web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat’, Luahan Kesedihan Naim Daniel

Naim turut berkolaborasi dengan Dolla dan ia mampu menampilkan sisi kumpulan wanita itu yang berbeza menerusi lagu balada yang penuh emosi. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 9:00PM

Naim turut berkolaborasi dengan kumpulan Dolla yang sebelum ini lebih dikenali dengan lagu yang berkonsepkan tarian rancak. - Gambar Universal Music Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon, penyanyi dan komposer, Naim Daniel kini tampil dengan sebuah karya lagu yang menggunakan tajuk paling panjang bertajuk, ‘Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat’ ciptaannya bersama Adib Hamdi. 

Bahkan, ia mungkin adalah lagu Melayu tempatan paling panjang yang pernah dihasilkan dalam sejarah penerbitan rakaman lagu Melayu tempatan. 

Apa yang menarik, Naim turut berkolaborasi dengan kumpulan Dolla yang sebelum ini lebih dikenali dengan lagu yang berkonsepkan tarian rancak. 

Naim Daniel - Gambar Universal Music Malaysia
Naim Daniel - Gambar Universal Music Malaysia

Menurut Naim,  lagu bergenre balada sedih yang  dicipta sejak setahun lebih yang lalu dan pada awalnya dia ingin membawakannya secara solo. 

“Tapi, pada waktu yang sama, saya juga ingin mencipta serta mencuba sesuatu yang lebih menarik, ia membawakannya secara duet bersama penyanyi wanita solo atau berkumpulan. 

“Saya memilih Dolla  kerana kumpulan ini memiliki banyak kelebihan yang belum diterokai. Kita sering melihat Dolla  sebagai sebuah kumpulan urban dengan kelincahan aksi tarian mereka, tapi kali ini kita melihat sisi berbeza Dolla dalam membawakan lagu balada yang penuh emosi. 

Dolla teruja dapat berkolaborasi dengan Naim Daniel. - Gambar Universal Music Malaysia
Dolla teruja dapat berkolaborasi dengan Naim Daniel. - Gambar Universal Music Malaysia

“Saya juga berasa amat teruja apabila Dolla bersetuju untuk menyertai saya untuk kolaborasi ini. Saya ingin memberi ‘warna’ yang berbeza dalam lagu terbaharu saya. Kebetulan, setiap anggota kumpulan Dolla ada kelebihan masing-masing tersendiri. 

“Jadi bagi saya ia adalah satu kelebihan untuk bekerjasama dengan mereka kerana masing-masing menonjolkan kemampuan sendiri dalam baris nyanyian mereka.

“Malah mereka turut menyumbang idea dalam pembikin muzik video (MV) yang dilakukan di sekitar kawasan Pulau Indah, Klang, “ katanya. 

Naim berkata demikian ketika pelancaran lagu serta muzik video album terbaharunya di Petaling Jaya diadakan baru-baru ini. 

Mengulas mengenai tajuk lagu itu yang cukup luar biasa panjangnya, Naim berkata, tajuk tersebut menggambarkan jalan cerita sebenar yang ingin disampaikan menerusi lirik ciptaannya itu.

Dolla dan Naim Daniel - Gambar Universal Music Malaysia
Dolla dan Naim Daniel - Gambar Universal Music Malaysia

“Sebenarnya,  memilih tajuk yang benar-benar sesuai dengan lagu ini, memang agak sukar. Akhirnya saya letakkan sahaja tajuknya begitu kerana saya tahu bagaimana hendak memendekkannya lagi. 

“Lagipun, lagu-lagu saya sebelum ini  mengandungi satu atau dua perkataan, jadi memberi satu kelainan apabila meletakkan tajuk yang panjang menerusi lagu ini. 

“Ia juga lebih straight forward dan senang untuk difahami untuk saya benar-benar menggambarkan kesedihan saya dalam lirik ini,” katanya. 

Naim juga menjelaskan bahawa lagu ini juga mungkin adalah lagu paling sedih yang dihasilkannya. 

“Lagu ini mengisahkan semangat yang hilang terhadap sesuatu perkara terutama berkaitan cinta. Ia mengajak kita untuk sentiasa mengaku khilaf dan bagaimana nak luahkan sesuatu kepada orang. Saya gunakan bahasa yang sangat mudah dan bersesuaian dengan masyarakat sekarang,” katanya.  - Getaran, 2 Oktober 2022 

Gambar Universal Music Malaysia
Gambar Universal Music Malaysia

Gambar: Universal Music Malaysia 
















 

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

01 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Buah Tangan Terbaharu Dolla Setelah Tinggal Bertiga

2

Muzik 2 tahun yang lalu

DOLLA Umum Konsert Re:Birth The Experience

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Aura, Naskhah Terbaharu Ernie Zakri Untuk Peminat Setianya

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

2023 Tahun Tuah Buat Ernie Zakri? - Kini Wajah Hiasi Papan Iklan Digital New York Times 

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh