web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jualan Kraf Di Sabah Dan Sarawak Bantu Negara Lepasi Sasaran RM200 Juta - Nancy

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 7:57AM

Nancy Shukri (dua kanan) ketika menghadiri Malam Gala sempena Festival Kraf Tekstil Borneo (FKTB) 2022, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Jumlah pencapaian nilai jualan kraf bagi Sabah dan Sarawak telah menyumbang kepada prestasi jualan keseluruhan negara yang bernilai RM211 juta  tahun ini, sekali gus melepasi sasaran RM200 juta yang ditetapkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata nilai jualan kraf di kedua-dua negeri itu setakat 30 September lepas telah meningkat 19 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2021, dengan Sabah dan Sarawak masing-masingnya mencatatkan nilai jualan kraf RM15.8 juta dan RM14.9 juta. 

“Nilai jualan kraf yang dijana bagi kedua-dua negeri ini menunjukkan pencapaian sebanyak RM30.7 juta iaitu peningkatan 19 peratus untuk tempoh yang sama bagi tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM25.7 juta,” katanya ketika berucap di Malam Gala sempena Festival Kraf Tekstil Borneo (FKTB) 2022, di sini, malam tadi. 

Ucapannya dibacakan oleh Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Saraya Arbi. 

Menurutnya penganjuran FKTB bersempena ‘Kuching Waterfront Festival’ yang diadakan dari 28 Okt hingga 6 Nov, dengan penglibatan 120 usahawan kraf dari Sarawak dan Sabah. 

Festival itu turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti jualan kraf, pameran produk kraf, pameran kempen 'Ini Batik Malaysia', demonstrasi kraf dan interatif kraf. - Bernama

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

05 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Lelaki: Malaysia Catat Peningkatan Ketara - Nancy

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan