Berita Terkini

16 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Cipta Lagu Pertama Selepas 18 Tahun Jadi Anak Seni, ‘Tak Terganti’ Didedikasikan Farahdhiya Buat Arwah Ayahnya 

Farahdhiya akui lagu ‘Tak Terganti’ terhasil tanpa dirancang sewaktu menginap di sebuah hotel.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 12:00PM

'Tak Terganti' buah tangan sepenuhnya Farahdhiya - Gambar Farahdhiya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hingga saat ini, lagu balada 'Bertakhta Di Hati' memberikan impak yang terlalu besar dalam kerjayanya nyanyian Farahdhiya. 

Bahkan, selepas muncul dengan lagu duet 'Tewas' bersama rapper Korea yang berkonsep Electronic Dance Music (EDM), peminat tetap mahukan lagu nyanyiannya yang bergenre balada daripadanya. 

Atas dasar itu,terhasillah 'Tak Terganti' iaitu lagu pertama yang dicipta Farahdhiya sepanjang 18 tahun menjadi anak seni.  Apa yang lebih istimewa lagu itu telah didedikasikan buat arwah ayahnya, Allahyarham Mohd Amin Zubir yang meninggal dunia pada 2020.

Gambar ihsan Farahdhiya
Gambar ihsan Farahdhiya

“Ramai sebenarnya peminat saya yang menunggu dan selalu bertanya bila nak keluar lagu balada macam 'Bertakhta Di Hati' itu. Jadi, ini adalah lagu pertama yang saya cipta sepanjang 18 tahun berada di dalam industri ini. 

“Sebelum ini tak pernah terfikir dan tidak punya keinginan untuk cipta lagu sendiri walaupun selalu ada yang bertanya. Saya tak nak buat sebab lebih baik beri kepada mereka yang dah pakar. Tapi yang ini pun saya tak rancang kerana melodi itu datang dengan sendirinya. 

“Bila dah ada melodi saya rasa macam sedap pula dan saya rasa kenapa tidak untuk buat lirik pula. Jadi terhasillah lagu 'Tak Terganti' ini,” kata Farahdhiya. 

Menceritakan proses penghasilan lagu itu dengan lebih lanjut, Farahdhiya berkata, ia berlaku sewaktu dia menjalani penggambaran dalam fasa COVID-19.

“Saya duduk dalam satu hotel di Kuala Lumpur. Jadi, ada satu hari waktu sedang mandi melodi itu tiba-tiba datang. Sebab itu melodi asal lagu ini ada bunyi air. Bila melodi itu keluar, saya rasa sedih. Tetapi ia juga macam sedap. 

“Kemudian, saya keluar untuk ambil telefon. Saya menangis semasa mendendangkan melodi itu walaupun tak ada lirik sebab rasa sayu teringat arwah ayah. Saya terus terfikir, kenapa tidak saya sambung saja lagu ini. Macam itulah terciptanya lagu 'Tak Terganti' ini. 

“Setiap hari saya cuba mencari perkataan yang betul untuk lirik ini berdasarkan perasaan saya terhadap ayah. Memang mustahil untuk saya rangkumkan semua perasaan dalam satu lagu. Tapi, sedikit sebanyak itulah yang dapat saya kongsikan. 

“Sekurang-kurangnya ada juga memori sebuah lagu yang saya pernah cipta. Ia memori yang sangat baik untuk disimpan selamanya,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai lagu 'Tak Terganti' yang turut menghiasi lagu tema drama 'Roti Cicah Susu' yang ditayangkan di Slot Mega Drama Astro, Farahdhiya berkata, lagu ini juga paling mengambil masa yang lama untuk proses rakaman suaranya disiapkan. 

“Dalam 18 tahun merakam lagu, Selalunya saya ambil masa dua jam untuk selesaikan sebab saya seorang yang cepat dalam studio.

“Tapi, untuk lagu ini, ia makan masa paling lama dan susah untuk disampaikan. Saya rasa dalam lima hingga enam jam juga tempoh rakamannya. 

“Bila menyanyikan lagu ini sentiasa terbayangkan arwah ayah sebab setiap patah perkataan dalam lagu ini ada kena mengena dengan dia. Jadi, apa yang dinyanyikan memang sentiasa terbayangkan dia. 

“Orang yang pernah kehilangan bila dengar lagu ini dia akan dapat rasa apa yang saya rasa. Tak kisah hilang mak ayah, suami atau isteri, adik-beradik atau kawan itu semua adalah kehilangan. Jadi, harapan saya besar untuk lagu ini,” katanya.

Farahdhiya juga akui puas menyanyikan lagu ciptaan sendiri. 

“Memang lain rasanya daripada menyanyikan lagu orang, itu tidak dinafikan. “Malah, saya bangga dengan diri sendiri sebab selama ini rasa macam tak boleh dan tak reti nak buat. Jadi bila dah buat sendiri, sebenarnya boleh saja. Mungkin selepas ini akan ada lagi, siapa tahu kan?” katanya.

Selain lagu yang dihasilkan sepenuhnya, jalan cerita video muzik (MV) 'Tak Terganti' juga adalah idea daripada Farahdhiya sendiri.

“Pasukan saya yang mencadangkan supaya saya hasilkan jalan cerita muzik video ini. Mereka kata, alang-alang dah buat lagu, kenapa tidak saya teruskan dengan muzik videonya. Jadi, jalan cerita muzik video ini juga adalah sepenuhnya idea saya,” katanya. - Getaran, 22 Oktober 2022

Gambar Farahdhiya
Gambar Farahdhiya

Isu Pada

I'm Ready To Romance - Theebaan G

22 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Muzik 7 bulan yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

3

Muzik 10 bulan yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Jatuh Cinta Dengan Sahabat Sendiri, Tetapi Memilih Untuk Pendam Perasaan, Luahan Adrianna Terhadap 'Sayang'

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut