Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Minggu ini, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 6:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

The Assistant (Netflix)

Setelah pecah panggung pada Mei tahun ini dan pernah menyertai Far East Festival Film (FEFF) ke-24 di Udine, Itali. Kini, filem arahan Adrian Tan kini boleh disaksikan menerusi Netflix.

The Assistant menceritakan tentang Zarik yang dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Setelah keluar dari penjara, dia bertekad mahu mencari siapalah dalang yang menyebabkan kematian isteri dan anaknya.

Di situlah dia bertemu Feroz yang menawarkan diri untuk menjadi pembantunya membalas dendam.

Filem ini juga telah mendapat pujian dari aspek jalan cerita dan lakonan terutamanya watak Feroz lakonan Hairul Azreen. Ia juga masih menduduki carta top 10 Netflix sejak ia mula ditayangkan di platform itu pada pertengahan Ogos lalu. - Wafa Aula

 

News Of The World (Netflix)

Penulis sering tertunggu-tunggu lakonan aktor prolifik Tom Hanks, tidak kira apapun genrenya. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, filem News Of The World memang ‘memberi’.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa filem sentuhan Paul Greengrass ini tidak meluas wartanya. Jawabnya kerana ia dihasilkan pada 2020, tahun gelap ketika dunia dilanda wabak COVID-19.

Karya yang layak penulis kategorikan sebagai satu lagi ‘masterpiece’ ini mengisahkan seorang veteran Perang Saudara Amerika Syarikat, Kapten Jefferson Kyle Kid lakonan Hanks, yang bertekad untuk mengembalikan seorang kanak-kanak perempuan, Johanna (Helena Zengel) yang dibesarkan orang asli Kiowa kepada waris yang terdekat.

Pengembaraan mendebarkan dua individua asing ini merentas Texas cukup mengujakan. Mahu tahu mengapa judulnya News Of The World, saksikannya hanya di saluran Netflix sepanjang September ini. - Suzan Ahmad

 

Me Time ( Netflix)

Filem ini mengisahkan tentang dua orang sahabat baik iaitu Sonny lakonan Kevin Hart dan Huck lakonan Mark Walhberg yang sering melakukan aktiviti ‘gila’ setiap kali ulang tahun kelahiran Huck.

15 tahun berlalu, Sonny kini sudah berkahwin dan memiliki sepasang cahaya mata. Dan dia merupakan seorang suri rumah yang menjaga keluarganya. Isterinya pula merupakan seorang arkitek yang berjaya.

Sonny sering mengelak untuk bertemu dan meluangkan masa bersama Huck kerana merasakan kehidupannya kini sudah berbeza.

Pada satu hari, isteri Sonny mengambil keputusan untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka selama seminggu dan membiarkan Sonny memilki ‘me time’ sendiri dan bebas melakukan apa saya yang dia suka.

Sonny akhirnya bersetuju untuk menyertai parti sambutan hari jadi Huck yang ke-44. Pelbagai perkara yang tidak diduga berlaku selepas dia menyertai parti itu dan menimbulkan kekecohan yang tidak sepatutnya. - Helmi Anuar

 

'Trainwreck: Woodstock '99' (Netflix)

Huru-hara betul festival muzik yang satu ini. Ya, dahulunya ada festival muzik Woodstock 69 yang ternama, dan penuh dengan ‘peace and love’. Ia menjadi seperti penanda aras unggul zaman Hippie di Amerika Syarikat.

Pada tahun 1999, para pengelola Woodstock 69 mahu mengulang kejayaan mereka 30 tahun lampau. Dan kena pula Amerika Syarikat pada waktu itu digegarkan dengan berita penembakan di sekolah di Columbine. Sudah masanya untuk ‘peace and love’ sekali lagi bukan?

Tetapi, unsur kapitalisme yang cukup tinggi ditambah dengan masalah ‘keistimewaan’ kaum dan jantina menjadikan Woodstock 99 sebuah festival muzik yang cukup menakutkan. 

Mahu tahu kenapa? Anda harus tonton dokumentari 3 episod ini di Netflix. Selain mengimbau kenangan dengan muzik dan gaya 90-an, anda juga akan sedar, segala permasalahan yang timbul pada era itu sebenarnya telah sedikit sebanyak membentuk pelbagai isu yang kita sedang lalui sekarang. - Ili Farhana

                                       

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

03 Sep 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi