web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hari Malaysia: Malam Bersejarah Buat Gandingan Anak, Bapa Bawa Beca

Inilah pertama kali mereka bergandingan membawa pemimpin negara pada majlis sama serta penuh bersejarah dan lebih istimewa.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 7:51AM

Pengayuh beca veteran Rosli Mad Zin membawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari Hotel Hatten ke Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Meskipun berpengalaman membawa pelbagai kenamaan termasuk pemimpin tertinggi negara sebelum ini, pengayuh beca veteran Rosli Mad Zin, 63, menganggap kayuhannya pada sambutan Hari Malaysia 2022 malam ini lebih istimewa dan mengujakan.

Ini kerana kayuhannya membawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari Hotel Hatten ke Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan sejauh lebih 600 meter menggunakan beca tradisional yang menjadi identiti Melaka itu bergandingan dengan anaknya, Maslizuwan, 29.

Dia berkata inilah pertama kali mereka bergandingan membawa pemimpin negara pada majlis sama serta penuh bersejarah dan lebih istimewa, Rosli diberi tanggungjawab mengetuai 15 beca tradisional yang membawa kenamaan lain.

"Walaupun kayuhan itu hanya kira-kira 600 meter namun ia sangat bermakna dan saya amat teruja diberi peluang untuk sama-sama terlibat dalam hari bersejarah negara. Pengalaman malam ini amat berbeza meskipun sebelum ini saya sudah banyak kali membawa pemimpin negara sepanjang 30 tahun mengayuh beca.

Walaupun kayuhan itu hanya kira-kira 600 meter namun ia sangat bermakna buat Rosli Mad Zin
Walaupun kayuhan itu hanya kira-kira 600 meter namun ia sangat bermakna buat Rosli Mad Zin

"Disebabkan rasa teruja ini juga, saya turut mengenakan pakaian era 60-an iaitu berkemeja kotak dan pagoda putih, seluar slek dan berkasut capal seperti konsep sambutan malam ini. Terasa seolah-olah berada pada zaman itu," katanya kepada Bernama.

Maslizuwan pula tidak menyangka selepas 10 tahun mengerah kudrat mencari rezeki dengan membawa beca sekitar Banda Hilir akhirnya dia berpeluang membawa isteri Ketua Menteri Melaka Datin Seri Munira M.Yusop menggunakan beca tradisional berusia lebih 30 tahun milik ayahnya.

"Saya rasa bangga dan bertuah kerana diberi peluang bersama ayah membawa pemimpin tertinggi negara pada hari bersejarah yang julung kali diadakan di Melaka.

"Memang agak gementar namun atas nasihat dan tunjuk ajar ayah yang berpengalaman membawa golongan ternama sebelum ini, sedikit sebanyak memberi semangat dan keyakinan kepada saya," katanya yang turut mengenakan kemeja T pagoda putih, berseluar slek serta bercapal.

Tun Mohd Ali Rustam menaiki beca elektrik (e-Beca) yang merupakan produk inovasi penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Tun Mohd Ali Rustam menaiki beca elektrik (e-Beca) yang merupakan produk inovasi penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, kenamaan utama majlis sambutan itu, menaiki beca elektrik (e-Beca) yang merupakan produk inovasi penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

e-Beca, yang menggunakan tenaga solar, dihiasi bumbung berkonsepkan Istana Melaka, kerlipan lampu berwarna-warni dan mengekalkan warna klasik bagi menonjolkan identiti beca tradisional Melaka.

Beca elektrik yang membawa Mohd Ali dikayuh oleh ahli Kumpulan e-Beca UTeM, yang juga Penolong Jurutera UTeM Mohd Fadhil Ibrahim. - Bernama

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

17 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Politik 1 minggu yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan