web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dunia Semakin Maju, Ambil Pesanan Di Restoran Dengan Hanya Guna Mesin Layan Diri Automatis!

Vendfun melancarkan Kiosk F&B bagi membantu pengusaha premis makanan mengautomasikan operasi perkhidmatan jualan makanan mereka.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 2:00PM

MoU diantara Benny Wee dan Ketua Pegawai Eksekutif Dolce Mart, Noor Alisa Ann. - Gambar ihsan Vendfun

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syarikat pengeluar mesin layan diri, Vendfun melancarkan Kiosk F&B, sistem pesanan kendiri untuk kegunaan restoran, kafeteria, hotel dan medan selera dengan lebih moden dan lancar.

Mesin layan diri ini mempunyai perisian ‘point-of-sale’ yang menyokong operasi pesanan pandu lalu, pesanan melalui QR di meja atau pesanan secara bersemuka (dine-in).

Kiosk F&B keluaran Vendfun ini diperkenalkan di pasaran Malaysia bagi membantu pemilik perniagaan makanan untuk menguruskan premis dan operasi mereka dengan lebih cekap.

Sementara itu ia memudahkan pelanggan mengakses menu digital, menyesuaikan pesanan secara peribadi dan membuat pembayaran selamat secara langsung ke sistem restoran.

Vendfun turut memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Dolce Mart PLT untuk melatih pelanggan yang membeli mesin ini tentang cara penggunaannya.

Benny Wee bersama Kiosk F&B, sistem pesanan kendiri automatis. - Gambar ihsan Vendfun
Benny Wee bersama Kiosk F&B, sistem pesanan kendiri automatis. - Gambar ihsan Vendfun

Pengasas Vendfun, Benny Wee berkata, terdapat banyak restoran dan kedai makan yang cuba bangkit semula setelah terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

“Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi pemilik restoran sekarang ialah menghadapi kesukaran untuk mengambil pekerja sepenuh masa.

“Dengan teknologi, Kiosk F&B ini boleh membantu meringankan beban tersebut. Kami turut teruja bekerjasama dengan Dolce Mart untuk mengembangkan projek automasi ini,” ujar Wee.

Benny Wee - Gambar ihsan Vendfun
Benny Wee - Gambar ihsan Vendfun

Terdahulu, Vendfun telah berjaya menjalankan percubaan mesin layan diri ini di Restoran Jumble Makanan Laut Cengkerang.

Sebelum ini restoran yang dahulunya memerlukan 15 kakitangan untuk beroperasi, kini mampu beroperasi dengan hanya lima kakitangan sahaja setelah memasang tiga Kiosk F&B.

Kiosk F&B ini juga menawarkan pakej robot penghantar makanan yang comel! Layari Vendfun untuk maklumat lanjut. – Getaran, 17 September 2022

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

17 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Selera 1 tahun yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengusaha Restoran Bertahan Tidak Naikkan Harga Demi Pelanggan

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh