web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Menghormati Wanita? Hmmm” - Kritik Tindakan Rosyam Nor, Nurul Wahab Sedia Dikecam 

Menurut Nurul sebagai ikon lelaki Melayu dan orang yang jauh lebih tua, sepatutnya aktor itu menggunakan bahasa yang lebih baik untuk mendidik anak-anak muda.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 2:15PM

Gambar dari Twitter Nurul Wahab

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi popular yang kini tinggal di Bali, Indonesia iaitu Nurul Wahab bersetuju dengan kenyataan Syed Saddiq yang sedih melihat video viral membabitkan aktor terkenal Datuk Rosyam Nor dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun. 

Video berkenaan mendapat kecaman netizen kerana Rosyam dikatakan telah memperlekehkan kaum wanita, dan Rina sekadar lihat dan senyum seolah-olah bersetuju dengan kenyataan aktor itu.

Menerusi ciapan semula Nurul di akaun Twitter, dia turut berkongsi pengalamannya yang pernah bekerja dengan Rosyam satu ketika dahulu.

“Saya setuju dengan anda (Syed Saddiq). Sebagai seorang yang pernah bekerja dengan artis lelaki ini, saya tahu bagaimana dia. Menghormati wanita? Hmmm. Tengok sendiri lah. 

Terpaksa komen walaupun saya tahu ada yang akan belasah saya dengan kenyataan ini. Tetapi saya tak suka ini dan dia. (Bukan benci). Sekadar tidak suka,” tulisnya. 

Tulisnya lagi dalam ciapan seterusnya, bagaimana anak lelaki akan menghormati perempuan lain kalau ikon lelaki Melayu bercakap begini.

“Gunalah bahasa yang lebih baik. Perempuan ini bukan bahan belasahan. Apa rasa agaknyanya kalau sebut belasah pada ibu dan isterinya atau adik-beradik perempuannya.
Bahasa Melayu itu sangat tinggi. Mohon ada sedikit hormat kepada yang menonton secara amnya. Kita dah berusia, kena lagi jaga bahasa sebab nak didik anak-anak muda. Ini pendapat saya. Video ini sangat tidak sesuai,” tulisnya.

Kenyataan Nurul di Twitter itu setakat ini telah mendapa lebih dari 3,300 tanda suka dan diulang ciap sebanyak lebih dari 2,100 kali. Rata-rata pengguna Twitter dilihat bersetuju dengan pendapat Nurul dan mengharapkan agar insiden ini tidak berulang lagi. – Getaran, 18 September 2022

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

17 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Ulasan Filem : Air Mata Berjuraian Ketika Menonton Memoir Seorang Guru

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Berpaut Pada Lori Dicari Polis

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh