pihak disaran buat semakan ketepatan tarikh hijrah pada jam digital azan 6 jam yang lalu: Ahmad Zahid harap pelantikan Ab Rauf bawa perubahan kepada Melaka 6 jam yang lalu: Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji

IKUTI KAMI


Percutian Ke Eropah Pilihan Utama Rakyat Malaysia, Thailand Juga Tidak Terkecuali

Data baharu yang dikongsi oleh Airbnb menunjukkan bahawa destinasi di Eropah paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia pada suku kedua 2022.

TARA Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 12:00PM

Antara tarikan menarik pilihan rakyat negara ini. - Gambar Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berikutan lebih banyak negara mengalu-alukan kedatangan semula pelawat antarabangsa, rakyat Malaysia kini rancak merancang percutian ke luar negara dengan semangat baharu.

Data baharu yang dikongsi oleh platform tempahan penginapan dalam talian, Airbnb menunjukkan bahawa destinasi di Eropah paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia pada suku kedua 2022.

Thailand - Gambar Unsplash
Thailand - Gambar Unsplash

Berdasarkan data terbabit, Great Britain, Thailand, Australia, Switzerland dan Perancis menduduki lima tempat teratas destinasi luar negara yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia.

Bahkan, Rakyat Malaysia juga kini memperluaskan batasan perjalanan mereka dan ingin meneroka destinasi luar negara baharu. Airbnb menyaksikan minat rakyat Malaysia terhadap penginapan di Arab Saudi meningkat lebih daripada 180 peratus pada suku kedua 2022 berbanding suku kedua 2019. 

Turki - Gambar Unsplash
Turki - Gambar Unsplash

Malah, berlaku peningkatan carian untuk penginapan di Turki lebih daripada 150 peratus dalam tempoh yang sama. Antara destinasi luar negara yang semakin mendapat perhatian termasuklah Mesir (meningkat 120 peratus) dan Mexico (meningkat 80 peratus).  Kesemua data ini berdasarkan data carian dalaman Airbnb, suku kedua 2022 berbanding suku kedua 2019.

Thailand, Australia, Indonesia dan Singapura pula merupakan destinasi di Asia Pasifik yang paling banyak dicari oleh tetamu Malaysia di Airbnb pada suku kedua yang lalu.

Malaysia tetap di hati

Walaupun destinasi luar negara mendominasi, namun minat untuk mengembara di dalam negara tidak pudar. Malaysia menduduki tempat teratas sebagai destinasi yang paling banyak dicari dalam kalangan rakyat Malaysia di Airbnb. 

Kuala Lumpur - Gambar Unsplash
Kuala Lumpur - Gambar Unsplash

Di seluruh negara, destinasi domestik yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia pada suku kedua 2022 ini ialah Kuala Lumpur, Johor Bahru, Petaling Jaya, Melaka dan Georgetown.

Rakyat Malaysia juga mengembara ke destinasi yang lebih dekat dengan alam semula jadi, dengan Lenggong (meningkat 679 peratus) di Perak dan Kuala Kubu Bharu (meningkat 628 peratus) di Selangor menjadi dua bandar paling tersohor di kalangan rakyat Malaysia di Airbnb.

Pengurus Besar Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj, berkata dalam satu kenyataan media memberitahu walaupun destinasi pelancongan popular masih menarik perhatian ramai, namun terdapat juga destinasi baru yang diintai oleh pengembara.

Melaka antara destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara. - Gambar Unsplash
Melaka antara destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara. - Gambar Unsplash

“Apabila industri pelancongan bermula semula di seluruh dunia, kami melihat lonjakan dalam minat pengembara Malaysia untuk meneroka semula destinasi-destinasi luar negara.”

“Walaupun percutian tempatan dan tempat-tempat pelancongan popular kekal menjadi keutamaan, lonjakan pasca pandemik bagi destinasi baharu dalam kalangan pengembara Malaysia adalah sesuatu yang sangat mengujakan.”

Keinginan yang semakin meningkat untuk mengembara di dalam dan ke luar negara adalah petanda positif berikutan pemulihan sektor pelancongan yang kian rancak,” ujar Amanpreet. - Getaran 5 November 2022

Untuk lebih banyak inspirasi perjalanan, kunjungi www.airbnb.com.

Foto : Unsplash

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

05 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 hari yang lalu

Malaysia Benam Hong Kong 2-0, Tutup Siri Aksi Persahabatan Dengan Bergaya

2

Semasa 4 hari yang lalu

Malaysia, Kemboja Tingkatkan Kerjasama Dalam Pelbagai Sektor

3

Semasa 4 hari yang lalu

Lawatan PM Ke Arab Saudi Erat Hubungan Antarabangsa, Perdagangan Dan Aktiviti Islam

4

Semasa 4 hari yang lalu

Anwar Tiba Di Phnom Penh, Lawatan Rasmi Perkukuh Hubungan Malaysia-Kemboja

Sorotan

1

PU Syed Puji Suara Aliff Syukri Sedap, Tetapi Minta Jangan Tergedik-Gedik Dan Hormati Bulan Ramadan

2

Polis Kenal Pasti Pengirim Bungkusan Kepada PM, Rafizi

3

Najib Kekal Dipenjara Selepas Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Semakan Kes SRC