Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jepun Kembali Dibuka, Jom Intai Keindahan Neon di Ginza

Biarpun Ginza digelar sebagai kawasan perdagangan serta perbelanjaan yang paling ramai dan berkelas di Tokyo, tetapi daerah ini masih kaya dengan budaya dan ciri-ciri tradisional.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 4:00PM

Ginza Tokyo - Gambar Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jepun kini dibuka semula untuk aktiviti pelancongan selepas lebih dua tahun menutup pintu gara-gara pandemik COVID-19. Khabar dari negeri matahari terbit ini sudah pasti menggembirakan ramai pihak, terutama di kalangan mereka yang gemar melancong ke sana. 

Perdana Menteri Fumio Kishida dalam satu kenyataan mengharapkan sektor pelancongan boleh membantu mencergaskan ekonomi dan meraih beberapa faedah daripada kejatuhan yen ke paras terendah sepanjang 24 tahun.

Mungkin atas sebab inilah kerajaan Jepun akhirnya mengembalikan semula perjalanan tanpa visa ke puluhan negara bermula Selasa lalu (11 Oktober 2022). 

Antara tarikan berhampiran Mercure Ginza Tokyo. - Gambar Mercure Ginza Tokyo
Antara tarikan berhampiran Mercure Ginza Tokyo. - Gambar Mercure Ginza Tokyo

Jadi adakah anda salah seorang daripada mereka yang sudah berkira-kira untuk terbang ke Jepun? Jika ya, bandar manakah yang menjadi pilihan hati. Seandainya anda merancang ke Tokyo, apa kata anda menginap di daerah Ginza yang sebelum ini terkenal dengan dengan pusat membeli-belah yang menampilkan jenama fesyen antarabangsa, restoran mewah, dan pub-pub Jepun yang dikenali sebagai Izakaya. 

Jika melalui jalan-jalan di Ginza, anda boleh melihat orang tempatan yang melalui kawasan ini tampil trendy dengan gaya fesyen terkini.

Biarpun Ginza digelar sebagai kawasan perdagangan serta perbelanjaan yang paling ramai dan berkelas di Tokyo, tetapi tidak bermakna daerah ini patut dipandang sepi oleh pelancong atau pengembara. Masih ada budaya dan ciri-ciri tradisional yang bertapak di sini. 

Ujian mendapati lampu halida logam mempunyai kesan mencantikkan semua jenis gincu. - Gambar Unsplash
Ujian mendapati lampu halida logam mempunyai kesan mencantikkan semua jenis gincu. - Gambar Unsplash

Lampu jalan direka untuk wanita kelihatan cantik

Satu fakta menarik yang anda mesti tahu ialah lampu-lampu jalan yang bergemerlapan di sini sebenarnya direka khas untuk menjadikan wanita kelihatan cantik. 

Menurut Illuminating Engineering Institute of Japan, Ginza Dori, jalan membeli-belah utama yang merentasi kawasan itu telah menjalani pengubahsuaian lengkap pada tahun 1968 sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-100 Meiji, yang menandakan satu abad sejak era Jepun berubah daripada Keio kepada Meiji.

Dengan sokongan daripada Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, penduduk tempatan Ginza dan pekerja yang terlibat dalam projek pembinaan memutuskan untuk mereka bentuk semula lampu jalan, menghasilkan jenis lampu baharu yang sesuai untuk kawasan itu. 

Sebelum itu, pokok Willow telah menghiasi jalan tersebut, jadi ada keinginan untuk mengembalikan keindahan itu dengan lampu baharu. Apabila tiba masa untuk mereka membentuk lampu, terdapat lebih banyak perkara yang perlu dipertimbangkan daripada seperti yang dibayangkan. 

Ini kerana mereka turut memikirkan cara bagaimana lampu boleh mempengaruhi penampilan seseorang. Pada mulanya, lampu merkuri telah digunakan, tetapi pilihan tidak popular kerana ia menjadikan gincu merah kelihatan hitam.

Jadi mereka memutuskan untuk menjalankan eksperimen tertumpu pada gincu, mencuba sumber cahaya yang berbeza untuk melihat mana yang paling sesuai untuk warna gincu. Melalui ujian ini, mereka mendapati lampu halida logam (metal halide lamp) mempunyai kesan mencantikkan semua jenis gincu. 

Selain itu, ia menjadikan kulit orang ramai kelihatan berseri, dan ia juga menerangi orang yang lalu-lalang dan produk di tingkap kedai dengan indah. Akhirnya, lampu halida logam dibangunkan pada masa itu dan menjadi cahaya pilihan untuk Ginza.

Gambar ihsan Mercure Tokyo Ginza
Gambar ihsan Mercure Tokyo Ginza

Jika merancang ke Tokyo dalam sedikit masa, cubalah curi masa sehari dua untuk menikmati suasana dan tarikan yang ada di Ginza. Jika mahu mencari lokasi penginapan, bolehlah cuba bermalam di Mercure Tokyo Ginza yang menampilkan seni bina dan hiasan dalaman panduan elemen moden dan sejarah.

Terletak di tengah-tengah Ginza, Mercure Tokyo Ginza merupakan lokasi penginapan yang sangat ideal untuk meneroka Tokyo. Lokasinya yang strategik memastikan tetamu boleh mengakses ke tempat-tempat menarik dengan mudah dan cepat. 

Gambar ihsan Mercure Ginza Tokyo
Gambar ihsan Mercure Ginza Tokyo

Antara tarikan yang terletak berdekatan ialah Galeri Leica, Matsuya Ginza Department Store, Galeri Koyanagi, Menara Tokyo, Tsukiji Market, Odaiba dan Asakusa Shrine.

Hotel bertaraf empat bintang ini biarpun tampil dengan ciri-ciri moden, namun ia turut menampilkan elemen-elemen sejarah penubuhan Ginza. 

Di tingkat bawah hotel, berhampiran lif menuju ke lobi misalnya, anda akan menemui himpunan duit syiling perak yang menjadi simbol kepada Ginza yang dahulunya terkenal sebagai pusat perlombongan perak.

Gambar ihsan Mercure Ginza Tokyo
Gambar ihsan Mercure Ginza Tokyo

Dekorasi ruang lobi juga sangat menarik perhatian. Dengan susun atur moden kontemporari, sudut ini punya ciri-ciri ‘instagrammable', rugi jika lepaskan peluang bergambar di sini. 

Tentang layanan petugas hotel, ia tidak perlu dirisaukan kerana kehadiran anda akan disambut dengan penuh mesra. Bahkan, urusan daftar masuk juga sangat singkat. Tiada isu kekangan bahasa, kerana petugas-petugas hotel ini mampu berbahasa Inggeris dengan baik. 

Mercure Tokyo Ginza menawarkan perkhidmatan yang sempurna serta menyediakan semua kemudahan penting untuk menceriakan tetamu. 

Gambar ihsan Mercure Ginza Tokyo
Gambar ihsan Mercure Ginza Tokyo

Menjenguk ke bilik-bilik, Mercure Tokyo Ginza menampilkan dekorasi menyerlah, moden serta menyelitkan rekaan yang diinspirasikan daripada kisah-kisah tersembunyi daerah Ginza. 

Setiap bilik dilengkapi dengan televisyen skrin rata, internet wayarles, penyaman udara, tab mandi dan pelbagai kelengkapan lain untuk memudahkan tetamu berehat dan kembali bertenaga.

Untuk maklumat lanjut tentang Mercure Tokyo Ginza, boleh layari http://www.mercureginza.jp/ja/ - Getaran, 16 Oktober 2022 

Gambar ihsan Mercure Ginza Tokyo
Gambar ihsan Mercure Ginza Tokyo

Isu Pada

I’m Ready To Romance - Theebaan G

15 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

3

TARA 7 bulan yang lalu

Biarpun Kadar Tukaran Wang Tinggi, Rakyat Malaysia Masih Suka Ke Singapura

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Perbelanjaan Pelancongan Domestik Cecah RM59.2 Bilion Tahun Lepas

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu