web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nasyid Setara Dengan Muzik Lain, Konsert UNIC Kos Setengah Juta Di Zepp KL Full House!

Menerusi konsert mereka yang digelar, Live In Concert Reunic The Finale, UNIC juga telah memecahkan stereotaip yang menganggap nasyid sekadar persembahan di institut pengajian tinggi.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 9:04PM

UNIC berharap agar dengan kemunculan banyak konsert nasyid selepas ini akan dapat menarik minat golongan muda untuk meminati hiburan yang mendidik jiwa. - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menelan belanja hampir setengah juta, kumpulan UNIC telah meletakkan sebuah tanda aras baru kepada konsert persembahan nasyid tanah air. 

Dengan penggunaan sistem muzik dan penataan lampu daripada pasukan profesional di lokasi berprestij Zepp KL, Live In Concert Reunic The Finale telah memecahkan stereotaip yang menganggap nasyid sekadar persembahan di institut pengajian tinggi.

“Sebenarnya nasyid adalah setara dengan muzik yang lain. Kita tidak mahu merendahkan nasyid. Ia sangat jelas kami tunjukkan menerusi tagline kami pada malam ini iaitu Demi Kebangkitan Nasyid.

“Kita mulakan konsert dengan lokasi yang berprestij, penghasilan serta repertoire yang pelbagai. UNIC berkembang, dan peminat boleh menerimanya. 

“Kita mahu pelapis baru selepas ini lakukan perkara yang sama memandangkan kami semua sudah menginjak usia 40-an,” kata Hafiz Hamidon mewakili UNIC ketika ditemui Getaran selepas konsert. 

Live In Concert Reunic The Finale diadakan di Zepp KL.
Live In Concert Reunic The Finale diadakan di Zepp KL.

Bukan itu sahaja, kumpulan nasyid yang ditubuhkan pada 2002 ini juga berharap dengan kemunculan banyak konsert nasyid selepas ini akan dapat menarik minat lebih banyak golongan muda untuk meminati hiburan yang mendidik jiwa. 

“Bulan ini dan November, akan ada banyak konsert nasyid berskala besar. Selepas ini ada Raihan, Inteam, Hijjaz dan Nazrey Johani. 

“Kami fikir ini merupakan ‘kick start’ selepas pandemik dan menjadi pelopor kepada golongan muda yang meminati hiburan yang mendidik jiwa,” tambahnya. 

Seramai 1,200 orang menghadiri konsert ini.
Seramai 1,200 orang menghadiri konsert ini.

Konsert Live In Concert Reunic The Finale tidak hanya menjadi sejarah dalam industri nasyid tempatan malah menukilkan kenangan indah buat UNIC yang berjaya mengumpulkan kesemua ahlinya seperti Dr Fitri Haris, Bazli, Fakhul Radhi, Fadzli Aziz, Hafiz Hamidun, Wan Shah, Afendi, Azlan Al-Bukhary dan Wan Najdi dalam satu pentas. 

Dalam konsert yang dihadiri 1,200 penonton itu, UNIC telah membawakan lagu-lagu hit mereka seperti Ke Makam Bonda, Lagaf Yang Tersimpan, Jalinan, Remaja serta CUDIPT. 

Turut sama memeriahkan konsert itu ialah Mawi, Anas Tahir, Zizi Kirana, Bell Ngasri dan penyanyi Bienda. – Getaran, 9 Oktober 2022 




 

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

08 Oct 2022

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa