Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ibu Bapa Wajib Bacakan Buku Kepada Anak Sebelum Tidur

Kecanduan terhadap teknologi bukan lagi perkara asing kepada kita. Sebagai ibu bapa, bagaimana kita boleh mencari jalan tengah untuk mengeluarkan anak-anak dari masalah ini dan menjadikan mereka bangsa Malaysia yang membaca?

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2021 9:16AM

Gambar: Gabby K, Pexels

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kita sama sekali tidak boleh menidakkan kemunculan gajet dan teknologi yang semakin signifikan dalam kehidupan hari ini. 

Namun sebagai ibu bapa, kita harus lebih arif memikirkan jalan tengah untuk memastikan bahawa teknologi boleh membantu kita menguruskan anak-anak. Tapi bukannya menggantikan tugas kita untuk membesarkan mereka. 

Nor Azhar Ishak yang juga merupakan seorang tukang cerita profesional dan penulis buku kanak-kanak berpendapat teknologi yang hadir pada hari ini sebenarnya sangat penting. 

Masyarakat sudah perlahan-lahan beralih kepada teknologi. Maka, kita harus sejalan dengan perkembangan ini dan bijak mengendalikannya.

Kebanyakan penerbit buku sebenarnya mengambil kira kedua-dua bahan cerita untuk anak-anak termasuklah pencetakan tradisional dan juga teknologi. 

Contoh teknologi termasuklah CD, atau aplikasi yang boleh melengkapi apa yang ada di dalam buku. Dengan kemajuan teknologi, ia juga boleh mencipta animasi atau memasukkan muzik yang menjadikan seni bercerita lebih menarik. 

“Namun begitu, ibu bapa haruslah tahu mengawal penggunaan gajet kepada anak-anak mereka. 

“Jika gajet digunakan terlalu lama, ia boleh mendatangkan banyak masalah kesihatan seperti Computer Vision Syndrome yang akan mengganggu penglihatan, menyebabkan sakit kepala, kabur penglihatan dan membuat mata menjadi kering.

“Situasi ini sama sekali berbeza dengan buku. Setiap helaian yang diselak ada aura yang tersendiri. 

“Buku memberikan kita pengalaman berbeza yang tidak dapat kita temui di mana-mana gajet. 

“Selain itu, mereka yang membaca buku akan lebih mudah memahami dan mengingati maklumat. Maka proses pembacaan akan lebih berkesan,” katanya ketiga dihubungi Getaran. 

 

Peranan ibu bapa pupuk minat membaca

Sebagai ibu bapa, kita juga disarankan untuk membacakan buku kepada anak-anak sebelum tidur. Aktiviti ini sebenarnya boleh memupuk sikap rajin membaca dalam kalangan kanak-kanak.

“Banyak pakar yang menasihati ibu bapa untuk bacakan buku kepada anak-anak. Tak ada yang lebih istimewa selain sesi bercerita kepada anak-anak. 

“Aktiviti ini boleh dilakukan bila-bila masa tidak terhad kepada sebelum tidur sahaja.

“Saya juga akan pastikan anak-anak saya tidak tidur tanpa mendengar cerita daripada saya. 

“Tak kisahlah sama ada saya yang bacakan mereka kisah dari buku cerita atau saya bercerita kisah saya sendiri kepada mereka,” tambahnya. 

Ibu bapa boleh mengizinkan anak-anak menggunakan gajet jika umur mereka sudah sesuai. Pada masa yang sama, kita juga kena menyediakan bahan bacaan yang banyak di dalam rumah. 

Salah satu cara untuk menggalakkan anak-anak membaca adalah dengan mengawal masa anak-anak bermain permainan video dan gajet di rumah. 

Ibu bapa boleh pilih waktu yang tertentu untuk anak-anak tutup gajet masing-masing.

Selain itu, banyak aktiviti yang boleh membantu ibu bapa menambah pengetahuan tentang bagaimana menjadikan anak mereka seorang yang mencintai buku. 

Persatuan Buku Bergambar Kanak-kanak atau Malaysian Children’s Picture Book Association banyak menyusun program berkenaan anak-anak. 

NAI Art Studio juga menawarkan perpustakaan lengkap dengan pilihan buku-buku terbaik untuk anak-anak.

“Kita kena ingat bahawa anak-anak belajar daripada ibu bapa. Jadi, kita bertanggungjawab untuk menyimpan sebanyak mungkin bahan bacaan di rumah. 

“Setiap cabaran, pasti akan ada cara untuk menyelesaikannya. Walau sehebat manapun kemajuan teknologi, kita akan kembali juga kepada buku,” katanya mengakhiri temu ramah. - Getaran, 10 April 2021

Semua gambar: Unsplash.com kecuali tertera

Isu Pada

Maya Karin: Saya Tak Rasa Tergugat

10 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Cakna Media Sosial: Anak-Anak Perlu Pendedahan Awal Pendidikan Digital 

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak 3 Tahun Korban Kedua Strok Haba

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

4

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Jangan Lupa Selalu Doakan Papa Ye Dik

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu