web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemeriksaan, Diagnosis Dan Rawatan Kanser Dengan Model Kecerdasan Buatan (AI)

Pusat Perubatan Sunway dan United Imaging Healthcare (UIH) menjalin kerjasama untuk mengoptimumkan protokol pengimejan molekul menggunakan pembinaan semula model kecerdasan buatan (AI) untuk diagnosis kanser.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 12:09PM

Seiring dengan kemajuan teknologi, dunia perubatan kini semakin hebat dengan memiliki pelbagai alatan canggih untuk mengesan dan merawat sesuatu penyakit sebelum parah - Gambar Hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seiring dengan kemajuan teknologi, dunia perubatan kini semakin hebat dengan memiliki pelbagai alatan canggih untuk mengesan dan merawat sesuatu penyakit sebelum parah.

Terbaharu, Pusat Perubatan Sunway dan United Imaging Healthcare (UIH) menjalin kerjasama untuk mengoptimumkan protokol pengimejan molekul menggunakan pembinaan semula model kecerdasan buatan (AI) untuk diagnosis kanser.

Melalui kerjasama ini, Pusat Perubatan Sunway akan menjadi hospital pertama di Asia Tenggara yang memperoleh sistem PET/CT digital yang canggih dari UIH, iaitu MI780.

Sistem PET/CT digital yang bertindak ultra pantas dengan resolusi tinggi menjadi transformasi kepada pengimejan tradisional dengan menawarkan liputan seluruh badan dengan medan pandangan paksi digital terluas 30cm.

Dalam satu kenyataan media, Pengurus Besar, Pusat Kanser Sunway, Dr Heng Siew Peng menjelaskan, sistem ini mempunyai skor resolusi NEMA 2.9mm iaitu yang terbaik dalam industri. 

Pusat Perubatan Sunway bersedia untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia - Gambar ihsan Pusat Perubatan Sunway
Pusat Perubatan Sunway bersedia untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia - Gambar ihsan Pusat Perubatan Sunway

“Ia meningkatkan kejelasan dan ketepatan pengimejan dengan lebih baik bagi mengesan luka kecil. Ia juga sangat sensitif dengan kelajuan tinggi yang membolehkan pemerolehan data pantas dengan dos yang rendah berbanding sistem konvensional,” jelas beliau.

Sementara itu, Pengurus Besar, UIH Asia Tenggara, Evan Wang berkata, pihak berbangga dapat menjalinkan kerjasama dengan Pusat Perubatan Sunway dan berharap usaha mereka berupaya mengoptimumkan proses rawatan kanser.

“Pusat Perubatan Sunway bersedia untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia dan kami berbangga dapat bekerjasama dengan pemain industri penting di Malaysia. Nyawa setiap orang adalah sama dan sangat berharga. 

“Kami berharap usaha ini akan mengoptimumkan proses rawatan kanser dan memastikan penjagaan terbaik diberikan kepada setiap pesakit. Ini juga selaras dengan misi kami – ‘Untuk Menyediakan Penjagaan Kesihatan yang Setara Kepada Semua’,” ujar beliau.

Pusat Perubatan Sunway dan United Imaging Healthcare (UIH) menjalin kerjasama untuk mengoptimumkan protokol pengimejan molekul menggunakan pembinaan semula model kecerdasan buatan (AI) untuk diagnosis kanser
Pusat Perubatan Sunway dan United Imaging Healthcare (UIH) menjalin kerjasama untuk mengoptimumkan protokol pengimejan molekul menggunakan pembinaan semula model kecerdasan buatan (AI) untuk diagnosis kanser

Pusat Perubatan Sunway yang merupakan hospital utama di bawah Sunway Healthcare Group, akan menjadi hospital swasta pertama di Malaysia yang menggunakan dua sistem PET/CT secara serentak bagi meningkatkan kecekapan operasi hospital, sekaligus mengurangkan masa menunggu pesakit.

UIH telah melantik Pusat Perubatan Sunway sebagai hab dan pemimpin pendapat utama (KOL) serantau, yang mana tenaga pakar UIH dan pengamal penjagaan kesihatan profesional di Pusat Perubatan Sunway akan berganding bahu untuk menunjukkan potensi penuh uMI780 serta berkongsi pengetahuan tentang kelebihan PET/CT digital.

“Kami sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan UIH untuk menjadi hab penyelidikan serantau di rantau Asia. Ini menandakan satu lagi peristiwa penting dalam usaha kami untuk menggalakkan kemajuan berterusan dalam pengetahuan dan amalan klinikal.

“Perkongsian ini akan menjamin kedudukan Pusat Perubatan Sunway sebagai peneraju dalam bidang perubatan nuklear dan pengimejan molekul di Malaysia dan di Asia,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Perubatan Sunway, Dr Seow Vei Ken.  - Getaran, 3 September 2022

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

03 Sep 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh