web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Akibat Celupar Mengkritik Ratu Dengan Sentimen Anti-Monarki, Jedward Terima Padah! 

Beberapa kenyataan politik penuh kontroversi yang dibangkitkan selebriti kembar seiras dari Ireland ini telah mencetuskan kemarahan warga United Kingdom.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 8:23PM

Jedward mula meniti kemasyhuran menerusi program X-Factor pada tahun 2009. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemarahan terus memuncak ke atas kumpulan duo yang juga kembar seiras dari Dublin, Ireland yang menamakan diri mereka Jedward selepas mereka mencetuskan lagi isu anti-monarki usai kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 9 September lalu. 

Malah, disebabkan beberapa kenyataan politik penuh kontroversi yang dicetuskan mereka susulan kemangkatan Ratu, John dan Edward Grimes, 30, telah dikecam hebat oleh warga United Kingdom. 

Warga United Kingdom turut melancarkan tanda pagar #AbolishJedward sehingga ia menjadi trending di twitter. Bahkan mereka menyifatkan kembar itu sebagai tidak berbakat dan tidak relevan. 

John dan Edward yang mula meniti kemasyhuran menerusi program X-Factor pada tahun 2009 telah mengeluarkan kenyataan berbaur politik yang tidak menyenangkan di Twitter dan kemarahan ke atas mereka semakin memuncak apabila mereka mengkritik keluarga diraja. 

Gambar AFP
Gambar AFP

Menyalahkan monarki British kerana 'menindas' negara mereka, John dan Edward berpendapat tindakan yang dilakukan mereka itu adalah waktu yang cukup tepat untuk mendidik masyarakat dunia, walaupun tempoh berkabung sepuluh hari diumumkan.

Pada Ahad lalu, sewaktu keranda Ratu dibawa dari Balmoral ke Edinburgh, mereka kembali mengingatkan masyarakat supaya usah menafikan tentang Imperialisme Britain pada masa lalu. 

Sebelum itu, mereka menulis: "Hi Royalists – Imperialisme British adalah penyebab punca kebuluran di Ireland dan berjuta-juta kematian di seluruh dunia. Kami berkabung untuk mereka. Ikhlas, Ireland.

Tidak lama kemudian, mereka menambah: "Mangsa penjajahan berhak menyatakan perasaan mereka! Ia melangkaui semua jawatan diraja perayaan & propaganda majoriti DGAF."

Sehari sebelum itu, mereka menimbulkan kekecohan dengan ciapan: "Mansuhkan monarki dan beri rakyat demokrasi sebenar!"

Mereka adalah selebriti pertama yang dikatakan tidak sensitif sewaktu timbulnya berita tentang kesihatan Ratu yang semakin serius pada hari Khamis. Tulis mereka dalam ciapan twitter: "Liz Truss pasti telah melakukan sesuatu ketika melawat Ratu!". - Getaran, 17 September 2022

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

17 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Raja Harald V Terus Pulih, Usaha Diambil Untuk Bawa Pulang Baginda - Istana Norway

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kesihatan Raja Harald V Semakin Baik - Istana Norway

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Emir Kuwait Mangkat

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuba Memotong Tetapi Gagal, Kembar Maut Terlanggar Van

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh