Berita Terkini

17 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Barbiecore Mengaum Bersama Ikon Kenderaan Mewah Itali

Ikon kenderaan mewah Itali, Maserati mengumumkan jalinan kerjasama yang hebat bersama Barbie® Mattel, Inc.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 4:00PM

Maserati Grecale Barbie - Gambar ihsan Maserati

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Trend Barbiecore yang meledak di dunia fesyen ternyata meraih perhatian yang bukan kepalang. Jadi, jangan perlekeh atau pandang sebelah mata dengan mereka yang ‘in love’ dengan trend ini. 

Menurut data daripada perkhidmatan beli-belah global Klarna, trend Barbiecore sentiasa menjadi keutamaan ramai pengguna. Terdapat peningkatan 970 peratus dalam pembelian gaun mini merah jambu sejak Januari 2022, peningkatan 343 peratus  dalam pembelian bikini merah jambu dan peningkatan 198 peratus dalam pembelian cermin mata hitam merah jambu. 

Bahkan, trend yang menjadi fenomena ini melonjak dalam trend carian Google pada bulan Mei tahun ini di Amerika Syarikat. Jadi, segalanya tidak mustahil apabila mengambil kira tentang kehendak atau citarasa pengguna yang sentiasa ‘dahagakan’ sesuatu yang unik, lain daripada yang lain.

Gambar ihsan Maserati
Gambar ihsan Maserati

Terbaharu, ikon kenderaan mewah Itali, Maserati mengumumkan jalinan kerjasama yang hebat bersama Barbie® Mattel, Inc. Kerjasama julung-julung kalinya ini didorong oleh keinginan bersama untuk merintis dan mempamerkan bakat unik kedua-dua jenama. 

Kedua-dua jenama yang punya personaliti dan gaya istimewa luar biasa ini mempersembahkan edisi Maserati Grecale yang sangat terhad.  

SUV keluaran terbaru dari Itali ini direka bentuk untuk mengubah pengalaman pemanduan harian menjadi sesuatu yang luar biasa dan dipilih  Barbie untuk disesuaikan dengan gaya hidup berbilang aspek watak tersebut yang merangkumi mesyuarat perniagaan hinggalah ke acara yang penuh glamor.

Gambar ihsan Maserati
Gambar ihsan Maserati

Mengapa edisi ini sangat terhad? Kerana, ia hanya memiliki dua unit yang tersedia di seluruh dunia. Satu unit sudah pun dilancarkan baru-baru ini sebagai salah satu hadiah Fantasy Gifts Neiman Marcus 2022 di sebuah acara pelancaran percutian runcit mewah di Los Angeles. 

Untuk edisi khas Amerika Syarikat eksklusif ini, sebahagian daripada hasil jualan akan dimanfaatkan untuk Projek Barbie Dream Gap, inisiatif global berterusan yang dilaksanakan oleh jenama Barbie melalui kerjasama dengan badan-badan amal untuk membantu menyediakan peluang sama rata dan menghapuskan halangan di kalangan gadis remaja. Butiran tambahan tentang unit kedua akan diumumkan pada tahun 2023.  

Maserati Grecale Barbie ialah karya seni yang direka di bawah program penyesuaian Fuoriserie Trident, yang membolehkan peminat kereta menzahirkan minat dan kreativiti mereka dalam penciptaan kereta mewah Itali yang unggul, mengikut gaya dan cita rasa unik mereka.

Gambar ihsan Maserati
Gambar ihsan Maserati

Maserati Grecale Fuoriserie yang hebat ini merupakan versi Trofeo yang benar-benar menggetarkan adrenalin hasil rekaan enjin Nettuno 530-hp V6 yang berkuasa. 

Dari sudut fesyen Barbie yang feminin, ekspresi rona merah jambu ikoniknya meliputi hampir setiap inci kereta idaman ini dengan garisan berwarna kuning yang diilhamkan daripada warisan perlumbaan Trident.

Bahagian luar SUV ini dihiasi dengan logo Barbie, dengan tera lapisan atas yang berwarna-warni yang memaparkan kesan warna pelangi luar biasa ketika cuaca cerah dan indah. Bahagian dalamannya yang berwarna hitam dan elegan menampilkan tempat duduk kemasan kulit sepenuhnya  serta papan pemuka, karpet dan pintu - yang dihiasi jahitan berwarna merah jambu – serta tempat letak kepala berjenama dengan logo ‘B ’yang unik. - Getaran, 29 Oktober 2022

Gambar ihsan Maserati
Gambar ihsan Maserati

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

29 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Kibaran Bendera Palestin Di Menara Condong Pisa, Itali

2

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Bila Suka Bertukar Duka…

3

Filem & TV 11 bulan yang lalu

Filem ‘Coast Guard Malaysia: Ops Helang’ ke Itali, Pertama Kali Ditayangkan Di Luar Negara - Bertanding Empat Kategori 

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

PM Itali Giorgia Meloni Ketua Negara Wanita Tunggal Di G20

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan