Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kejutan Besar Dari Suria FM, Shuib Dipilih Sebagai Penyampai Baharu Segmen Pagi, Mahalkah Bayarannya?

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib akan mengisi kekosongan segmen ‘Morning Morning Suria’ dan bergandingan bersama Ajak dan Suraya Borhan bermula esok.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2022 1:37PM

Shahmira Muhamad atau Shuib - Gambar oleh Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Teka teki siapa orang ketiga yang akan bergandingan bersama Ajak dan Suraya Borhan di segmen pagi, akhirnya terjawab apabila Suria FM mengumumkan pemilihan nama pelawak dan usahawan terkenal iaitu Shuib sebagai ahli keluarga baru mereka.

Pengumuman mengenai pemilihan Shuib dibuat sewaktu Konsert Jelajah 90 Suria berlangsung di IOI Mall Putrajaya semalam.

Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid berkata, pemilihan Shuib dibuat setelah melalui beberapa proses dan penelitian oleh pihak Suria FM.

“Kami merasakan Shuib adalah calon yang paling layak untuk bergandingan bersama Ajak dan Suraya bagi memantapkan lagi segmen pagi. 

“Pengalaman luas Shuib bertugas di beberapa buah stesen radio mengendalikan segmen pagi sebelum ini merupakan antara kriteria beliau dipilih, selain pengaruh besar beliau di media sosial.

“Kami amat yakin gabungan ini akan memberi impak positif bagi membantu menarik lebih ramai pendengar untuk memilih Suria FM sebagai segmen radio nombor satu pilihan mereka di waktu pagi,” katanya ketika ditemui di sidang media. 

Barisan Penyampai Suria FM
Barisan Penyampai Suria FM

Ditanya adakah pemilihan Shuib dibuat untuk membalas dendam setelah kehilangan seorang penyampai radio yang telah berpindah ke stesen lain, DJ Lin menyangkal dakwaan tersebut. 

“Saya mewakili pihak pengurusan, kita sebenarnya tiada masa untuk fikir nak balas dendam, nak kenakan orang atau sebagainya. Biarlah orang nak buat kita macam mana pun, bagi saya biar kita kekal positif. 

“Sebagai stesen radio swasta, jumlah pendengar serta hasil keuntungan adalah sangat penting. Dua elemen ini saling berkait rapat dan menjadi satu kewajipan buat kami di Suria. 

“Misi kami sebenarnya orang, kata alang-alang kita sudah berperang, kita kena pastikan kita menang. Itu saya punya prinsip. Dan saya percaya anak-anak buah saya di Suria FM juga mempunya prinsip yang sama.

“Sebelum ini, Suria FM pernah berada di tangga kelima sebagai stesen radio berbahasa Melayu  paling popular. Kemudian Suria berjaya mendaki satu anak tangga di kedudukan keempat. Seterusnya takkan kita nak duduk di tangga keempat sahaja? 

“Paling penting kita jaga stesen radio kita dengan baik, jaga kandungan serta jaga penyampai-penyampai dengan baik,” kongsinya.

Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid berkata, pemilihan Shuib dibuat setelah melalui beberapa proses dan penelitian oleh pihak Suria FM
Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid berkata, pemilihan Shuib dibuat setelah melalui beberapa proses dan penelitian oleh pihak Suria FM

Sementara itu bagi Shuib pula, dia menerima tawaran untuk kembali menjadi penyampai radio adalah kerana merasakan sudah tiba masanya untuk dia kembali aktif dalam industri.

“Sebenarnya selepas perginya arwah (Siti Sarah), saya rasa macam dah tak nak lagi teruskan karier dalam industri seni. Saya tidak lagi mahu jadi perhatian. Saya dah hampir putus asa. 

“Tapi, bila DJ Lin tawarkan peluang ini, saya rasa jika saya terima, maknanya saya  akan kembali aktif dalam bidang seni. Dan, saya rasa perkara ini tidak mudah. Saya beritahu diri saya saya kena kuat kerana inilah jalan cerita hidup saya. Rezeki yang datang ini saya tak boleh nak tolak,” katanya.

Kongsi Shuib lagi, sebenarnya tawaran untuk menjadi penyampai Suria FM sudah lama hadir kepadanya, namun ketika itu mereka sudah terlambat kerana dia baru sahaja menandatangai kontrak bersama stesen radio lain. 

“Saya melihat Suria FM sebagai sebuah stesen yang mempunyai potensi tinggi. Sebab saya telah bekerja di tiga buah stesen yang berbeza sebelum yang berada di kedudukan Top 5. 

“Dan pada ketika itu, antara radio yang ditakuti adalah Suria FM. Jadi saya nampak memang Suria FM boleh pergi jauh kerana mereka sangat bersatu sebagai sebuah pasukan, sebagai sebuah keluarga,” jelasnya, 

Ajak, Suraya dan Shuib
Ajak, Suraya dan Shuib

Bergandingan bersama Ajak dan Suraya untuk segmen pagi yang diberi nama 'Morning Morning Suria'. Shuib memberitahu, tanggungjawab yang harus digalas ini merupakan tugas yang sangat berat.

“Saya tahu ramai yang meletakkan harapan kepada saya. Sejujurnya tanggungjawab ini sangat berat untuk saya pikul. Tetapi saya harap, saya mampu lakukan dan saya akan lakukan yang terbaik untuk Suria FM kerana saya pun cintakan dunia penyiaran radio. 

“Tetapi apa yang boleh saya janjikan, saya kenal diri saya, apabila saya duduk di kerusi penyampai Insha Allah saya tidak akan pernah buat perkara itu main-main,” ujarnya.

Untuk melamar figura yang bergelar bintang popular sepertinya menjadi penyampai radio, pastinya mahar yang dikenakan juga agak tinggi nilainya. Namun kata Shuib, dia menerima tawaran ini bukan kerana nilai wang ringgit. 

“Sebenarnya sampai ke saat ini, saya selalu fikir, banyak sangat rezeki yang arwah berikan kepada saya. Tadi sewaktu saya dalam perjalanan ke sini pun saya bercakap seorang diri. Saya cakap 'Bu, banyak sangat yang you tinggalkan untuk I.'

“Saya anggap ini adalah rezeki peninggalan arwah dan rezeki anak-anak. Sebab itu bila diberi tawaran ini saya bersyukur kerana nilai yang ditawarkan itu cukup baik untuk saya dan anak-anak. Tetapi saya bukanlah bekerja untuk duit sahaja. Saya bekerja untuk buat semua orang gembira,” kongsinya. 

Suara Shuib akan mula berkumandang di stesen Suria FM bermula 29 Ogos ini setiap Isnin hingga jumaat jam 6 hingga 10 pagi. – Getaran, 28 Ogos 2022

Gambar : Helmi Anuar menggunakan iPhone 13 Pro

Isu Pada

Datuk Hadi: Ledakan Meriam Gemparkan Komunis!

27 Aug 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi