Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Merakamkan Semula Lagu ‘Jika’ Melly Goeslaw Dalam Versi Baharu Ibarat Mimpi Yang Jadi Kenyataan - Nuha Bahrin

Nuha juga memberitahu bahawa dia gembira apabila Melly turut menyukai versi ‘Jika” yang dinyanyikannya bersama Naufal itu. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 2:00PM

Nuha Bahrin dan Naufal Azrin - Gambar Universal Music

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa pun tidak menyangka bahawa lagu ‘Jika’ nyanyian Ari Lasso bersama Melly Goeslaw yang juga pencipta asal lagu itu telah pun berusia 23 tahun. 

Dan selepas 23 tahun, lagu itu telah diberikan nafas baharu dari segi susunan muziknya, bahkan ia dinyanyian dalam dwi bahasa iaitu Melayu dan Arab oleh Nuha Bahrin, 22, dan Naufal, 23, yang sedikit hari dahulu telah pernah mencetuskan fenomena menerusi lagu Casablanca. 

Naufal dan Nuha - Gambar fail
Naufal dan Nuha - Gambar fail

Ternyata, ‘Jika’ dwi bahasa versi Nuha dan Naufal juga berjaya mencetuskan kedudukan trending di YouTube serta viral di TikTok. 

Baik peminat muzik di Malaysia mahu pun Indonesia, masing-masing memberikan respon yang cukup positif terhadap lagu Jika yang dinyanyikan semula oleh pasangan penyanyi suami isteri muda yang menaungi label Beegood Music ini.

Bahkan, penyanyi asal dan komposernya, Melly Goeslaw juga menyukai serta memuji versi ini serta turut membantu untuk mempromosikan lagu ini di Instagram miliknya. 

Mengulas tentang versi ‘Jika’ yang dibawakan mereka, Nuha berkata, sokongan diberikan peminat dari dua negara adalah peluang terbaik buat dirinya untuk terus melangkah jauh dalam bidang nyanyian.

“Saya sangat bersyukur dengan apa yang Allah bagi buat saya dan Naufal ketika ini. Sebenarnya memang tak sangka tapi ini adalah perkara yang saya impikan dan saya dapat capai. 

“Sokongan daripada peminat Indonesia sama saja seperti mana peminat tanah air. Itu adalah perkara sukar untuk dimiliki. Jadi, untuk sampai ke tahap ini saya sangat bersyukur,” katanya.

Nuha dan Naufal - Gambar fail
Nuha dan Naufal - Gambar fail

Menurut Nuha, sehingga saat ini, dia merasa seperti bermimpi apabila dapat merakamkan lagi Melly Goeslaw yang cukup terkenal itu. 

“Saya sangat menghormatinya sebab dia seorang legenda yang sangat merendah diri dan sentiasa memberikan sokongan buat kami untuk lagu ‘Jika’ ini. 

“Sehingga saat ini pun, saya masih lagi rasa tak percaya. Keluarga saya jugalah yang buatkan saya kenal dengan lagu-lagu Melly Goeslaw. 

“Pendek kata, ia memang mimpi menjadi kenyataan. Saya sangat gembira bila dia pun suka dengan versi lagu ini,” katanya.

Sementara itu, Naufal, 23, berkata, peluang merakamkan lagu ‘Jika’ di Indonesia adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Pengalaman saya semasa merakamkan lagu ‘Jik’a ini agak letih sikit sebab pada hari itu kami ada tiga atau empat persembahan di saluran televisyen Indonesia. Selepas itu, kami terus pergi ke studio rakaman. 

“Habis sahaja rakaman dalam jam tiga ke empat pagi, jadi memang penat dan mencabar. Tapi, alhamdulillah berkat kesabaran kami dan yang lain, prosesnya berjalan dengan lancar,” katanya.

Melly Goeslaw - Gambar Instagram Melly Goeslaw
Melly Goeslaw - Gambar Instagram Melly Goeslaw

Pengarah Beegood Music, Amir Arshad pula berkata, pihaknya memilih lagu ‘Jika’ kerana ia lagu malar segar yang terus menjadi siulan biarpun sudah berubah zaman.

“Kenapa memilih lagu ‘Jika’ sebab lagu ini memang ‘evergreen’ dan sedap. Ia sentiasa dinyanyikan oleh semua lapisan peringkat umur dan juga kita ingin menceburi pasaran muzik Indonesia. 

“Melly Goeslaw penyanyi Indonesia yang legenda dengan karya yang sangat diterima masyarakat di sana termasuk di sini. Selepas itu kami berbincang dan bersetuju dengan lagu ‘Jika’. Kerjasama ini membabitkan Beegood Music (Malaysia) dan Alfa Records (Indonesia),” katanya.

Menurut Amir, Melly terlebih dahulu maklum berkenaan kerjasama dan projek yang dijalankan ini selain memuji hasil rakaman versi baharu ‘Jika’.

“Melly sudah dimaklumkan lebih awal mengenai projek ini sebab kita nak mendapatkan ‘rights’ dan izin daripada pihak Melly. Dia juga sudah mendengar versi ini sebelum ia dilancarkan lagi,” katanya. – Getaran, 15 Oktober 2022

Isu Pada

I’m Ready To Romance - Theebaan G

15 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 10 bulan yang lalu

“Melly Goeslaw Buat Lagu Lebih Cepat Daripada Masak Juadah Hari Raya” – Rossa 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Maksud Cinta Dari Kaca Mata Melly Goeslaw

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Kenapa Kena Pakai Seragam Sekolah Waktu Konsert Nanti? Ini Jawapan Melly Goeslow

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Raih 23 Juta Tontonan YouTube, 'Casablanca' Dicipta Buat Pasangan Yang Suka Buat Kandungan TikTok – Nuha Bahrin

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok