Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Raikan Deepavali Anda Bersama Program Menarik Di  Disney + Hotstar

Pelbagai rancangan menarik disediakan pada cuti perayaan Deepavali ini. Kami membantu anda membuat pilihan menerusi senarai ini.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 5:06PM

Rancangan realiti TV, The Kardashians akan kembali dengan musim kedua. - Gambar dari etonline

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berbaki sehari  hari lagi, menyediakan hidangan dan manisan-manisan yang lazat adalah satu kemestian pada perayaan Deepavali ini. 

Namun, ada satu lagi perkara yang boleh anda lakukan. Bentangkan tilam dan sediakan snek kegemaran anda untuk  menonton siri-siri yang menarik dengan meraikannya bersama keluarga anda! 

Memilih rancangan TV yang betul boleh menyatu dan menghibur seisi keluarga. Tidak pasti di mana untuk bermula? Siri Disney+ Hotstar ini pasti akan menceriakan Deepavali  anda.

Bigg Boss Jodigal

Gambar dari Disney+ Hotstar
Gambar dari Disney+ Hotstar

Sebuah program realiti yang hebat, kompetitif dan bagus  memang sangat diperlukan untuk meraikan kedatangan Deepavali ini. 

Bigg Boss Jodigal adalah sebuah program realiti tarian yang akan mengetengahkan lapan pasangan yang minat menari untuk berentap menjadi juara.

Sebagai juri rasmi Bigg Boss Jodigal ini, pelakon Ramya Krishna dan Nakhul Jaidev serta pelakon-koreografer Sathish Krishnan bakal memeriahkan lagi program ini, 

Pink Lie

Gambar dari Disney+ Hotstar
Gambar dari Disney+ Hotstar

Pertemuan keluarga pasti tidak akan menepati syarat jika persoalan tentang perkahwinan dan perhubungan tidak dibangkitkan. Cuba alihkan perhatian yang tidak diingini dengan menonton program realiti Korea, Pink Lie. 

Dihoskan oleh nama terbesar Korea, Kim Heechul, Lee Sunbin, Song Wonseok dan Ralral, siri ini menyaksikan sekumpulan anak muda dengan rahsia tersembunyi disatukan  di  dalam sebuah rumah dengan matlamat tunggal untuk mencari cinta.

Cooku with Comali

Gambar dari Disney+ Hotstar
Gambar dari Disney+ Hotstar

Jika makanan di rumah tidak cukup membangkitkan selera anda, Cooku with Comali adalah sebuah program patut anda tonton. 

Program ini menggandingkan pelawak dan tukang masak amatur dalam setiap episod ketika pasukan bertarung untuk memenangi hadiah utama, manakala chef selebriti iaitu  Chef Damu dan Chef Ventakesh bertindak sebagai juri. 

The Quest

Gabungan siri realiti dan fantasi, The Quest ialah rancangan yang sempurna bagi mereka yang meminati alam fiksyen. Ia menceritakan kisah tentang lapan orang muda didorong untuk masuk  ke dunia Everealm yang hebat di mana mereka mesti menyelamatkan Kerajaan dengan memenuhi permintaan kuno. 

Mr & Mrs Chinnathirai

Gambar dari Disney+ Hotstar
Gambar dari Disney+ Hotstar

Hubungan selebriti memang sentiasa ingin diketahui. Tetapi, tetapi adakah mereka akan bertahan apabila diuji? 

Mr & Mrs Chinnathirai menampilkan pasangan selebriti terkenal yang akan berlawan antara satu lain ketika mereka menjalani satu siri tugasan yang mencabar serta mencuit hati demi meraih gelaran yang diidamkan.

The Kardashians

Gambar dari etonline
Gambar dari etonline

Rasa ingin tahu adalah sebahagian daripada pengalaman kehidupan manusia, jadi apabila The Kardashians menawarkan kita gambaran sekilas tentang kehidupan selebriti di Hollywood, adalah mustahil untuk menahan diri daripada mengintai kehidupan mereka. 

Siri ini kembali untuk musim kedua dengan melihat di belakang tabir perkahwinan Kourtney dan Tradvis di Itali, diikuti dengan hubungan Kim dengan Pete Davidson yang gagal serta tuntutan mahkamah bernilai jutaan dolar.

Rancangan ini pasti akan menarik semua orang berkumpul di sekeliling skrin TV kerana The Kardashians akan mendedahkan segala-galanya dalam musim kali ini. 

Terdapat banyak lagi untuk dipilih di Disney+ Hotstar. Pastikan anda menyediakan senarai sebelum semua orang berkumpul untuk meraikan Deepavali. - Getaran 23 Oktober 2022.

Isu Pada

I'm Ready To Romance - Theebaan G

22 Oct 2022

Sorotan

1

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

2

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

3

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

4

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

5

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

6

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang