Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 6:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Drama Bersiri Ijab Kabut

 

Siri terbaru dari laman penstriman popular Viu iaitu Ijab Kabut telah ditayangkan secara rasmi bermula 13 Oktober 2022. 

Drama bergenre komedi romantik ini dibintangi oleh pelakon popular seperti Azira Shafinaz, Iedil Putra dan Fadlan Hazim. Ijab Kabut mengisahkan tentang Deanna lakonan Azira Shafinaz yang ditinggalkan tunangnya saat dia menghampiri tarikh perkahwinan. 

Namun disebabkan tidak mahu kalah dengan sepupunya yang telah berkahwin, dia nekad mencari pengganti untuk meneruskan perkahwinannya. 

Siapakah yang bakal menggantikan tempat tunangnya? Dapatkah Deanna meneruskan perkahwinan tanpa ikatan cinta? Jangan lupa saksikan drama menarik ini hanya di VIU – Helmi Anuar 

Drama Bersiri Bad Prosecutor

 

Baru sahaja memasuki platform penstriman Viu, sebuah lagi drama rantaian Korea Selatan bertajuk Bad Prosecutor mencatatkan rekod tayangan yang cemerlang.

Menurut laporan Nielsan Korea, episod tayangan perdana drama berkenaan yang ditayangkan pada 5 Oktober lalu telah mencatatkan rating nombor satu  di Korea Selatan.

Dibintangi D.O daripada kumpulan EXO, jarang sekali melihatnya keluar daripada genre romantis. Namun kali ini, D.O membawakan karakter Jin Jung seorang pendakwa raya yang berazam untuk menggulingkan sesiapa sahaja yang menyalah guna kuasa. 

Dia ingin mengembalikan kesucian undang-undang di tempat yang lebih tinggi daripada kuasa kekayaan. Bad Prosecutor akan ditayangkan setiap Rabu dan Khamis di platform Viu.- Wafa Aula 

Mr Harrigan’s Phone

Kadangkala, kita perlu sangat berhati-hati dengan siapa kita berkongsi rasa mahupun masalah. Bukan apa, bimbang lain jadinya. Demikian halnya dengan seorang remaja bernama Craig.

Selepas kematian ibu, Craig lebih gemar menyendiri dan aktif di gereja bersama bapanya sejak kecil lagi. Personalitinya itu menarik perhatian seorang jemaah gereja yang juga seorang jutawan misteri, John Harrigan.

Kerana uzur, Harrigan mengupah Craig untuk membacakan buku di rumah agamnya setiap kali selepas sekolah. Craig mula memperkenalkan gajet kepada sahabatnya itu dan membelikan Harrigan telefon bimbit bagi memudahkan urusan hariannya.

Apabila Harrigan meninggal dunia, Craig secara rahsia meletakkan telefon sahabatnya itu di dalam keranda dan masih menghubunginya jika berdepan masalah. Apakah tujuan Craig berbuat demikian.

Saksikan kesudahan filem seram thriller lakonan hebat Jaeden Martell (Craig) dan Donald Sutherland (Harrigan), hanya di Netflix. – Suzan Ahmad

Doctor Stranger

 

Drama bersiri Doktor Stranger dari Korea Selatan ini bukan hanya berkisarkan kepada seorang pakar jantung, Dr Park Hoon (lakonan Lee Jong-Suk) menyelamatkan pesakitnya, sebaliknya ia turut memaparkan bagaimana dia dan kekasihnya bergelut untuk terus hidup selepas melarikan diri dari Korea Utara.

Pada asalnya, Park Hoon, yang berusia lapan tahun, mengikut bapanya, yang juga seorang doktor ke Pyongyang, untuk menyelamatkan pemimpin negara komunis itu.

Namun bapanya telah ditipu hingga menyebabkan mereka terperangkap di Korea Utara dan tidak boleh lagi kembali ke Seoul.

Selepas bertahun-tahun di sana, bapanya telah dibunuh. Park Hoon dan kekasihnya berjaya melarikan diri namun terpisah sebelum wanita itu kembali ke Hospital Universiti Myungwoo dan menjadi pakar bius, namun dikawal ketat oleh seorang tentera Korea Utara.

Di hospital berkenaan Park Hoon turut bersaing dengan seorang lagi pakar jantung, Dr Han Jae-Joon (Park Hae-Jin) yang menyimpan dendam pada pengerusi hospital. Namun dendam itu gagal dilaksanakan selepas dia jatuh cinta dengan anak pengerusi berkenaan, Dr Oh Soo-Hyun.

Park Hoon dan Jae-Joon kemudiannya terpaksa bertanding dalam beberapa siri pembedahan bagi mencari pemenang yang akan membedah Presiden. Drama ini disiarkan pada 2014. - Habibah Omar

Siri ini boleh disaksikan di Netflix

Isu Pada

I’m Ready To Romance - Theebaan G

15 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 10 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

2

TARA 10 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini 

3

TARA 11 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

4

TARA 1 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini