web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenapa Diva AA - Azwan Ali Disaman PDRM, Apa Isunya? 

Setelah terlibat di dalam dunia penyiaran, Azwan adalah antara penerbit yang cukup peka dengan hal-hal berkaitan dengan sambutan kemerdekaan negara. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 8:00PM

Azwan Ali - Gambar oleh Syeda Imran

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun sering menggunakan perkataan: “See you in court”, kepada segelintir pihak yang disifatkan sengaja mencetuskan onar terhadap dirinya, namun pengacara sensasi, Diva AA, Azwan Ali mengakui dia pernah disaman pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Azwan mengakui, sebagai orang awam kita perlu menghormati dan tidak mempertikaikan  tugas polis. - Gambar oleh Syeda Imran
Azwan mengakui, sebagai orang awam kita perlu menghormati dan tidak mempertikaikan tugas polis. - Gambar oleh Syeda Imran

“Sebetulnya, pihak polis hanya menjalankan tugas mereka. Kita kena hormat mereka. Kita tidak boleh nak mempertikaikan tugas mereka. Siapa kita nak pertikaikan. Ini kes polis. 

“Berdasarkan laporan yang dibuat terhadap saya, pihak PDRM telah memanggil saya. Kes laporan apa? Rasanya apa? Kes liwat ke? (sambil tertawa). 

“Tidak saya bergurau sahaja. Sebenarnya saya dipanggil PDRM kerana tidak memakai pelitup muka waktu zaman lockdown. Sebenarnya saya pakai, cuma ia berada di leher dan sebenarnya perkara itu tidak boleh. 

“Perkara itu menyebabkan saya disaman dan saya sudah pun membayar kompaun. Tidak apalah. Kita belajar daripada kesilapan kita,” katanya. 

Namun, Azwan Ali juga turut disaman untuk sebuah kes lagi. 

“Sebetulnya kes saman itu sebenarnya bertitik-tolak daripada sebuah video yang saya hasilkan yang dianggap jelik. 

“Tidak perlulah saya nyatakan video yang mana. Tapi, disebabkan kes video itu, saya telah disoal siasat selama tiga jam di Bukit Aman dan pihak polis juga turut merampas telefon bimbit saya. 

“Tapi, kes itu akhirnya tergantung begitu. Namun, itulah peristiwa dalam hidup yang membuatkan saya lebih berhati-hati,” katanya. 

Diva AA turut berbangga kerana dapat bekerjasama dengan PDRM. - Gambar Syeda Imran
Diva AA turut berbangga kerana dapat bekerjasama dengan PDRM. - Gambar Syeda Imran

Azwan kemudian memberitahu, kes itu bagaimanapun telah selesai dan dia juga sudah pun memperolehi telefon bimbitnya semula. 

“Namun, impak daripada kes saman video itu, saya telah diundang untuk membuat segmen panas PDRM dan isu lockdown

“Itulah yang membanggakan saya dan saya juga berterima kasih kepada pihak PDRM kerana percaya dengan kebolehan saya dan mulut ‘hangsuang’ saya ini. 

“Saya telah diundang menjayakan video viral mereka dengan konten-konten untuk menghambur rakyat-rakyat yang degil dan asyik melilau-lilau sewaktu PKP. Saya bangga kerana berpeluang berkolaborasi dengan PDRM,” katanya. – Getaran, 10 September 2022 

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

10 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Pertukaran Pegawai Kanan Bukit Aman

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh