web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hakikat Sebenar Pengorbanan Ibu Bapa

Pengorbanan kita itu, tanggungjawab kita, kewajipan kita, tapi anak-anak itu keperluan kita dan hakikatnya jiwa kita yang berharap pada mereka.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 4:50PM

Sehebat mana pun kita berkorban, ingatlah hakikatnya jiwa kita yang berharap kepada anak-anak kita - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kita selalu berkata kita bekerja demi membahagiakan anak-anak. Dengan gaji yang kita ada, kita belikan hadiah buat mereka. Tapi sebenarnya, senyuman mereka saat mendapatkan hadiah itu yang membahagiakan kita. 

Kita selalu berkata banyaknya masa kita di luar, itu adalah masa kita berusaha. Memerah keringat mendapatkan wang belanja sekolah anak-anak. Tapi sebenarnya waktu bermain sama dengan anak-anak itulah masa yang paling indah buat hidup kita. 

Kita selalu berkata biarlah kita sakit-sakit badan, asalkan makanan kesukaan anak kita semuanya kita boleh beli. Tapi saat kita sihat, mampu berlari sama-sama, dukung, peluk, pegang tangan dan bercakap dengan anak-anak itulah ubat kepada kehidupan kita. 

Kita selalu merasakan pengorbanan kitalah lebih besar, walhal sebenarnya kitalah yang sangat perlukan mereka. 

Kawan-kawan yang baik,

Pengorbanan kita itu, tanggungjawab kita, kewajipan kita. Tapi anak-anak itu keperluan kita.  Sebab itu sehebat mana pun kita berkorban, ingatlah hakikatnya jiwa kita yang berharap pada mereka.

Susunlah masa kita. Lebihkan masa kita bersama mereka. Percayalah, saat mereka berlari dengan senyuman ke arah kita, merangkul leher dan mencium pipi kita, itulah antara saat terindah dalam hidup di dunia ini. Begitulah… - Getaran 24 September 2022 

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

24 Sep 2022

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas