web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aktor Muda, Timothée Chalamet Cipta Sejarah Jadi Wajah Penghias Kulit Lelaki Pertama Vogue British 

Bintang utama filem 'Dune' itu dipilih menjadi wajah penghias kulit majalah Vogue British untuk isu Oktober. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 2:07PM

Timothee Chalamet mencipta sejarah apabila menjadi wajah penghias kulit lelaki pertama majalah Vogue British keluaran Oktober. - Gambar Vogue British

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bintang utama filem Dune, Timothée Chalamet mencipta sejarah apabila menjadi wajah penghias kulit lelaki pertama untuk majalah Vogue British keluaran Oktober. 

Sewaktu diwawancara majalah fesyen berprestij tersebut, aktor berusia 26 tahun ini telah berkongsi tentang kehidupan peribadi dan perkembangan kerjaya filemnya. 

Berasal dari New York City, Timothée telah membintangi pelbagai filem menarik iaitu Call Me By Your Name, Beautiful Women, Don't Look Up dan Dune

Bahkan, dia turut menjayakan watak dalam naskhah Roald Dahl untuk filem muzikal fantasi, 'Wonka' yang dicetuskan daripada Willy Wonka. 

“Saya pernah berangan untuk mempunyai kerjaya lakonan di penghujung usia remaja saya. Dan selepas itu, mula terlibat dengan pementasan teater di di New York. 

“Tapi, matlamat yang cuba saya capai seolah kurang realistik iaitu bekerja di teater dan pada masa yang sama berharap akan dapat buat banyak duit menerusi program TV atau apa saja untuk saya mampu bertahan.

"Kemudian, entah bagaimana secara eksponen saya merasakan setiap impian mula menjadi kenyataan. Dan hidup mula bergerak seperti enam juta batu sejam," katanya.

Timothee Chalamet - Gambar Vogue British
Timothee Chalamet - Gambar Vogue British

Timothée juga memberitahu bahawa filem memberikan lebih kebebasan untuknya. 

“Saya benci mengatakannya. Tapi, impian seorang artis adalah untuk dapat memberikan apa sahaja dan melakukannya sehabis baik. Fahamkan? 

"Dan saya mula sedar bahawa kehidupan peribadi seseorang, hidup sebagai seorang dewasa, boleh menjadi agak membosankan berbanding kehidupan sebagai artis yang agak luar biasa,” akurnya. 

Tambah Timothée lagi, perjalanan kerjayanya juga sering membuat dirinya merasa lebih tua daripada usianya. 

“Ia bukan bermaksud yang saya telah mencapai satu tahap kecerdasan mental sehingga mencetuskan perspektif yang merasa diri 'lebih tua'. Sebaliknya saya merasakan seperti dilahirkan dengan perspektif itu.

"Apapun, dalam apa jua keberadaan kita, penting untuk saya tegaskan di sini bahawa, saya bersyukur," katanya mengakhiri bicara. – Getaran, 18 September 2022

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

17 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh