web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pernah Guna WhatsApp Untuk Meluah Isi Hati Kepada Suami - Cara Siti Nurhaliza Jaga Keamanan Rumah Tangga 

Kata Siti Nurhaliza, rumah tangga adalah satu mahligai yang dibina antara dua individu dan ia memerlukan persefahaman, kepercayaan serta sikap saling hormat menghormati antara satu-sama lain. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 9:07PM

Siti Nurhaliza dan Khalid Mohamad Jiwa - Gambar dari Instagram

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap wanita yang sudah berkahwin pasti akan mencari tips dalam usaha memenangi hati suami dan menjaga keharmonian rumahtangga agar dapat kekal bahagia. 

Dalam perkongsian terbaharunya menerusi media sosialnya, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mendedahkan tips yang diamalkannya sendiri. 

Kata Siti, rumah tangga adalah satu mahligai yang dibina antara dua pasangan dan ia memerlukan persefahaman, kepercayaan dan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain. 

“Bila kita berkahwin dan ada dasar hormat, ia akan memudahkan perkara. Begitu juga dengan kepercayaan yang diberikan. Ia harus dijaga. 

“Malah, kita perlu saling faham memahami dan menerima kekurangan serta kelebihan masing-masing. Itu sangat penting. 

“Jangan rasa diri kita ini sahaja yang sempurna dan orang lain yang silap. Kita ini manusia biasa dan kita juga punya kelemahan dan kekurangan diri. 

“Bila kita tahu kelebihan dan kekurangan diri suami, kita kena terima. Saling bantu-membantu. Kita kena perlu bincang dan komunikasi itu amat penting. Apa yang suami tidak suka juga, jangan buat,” katanya.

Siti Nurhaliza - Gambar fail
Siti Nurhaliza - Gambar fail

Siti juga memberitahu, kalau suami sedang marah, usahlah bertindak melulu dengan mencurahkan lagi minyak yang panas ke dalam api. 

“Kalau suami tengah marah, cari masa dan waktu yang sesuai untuk bercakap balik. Tunggu hati dia sejuk dahulu. 

“Jangan kita yang pun marah. Kalau sama-sama naik marah, nanti meletup. Jadi, kita kena sabar dan tunggu dia relak dan bertenang. 

“Sebab orang yang tengah marah, mereka boleh bercakap sesuka hati. Mereka bercakap di luar daripada ketenangan diri. 

Jelas Siti lagi, jika sukar untuk bercakap, gunakan WhatsApp untuk berkomunikasi. 

“Cara ini juga boleh kurangkan pergaduhan dan membuatkan suasana jadi harmoni dan ia juga lebih mudah untuk kita bagitau isi hati kita. 

“Itu yang pernah saya lakukan. Sebab, bila tulis WhatsApp, kita akan fikir dahulu ayat yang betul dan sesuai untuk kita menyampaikan mesej. Kalau kita rasa ayat itu tidak kena, kita akan padam dan kemudian karang semula,” katanya. 

Akhir sekali, Siti mengatakan bahawa air tangan juga adalah faktor penting untuk memenangi hati suami. 

“Masak benda yang simple pun tidak apa. Walaupun hanya dengan satu menu, kalau itu boleh membuatkan suami gembira, buatlah. 

“Macam Datuk K (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) senang. Asal ada ikan goreng panas yang garing dengan sambal belacan serta ulam-ulaman, itu sudah cukup menggembirakan dia. 

“Kalau dia tengah lapar sangat, buat je makanan tuh, dia akan happy. Satu lagi confirm dia takkan marah. Tapi, takkanlah kita asyik-asyik nak hidangkan makanan itu sahajakan? Kena buat jugalah masakan yang lain. Kena belajarlah,” katanya. 

Sebagai manusia biasa, Siti mengakui, dia juga punya sikap merajuk. 

“Tapi, cara saya merajuk, saya akan diam. Saya memilih untuk berdiam, sebab adakalanya berdiam itu lebih baik. Tapi, bila suami panggil, kita pergilah. Bila dia tengok kita diam, dia pulak rasa tak selesa dan akan pujuk kita,” katanya. - Getaran, 22 Oktober 2022 



 

Isu Pada

I'm Ready To Romance - Theebaan G

22 Oct 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh